Sunday, December 02, 2007

Botak

Assalammualaikum. Apa khabar? Harap kalian sihat sentiasa hendaknya. Isen kali ini seperti selalunya, panjang. Cukup untuk bekalan kalian sehingga aku mengemaskini kembali nanti.
Lembab
Aku tidak berkesempatan untuk singgah ke blog kalian kali ini, kerana cc yang aku pergi ini agak lembab!
Seluar
Arif akan pulang ke kelantan kerana isterinya baru bersalin. Kesempatan itu aku ambil mengirim seluar pendek dengan corak kain pelikat. Aku sudah ada sehelai, aku mahu sehelai lagi untuk aku buat pakai masa berkebun. "Seluar tu sampai takat lutut je tau." tegas aku. Seminggu Arif bercuti. Dan satu hari aku terima sms dari dia,
"Kau nak warna apa?" tanya Arif.
"Hijo!" jawab aku.
"Ok!"
Kepulangan Arif aku sambut dengan riang gembira. Waktu balik dia menyerahkan bungkusan seluar aku. "Kau tengoklah!" kata dia.
Balik rumah aku bukak bungkusan plastik itu, laaaaaaa yang mamat ni pergi beli boxer nak buat mende? Aku cuba juga boxer itu. Pendek nak mampus dah la tu, tak berjahit di tengah tengah pula! Cis!
Iklan
Aku, Queen dan Adib menonton tv. Adib berbaring di sofa sambil minum susu. Matanya perlahan lahan kuyu. Queen sedang lipat baju. Aku kusyuk membiarkan iklan iklan itu menipu aku. Tiba tiba keluar satu iklan tuala wanita. Ia memaparkan betapa konfidennya minah itu setelah memakai tuala wanita jenama itu. Banyak plot tentang minah itu sedang berscuba. Di penghujung iklan Queen tanya aku,
"Bi, boleh pakai dalam air ke?"
"Isk awak ni. Mana la saya tahu pasal benda alah ni."
"He he he" gelak Queen sambil menahan perutnya.
Bohong
"Harga tol kita masih murah berbanding dengan harga negara lain" kata dia.
Oi mangkuk, kat negara lain ada tol ke? Benchmark mana kau pakai ni?
Menyikat Botak.
Aku,
sudah botak!

kerana sikat itu aku lihat
sudah lupa pada tugasnya
memperkemaskan aku
dia, sudah tamak!

Aku,
sudah botak!

kerana sikat itu aku rasa
mula mengikir gugur rambut ku
helai demi sehelai
drastik, itu yang aku ambil
botak!

nah! sekarang kau mahu apa?
Enjin
Pertama kali, aku terlibat secara langsung dalam proses menukar enjin kapal terbang. A380. Aku, sebagai salah seorang dari bahagian Avionic bersama beberapa lagi orang di bahagian yang sama duduk di tepi enjin baru. Sambil menonton yang lain ligat menurunkan enjin yang melekat di bawah sayap A380. Tugas kami sebagai Avionic ialah memasang semula wiring yang telah mereka semua tanggalkan. Untuk itu terlaksana, kami harus menunggu enjin itu turun sepenuhnya. Engineer bahagian aku, datang dari Australia. namanya Mr. Sunshine. Kami panggil, Mr. Sunny.
Sampai pukul 2 petang. Enjin belum turun lagi. Adoilah. Letih menunggu.
"This is the time where i love being Avionic." Kata Mr. Sunny
"Why sir?" tanya aku.
"Look over there," kata Mr Sunny sambil menuding ke arah mereka yang sedang mencuba menurunkan enjin. "I dont know what happen, and i dont want to know!"
"Ha ha" gelak kami, di bahagian Avionic.
Radix.
Tahap kelawakan teman sekerja kau sampai kemuncaknya dengan datang satu lagi expertriate dari Australia (belia datang bersama Mr. Sunny) namanya Peter. Ketika budak budak ini bersalaman dengan Mr. Peter, mereka pun berkata, "Mai secawan" seperti di dalam iklan kopi Radix. Ha ha.
Baiklah, Selamat Hari Raya Haji, sampai ketemu lagi. Ingat! Boikot pilihanraya. (Pakistan pun buat maaaaaa!)

