Tuesday, September 25, 2007

Berhenti

Minggu ni minggu terakhir aku bekerja. Aku sudah hantar surat perletakan jawatan pada 5 Sept 2007. Alhamdulillah, aku menerima satu tawaran yang menarik yang sukar untuk dilepaskan. Dan kerana itu syarikat aku sekarang sedang menuntut RM6000.00 dari aku sebagai ganti rugi dan juga kerana melanggar kontrak. Aku sedang buntu sekarang ini. Oleh itu, aku perlukan pendapat dan kalau boleh pertolongan kalian. Mari, aku sembahkan kronologinya.

April 2007
- syarikat aku menghantar aku berkursus di Subang selama 4 hari.
- kos kursus tersebut ialah RM1500.00
- sekembalinya aku dari kursus itu, aku dikehendaki menangani perjanjian kontrak selama setahun (bayangkan kursus 4 hari di Subang kontrak setahun kejam tak kejam kompeni aku ni. Kalau tak 3 tahun, itu pun aku dah lawan habis habisan dah).

Sept 2007
- aku pindah dari Gombak ke Sepang berikutan pejabat aku di Sepang jadinya permindahan ini bakal memudahkan aku dan sekaligus menjimat kos perjalanan.
- 4 Sept HOD aku panggil berbincang katanya jabatan aku kena pindah ke Subang selewat lewatnya Disember ini.
- Dan kebetulan pula selesai sahaja perbincangan tersebut, satu syarikat menelefon aku dan menawarkan pekerjaan dan yang menariknya syarikat tersebut di Sepang, ada kenaikan gaji, ada bonus, ada insuran dan ada medical. Jauh berbeza dengan syarikat aku sekarang yang tiada bonus, tiada kenaikan gaji, tiada insuran dan tiada medical.
- 5 Sept aku hantar surat perletakan jawatan dengan permahaman, aku perlu bayar kembali kos kursus terbabit iaitu RM1500.00
- pertengahan September, aku dipanggil oleh Legal Officer syarikat aku dan beliau menerangkan akibat akibat yang harus diterima sekiranya aku melanggar kontrak. Beliau menerangkan aku harus membayar pada syarikat sebanyak RM6000.00. Ini termasuk kos kursus RM1500.00 campur dengan claim mileage aku, gantirugi kerana aku berhenti dan kos pengambilan pekerja baru dari kos pengiklanan, temuduga dan latihan akan ditanggung oleh aku.

Jadinya sekarang aku tersangatlah blur. Aku perlukan legal advice. So ada sapa sapa yang kenal peguam yang boleh aku rujuk? Aku ingat nak blah macam itu je. Aku sanggup bayar balik RM1500.00 tu, tapi yang lain lain tu aku nak bayar kenapa? Kalau nak kata aku berhenti production stop, production apa? 2007 sahaja, dari Januari sampai September berapa barang je yang aku repair. Takde barang masuk so production apa? Pengambilan staff baru itu pula, pada Ogos 2007, sejumlah 14 pekerja baru masuk melaporkan diri. Sehari selepas aku hantar surat perletakan jawatan aku dah minta 2 orang untuk department aku untuk aku train habis habisan. Bila masuk meeting usul aku ditolak so? Lagi nak caj aku pula.

Aku nak tahu, apa akan terjadi kalau perkara ini masuk mahkamah. Please help, im very clueless right now. Terima kasih.

0 Bangsawan Menatang Sembah: