Thursday, September 27, 2007

Khamis

Hari ini. Aku sedang mengemas. Hari ini aku nekad, aku nak blah. Atas saranan beberapa orang rakan dari blog hingga ke alam nyata, aku nekad akan blah. Lagipun gaji bulan ni dorang dah tak bagi. So gaji sebulan aku tu, cukup untuk membayar kembali kos kursus RM1500.00 tu malah ada lebih sikit lagi. Yang baki tu aku memang tak mampu nak bayar so tunggu pun apa guna? Jalan terakhir masuk court jelah.

Anyway, dengan tiadanya aku di syarikat ini, maka dengan rasminya isen ini adalah yang terakhir untuk minggu ini. Kat rumah takde internet so, lambatlah aku nak mengemaskini. Apa pun, harap korang terus kunjungi sini, aku akan cari masa untuk update.

Dikesempatan ini, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih pada kalian yang sudi membantu, menyokong dan memberi kata nasihat dan panduan. Segala jasa baik kalian, hanya Allah sahajalah yang mampu membalasnya. Ringan sikit beban aku. Semoga Allah ringankan juga beban kalian. Ada 2 minggu lagi kita di bulan Ramadhan, selamat berpuasa dan selamat hari raya. Aku mohon maaf di atas segala salah silap tutur bicara dan susunan kata. Yang baik semua dari Allah swt dan yang buruk itu semua dari UMNO dan BN, dan aku maintain kiut. Ha ha.

Sekian. Adios!

Tuesday, September 25, 2007

Berhenti

Minggu ni minggu terakhir aku bekerja. Aku sudah hantar surat perletakan jawatan pada 5 Sept 2007. Alhamdulillah, aku menerima satu tawaran yang menarik yang sukar untuk dilepaskan. Dan kerana itu syarikat aku sekarang sedang menuntut RM6000.00 dari aku sebagai ganti rugi dan juga kerana melanggar kontrak. Aku sedang buntu sekarang ini. Oleh itu, aku perlukan pendapat dan kalau boleh pertolongan kalian. Mari, aku sembahkan kronologinya.

April 2007
- syarikat aku menghantar aku berkursus di Subang selama 4 hari.
- kos kursus tersebut ialah RM1500.00
- sekembalinya aku dari kursus itu, aku dikehendaki menangani perjanjian kontrak selama setahun (bayangkan kursus 4 hari di Subang kontrak setahun kejam tak kejam kompeni aku ni. Kalau tak 3 tahun, itu pun aku dah lawan habis habisan dah).

Sept 2007
- aku pindah dari Gombak ke Sepang berikutan pejabat aku di Sepang jadinya permindahan ini bakal memudahkan aku dan sekaligus menjimat kos perjalanan.
- 4 Sept HOD aku panggil berbincang katanya jabatan aku kena pindah ke Subang selewat lewatnya Disember ini.
- Dan kebetulan pula selesai sahaja perbincangan tersebut, satu syarikat menelefon aku dan menawarkan pekerjaan dan yang menariknya syarikat tersebut di Sepang, ada kenaikan gaji, ada bonus, ada insuran dan ada medical. Jauh berbeza dengan syarikat aku sekarang yang tiada bonus, tiada kenaikan gaji, tiada insuran dan tiada medical.
- 5 Sept aku hantar surat perletakan jawatan dengan permahaman, aku perlu bayar kembali kos kursus terbabit iaitu RM1500.00
- pertengahan September, aku dipanggil oleh Legal Officer syarikat aku dan beliau menerangkan akibat akibat yang harus diterima sekiranya aku melanggar kontrak. Beliau menerangkan aku harus membayar pada syarikat sebanyak RM6000.00. Ini termasuk kos kursus RM1500.00 campur dengan claim mileage aku, gantirugi kerana aku berhenti dan kos pengambilan pekerja baru dari kos pengiklanan, temuduga dan latihan akan ditanggung oleh aku.