Sunday, November 11, 2007

Boikot

Ahad 11.11.2007

Betul, kita punya pandangan berbeza. Pandangan aku tentang perkara memboikot pilihanraya berbeza mungkin dengan apa yang kalian lihat namun asas perjuangan dan matlamatnya tetap sama iaitu; menentang UMNO.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa setiap perjuangan itu bukan sahaja melalui penentangan secara terang terangan atau dengan lebih mudah, melalui mata pedang. Ada juga pemimpin yang menggunakan taktik halus bagi menentang musuh musuhnya.

Apa yang aku utarakan adalah satu jalan alternatif. Kalau dengan memboikot pilihanraya sama juga bererti memberi kemenangan mudah, bagaimana pula dengan pergi mengundi? Mereka tetap menang dengan mudah bukan? Itu sahaja telah menunjukkan asakan kita tidak memberi impak yang besar kepada mereka. Sudah berapa kali pilihanraya diadakan dan setiap kali itulah mereka akan menang. Dan untuk kali ini aku usulkan, mengapa tidak kita boikotkan sahaja? Hanya untuk sekali ini sahaja. Apa yang ruginya? Kau tak akan rugi apa apa kerana jika kau tidak boikot, mereka tetap akan menang. Sekali sekala, dari melalui jalan yang terus, apa kata kali ini kita ambil lencongan ke kiri pula?

Mungkin juga kalian tidak nampak apa yang aku nampak dari cadangan ini. Mengapa perlu kita boikot dan bagaimana melakukannya? Kita boikot pilihanraya dengan 3 tujuan asas :
1. Menentang ketidakadilan SPR
2. Menentang UMNO
3. Memberi gambaran yang jelas kepada UMNO jumlah rakyat yang menentang mereka

Menentang ketidakadilan SPR
Seperti yang kita sedia maklum, SPR yang sepatutnya menjadi badan bebas kini menjadi taik kuku kepada UMNO. Kita mahu mesej ini sampai kepada pihak pihak tertentu .

Menentang UMNO
Yang ini, tidak perlu aku ulas lebih lanjut. Kita semua sudah sedia maklum.

Memberi gambaran yang jelas kepada UMNO jumlah rakyat yang menentang mereka
Orang Melayu rasa aku adalah satu satunya bangsa yang takut kepada perubahan, takut kepada apa yang dia tidak tahu, takut mencuba dan takut kalah. Kita nak boikot pilihanraya bukan untuk menang. Tapi untuk memberi 3 mesej ini. Menang mereka tetap akan menang tetapi kita perlu boikot demi untuk memberitahu meraka bahawa 25 juta rakyat Malaysia separuh dari itu atau mungkin lebih menentang mereka. Ini gambaran dan mesej yang kita nak bawa. Cuba bayangkan kalau kita semua berteguh hati dan mengambil risiko untuk kali ini, kita semua boikot pilihanraya, semua rakyat termasuk parti parti pembangkang boikot pilihanraya. Ya, mereka akan menang dengan mudah. Tetapi bayangkan jika usaha ini berjaya, agak agak dari 25 juta rakyat Malaysia itu berapa jumlah yang menentang mereka? Aku sangat sangat percaya jumlah itu satu angka yang besar. Cuba bayangkan kita duduk mendengar berita atau membaca suratkhabar, kita terbaca tentang isu boikot ini, dan mereka memaparkan jumlah rakyat yang tidak turun mengundi, dengan angka yang besar itu apa perasaan kau? Sudah pasti kita akan merasa satu perubahan psikologi. Dan perubahan psikologi ini penting untuk kita semua dan memang kita memerlukannya.

Bagaimana kita melakukannya?
Senang, ikut sahaja arahan ini,
1. Jangan keluar mengundi. Nak daftar takpe.
2. Sebarkan cadangan ini kepada semua orang yang kita kenal terutama yang menentang mereka. Pujuk mereka untuk join agenda ini.
3. 3 hari sebelum mengundi paparkan di blog masing masing agenda boikot ini dan terangkan kepada dua perkara perkara yang kau tidak suka pada KERAjaan. Dan biarkan isen itu sehingga habis pilihanraya.

Aku ulang sekali lagi, penentangan dan peperangan tidak semestinya secara terang terangan. Tidak semestinya perlukan medan. Kita punya banyak alternatif. Aku anggap perkara ini sebagai satu alternatif, sebagai satu lagi cara kita menentang mereka. Kita jangan pandang kejayaan dulu. Kita lakukan dulu, kita usaha dan kemudian kita serahkan kepada tuhan. Kalau pada pandangan kau peluang untuk menang adalah tipis, itu lebih baik dari hanya duduk diam. Selagi kita tidak cuba kita, kita tidak tahu, dan kalau kita cuba, kita ada peluang 50% untuk menang. Sekali lagi aku tanya, siapa yang berani untuk mengikuti belakang aku? Siapa yang berani untuk kali ini kita ambil lencongan ke kiri pula?

Sajak
Tuan, Kita Punya Masalah
tuan, kita ada masalah
tentang masa
ia enggan berhenti
dan berjabat tangan

tuan, kita ada masalah
dengan dunia
ia rupanya fatamorgana
dan kita terpedaya

tuan, kita punya masalah
dengan nafsu
ia sudah meniduri hati
kan melahirkan kebinasaan

tuan, kita ada masalah
dengan nyawa
dengan kuasa
dengan manusia

tuan, kita ada masalah
dengan tuhan
kerana Dia, sungguh
maha adil

Saturday, October 27, 2007

Well,

Sabtu 27.10.2007
Aku bukan sengaja taknak bubuh tarikh pada setiap isen aku. Bukan juga aku suka suka tak buat tarikh untuk setiap isen aku. Bukan. Sejak aku pakai skin yang ini, memang setiap isen aku tak bertarikh. Tapi pada aku bukan itu alsan untuk menidakkan isen isen terbaru aku. Kalau kau masuk dalam blog aku dan isen yang tertera itu belum lagi kau baca maka itu isen terbarulah. Senang bukan? Namun tidak juga bermakna setiap isen aku itu tidak bertarikh, tarikhnya ada bila aku ke laman edit, cuma tidak terpapar sahaja. Tapi takpe, aku cuba juga bubuh tarikh sendiri di setiap isen aku.
Sorry
Seorang gadis yang tunggang langgang englishnya sedang bersiar siar di The Mall. Dalam ralit berjalan jalan itu si gadis tadi terlanggar seorang pelancong Eropah.
"Oh... I'm.. I'm sorry." ucap gadis tadi dalam kegelabahan.
"Oh its okay" balas mat saleh tadi sambil tersenyum. "I'm sorry too."
mendengar ucapan mat saleh itu gadis tadi semakin gelabah dan memikirkan yang dia perlu membalas jawapan tadi, dalam keadaan terpinga pinga itu dia pun menjawab,
"Im sorry. Three."
"What are you sorry for?"
"Im sorry five!"
Naik
Tol akan naik khabarnya. Samy dah hantar kertas kerja. Minyak juga kata orang kompem naik. Oh tak lupa juga, tarikh eletrik.
Aku pelik betul lah bab tu. Kenaikan tahun lepas tak memberi keuntungan ke? Mustahil. Mengikut kitra kira aku memang untuk berlipat ganda. Tapi nak naik lagi yu. Baguslah.
Terima kasihlah kepada kamu yang suka memilih mereka. Cuma aku nak tanya sikit, kau tak marah ke? Tak rasa terseksa ke? Mungkin orang orang macam aku je rasa terseksa kot. Terima kasih lah ya.
Sajak
Pengemis Negara
Negaraku
di hujung mulut lintah
di celah gigi serigala
yang mengaku ayam
seperti kau dan aku
pengemis yang meminta minta
dipulangkan keberanian itu
kerana semangkuk serdak roti
kerana sebidang tanah longkang
bertanam kangkung
dan sebatang payung berlubang
yang tercabut jejarinya
kita jadi pengecut
Boikot
Jom, tunggu apa lagi? Ikut belakang aku, kita boikot pilihanraya. Biarkan puak puak mereka sahaja yang pergi mengundi. Bayangkan 5 juta rakyat tidak pergi mengundi. Sekurang kurangnya kita tahu 5 juta itulah yang tidak sokong KERAjaan. Apa salahnay kita cuba? Kalau kita pergi mengundi pun mereka menang. Aku kata sekali ini, kita boikot pilihanraya ramai ramai. Yang mana tak sokong KERAjaan jangan pergi mengjndi. Daftar takpe. In the long run, what you got to lose?