Jadinya sekarang aku tersangatlah blur. Aku perlukan legal advice. So ada sapa sapa yang kenal peguam yang boleh aku rujuk? Aku ingat nak blah macam itu je. Aku sanggup bayar balik RM1500.00 tu, tapi yang lain lain tu aku nak bayar kenapa? Kalau nak kata aku berhenti production stop, production apa? 2007 sahaja, dari Januari sampai September berapa barang je yang aku repair. Takde barang masuk so production apa? Pengambilan staff baru itu pula, pada Ogos 2007, sejumlah 14 pekerja baru masuk melaporkan diri. Sehari selepas aku hantar surat perletakan jawatan aku dah minta 2 orang untuk department aku untuk aku train habis habisan. Bila masuk meeting usul aku ditolak so? Lagi nak caj aku pula.

Aku nak tahu, apa akan terjadi kalau perkara ini masuk mahkamah. Please help, im very clueless right now. Terima kasih.

Sunday, September 23, 2007

Nurin

Jiwa jiwa kita pun merusuh tatkala busuk berita itu sampai ke telinga. Siapa angkaranya? Kita hanya berspekulasi, tak habis habis. Mulut hanya tahu berkata jijik! Kotor! Jahanam! Mencarut sana sini. Berapa nilai nyawa manusia? Adakah setanding menara tinggi? Adakah bersinar seperti pertunjukan bunga api atau berharga seperti banglo 2 tingkat seluas padang?

Sayang akal kita terpaksa ditunjal oleh mayat seorang kanak kanak untuk memberitahu yang nyawanya, nyawa kamu, aku dan kita semua hanyalah tidak lebih dari sebutir sampah. Tak perlu jari jari runcing itu, tidak perlu juih juih mulut mengejek menuduh sesuka hati. Sekarang ini yang patutnya di isi di dalam benak kita yang beku itu bukan persoalan siapa punya angkara tetapi apa tindakan sewajarnya?! Cukupkah dengan memberi hukuman yang paling berat kepada pesalah? Cukupkah dengan terlaksananya undang undang negara yang sedang berdiri dengan satu kaki? Cukupkah dengan berhati hati dan nekad menjaga perihal sendiri? Cukupkah?

Tuhan sudah tetapkan kepada kita hukum hukamnya yang wajib dilaksana, namun dengan bongkak dan bodoh sombongnya, kita memberi mandat perlaksanaan keadilan, kebebasan dan keselamatan kepada sekumpulan kera. Ucapkan terima kasih pada mawar itu, kerana memberitahu kamu manusia, ini akibat yang tersurat kerana hatimu redha dengan segala macam agenda, membelakangi tuhan! Dan lain kali jika terjadi lagi, tudingkan jari itu ke kepala sendiri.

Lelongan Di Pasar Metropolitan

jiwa manusia sudah
sehebat binatang
dan lupa pada tanah
asal kejadian malah
tempat menumpang

"manimu itu tika jatuh ke bumi
takkan diendah oleh ayam sekalipun,
jangan kau lupa!"

tuhan melihat
di pasar metropolitan
lelongan maruah
demi ringgit dan sen
syukur untukNya
hanya dihujung lidah

juadah di jagat nyata dan maya
menjadi rebutan
dan tuhan melihat betapa kita
menentang kebenaran
ketika dalam keimanan

Friday, September 21, 2007

Matinya Sekuntum Mawar

Untuk adik Nurin.

Matinya Sekuntum Mawar

sekuntum mawar
terbiar layu, dikurung
di dalam sempit kotak kain bertangkai
hilang nyawanya
tanda hilang manusiawi
khilaf, yang enggan diperbaiki

semadikan mawar itu
sekali lagi, semulianya
tacakkan kelibat ihsan
di kaki dan kepalanya
beradulah sayang
biarkan runsing
kami yang endahkan

jiwa kita melara
terperangkap dicelah celah
bangunan tinggi metropolitan
nyawa mawar itu
adalah harga yang harus dibayar
demi impian mengapai bulan
membelakangi tuhan

Kartun

Dalam isen yang lepas, aku ada beritahu yang aku suka Calvin & Hobbes. Well, saja nak share ngan korang. Aku ada separuh koleksi buku dia. Ada lagi separuh yang perlu aku kumpul. So, enjoy!