Saturday, October 20, 2007

Medley

Kesian blog aku ni. Dah perlahan rentaknya. Yalah, kemaskini pun sekali seminggu sekarang. Minggu depan bakal sibuk. Kami akan terima satu kapal terbang dari Air Asia untuk C Check. Khabarnya tiada cuti Sabtu dab Ahad, khabarnya kami diberi 18 hari untuk melakukannya. Tugas yang berat untuk kami yang menjadi pioneer.

3
Seminggu aku bersendirian di rumah. Queen berada di Gombak. Dia masih bercuti seminggu. Aku sudah berkerja seawal 16hb lagi. Dan bosan duduk di rumah seorang diri aku mengajak Izman untuk bercanda bersama.

"Man lepak rumah aku lah sampai Khamis nak? Orang rumah aku takdelah. Aku seorang je." pelawa aku pada Izman.

"Emm boleh juga. Nanti aku kompem baliklah."

"Ok cun. Aku ajak Arif juga, boleh kita threesome nanti. Ha ha"

"Hoi jangan bang! Kau ni, tersentak jantung aku tahu!" marah Izman.

"Ha ha" gelak aku.

Angkasa
Tahniah kepada angkasawan Malaysia, mendakap tuah dengan mudah. Sudahlah dapat melnacong ke angkasa selama sepuluh hari, balik dapat gelaran Datuk lagi. Tuah ayam nampak di kaki ye tak. Tahniah kepada Pak Lah satu lagi propaganda yang hebat. Cheers! Berapa juta? 20 juta katanya ya? Tu tu kat Bukit Mertajam tu, 30 tahun takde air tu. Angkasawan kepala hotak!

Gambar
Jumaat, sehari sebelum raya, aku menghantar beberapa keping gambar digital Adib untuk di cetak di kedai gambar.

"Orang Kluang nak" kata ayahanda.

"Pukul berapa siap ni?" tanya aku kepada awek penjaga kedai gambar.

"Pukul 6" katanya.

Namun aku tak sempat datang pukul 6, dalam kurungan, aku lupa. Pukul 8 aku datang kedai dah tutup. Cuti raya. Hampeh.

4 juta
Kecoh beb. 4 juta tak daftar mengundi. Mereka tanya mana pergi yang 4 juta tu? Apa punya soalan ni? Takpe aku jawabkan :

1. 4 juta tu tak daftar pasal mereka menghantar hantu raya masing masing pergi mengundi. Yela daftar kat Ampang kena undi kat Subang apa kejadahnya? Jauh tu, hantar hantu raya je senang.

2. Separuh dari 4 juta tu ada dalam Pusat Serenti.

3. 4 juta itulah yang tidak menyokong kau orang tahu!

Sajak
Propeller Berpusing

sedang,
propeller berpusing
harapan kami
dingin kan terik

datang kamu
menyimbah tahi
pada muka
propeller yang berpusing

cis!


Thursday, October 11, 2007

Kerja, Wuduk, Puasa, Filis, Harijadi dan Raya

Salam, isen kali ini merangkumi 2 minggu yang aku tak update. So panjang sikitlah. Baca dengan jimat cermat tahu, entah bila pula aku dapat update nanti. Ok,

Kerja
1 Oktober, bermulanya khidmat aku di syarikat yang baru. Dan tidak terduga oleh aku syarikat baru aku ini belum lagi beroperasi dengan sepenuhnya. Waktu aku melangkah masuk, masih ada pekerja pekerja kontrak sedang melakukan tugasannya. Aiseh, aku terasa aku seperti mereka pula. Dan kerana belum lagi beroperasi, maka dengan secara automatiknya, aku tidak bertugas. Datang kerja melangut dari 9 pagi sampai 5 petang. Namun minggu ini mula sibuk sikit, meja, kerusi, almari, forklift dan alatan pembaikan mula sampai sikit demi sedikit dan aku bersama beberapa rakan sekerja mula menyusun atur segalanya.

Wuduk
Di syarikat baru aku ini, suraunya boleh tahan besar. Aircond lagi tu. Apalagi, jadi tempat melepaklah sementara tunggu Zohor dan Asar. Satu petang, ketika itu Asar sudah pun masuk waktunya. Kami bersiap siap untuk mengambil wuduk. Aku mengambil posisi, meyinsing baju dan seluar, menadah tangan dan terus mencurah air ke muka. Aisehman, aku terlupa nak buka cermin mata, habis basah. Cis.

Puasa
Puasa itu ialah rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh umat Islam. Betul? Betullah tu. Satu tengahari aku bersama Arif keluar menuju ke Bandar Baru Salak Tinggi. Dari pejabat kami susur masuk ke Enstek dan kemudian masuk ke Pekan Salak Lama. Tidak semena mena kami terserempak dengan sekumpulan manusia di dalam kereta sedang menikmati juadah bebuka puasa pada waktu tengahari. Mangkuk hayun betul. Aku rasa macam nak langgar je kereta itu. Aku pintas kereta itu tak bagi dia masuk ke kiri. Aku jeling mereka dan mereka membalas jelingan aku. Ek eleh, kerek betul. Dah lah tak puasa! kalau ikut hati aku yang panas baran ni mahu saja aku ludah mereka waktu itu juga. Mangkuk!

Filis
Di tempat kerja aku yang baru itu, ada 3 kuntum bunga yang sedang mekar. Sewaktu sesi berkenalan dengan Syed Budriz, tuan punya syarikat aku itu, salah seorang dari mereka memperkenalkan diri.

"My name is Filis..."


Apa? Siplis?! Jerit hati aku. Ha ha ha aku tertawa sendirian.

Harijadi
11 Oktober. Hari jadi aku. Queen belikan 2 pasang baju, 13 Oktober, tatkala kalian meyambut 1 Syawal, waktu itu Queen akan juga menyambut harijadinya. Satu malam aku ke Giant, mencari hadiah untuk Queen, Aku belikan sehelai Blaus mengandung dan sepasang kasut.

"Tak mau try ka?" tanya nyonya kedai kasut itu pada aku setelah aku puas hati dengan kasut yang aku pilih untuk Queen.

"Aiya auntie, sapa mau try? Saya ka?" tanya aku balik.

Dan nyonya itu tertawa kecil, dan tidak langsung memikat hati aku.

Raya
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kalian semua, berhati hati di jalanraya. Aku mohon maaf andai ada terkasar bahasa. Jemput datang rumah. Aku tak buat open house kerana lokasi kawasan yang tidak strategik. Akan tetapi aku dengan sepenuh hati mengalu alukan kedatangan kalian jika berkehendak. Apa pun call aku dulu sebelum datang supaya senang untuk aku buat persiapan. Kalau kau orang datang aku akan masak spesel punya insyaAllah.

Sajak
Berjabat Tangan Masa

berjabat tangan masa
aku, mencuri baju siang
setitik kemerahan mula berarak
menjelmakan senja

tutupkan aibku!
tutupkan maluku!

moga tidur lena
untuk damai ketika bangun
moga hari ini tenang
demi celik mata
mencari mana waktu mati

berjabat tangan masa
dia, mencuri alpa ku


Saya mabil sedikit kata kata dari isen Bunga Rampai untuk mengindahkan sajak ini.