Tuesday, July 31, 2007

Kunci

Semalam hujan lagi. Ah tak siap lagi nampaknya grill aku. Pukul 10 aku telefon si Heri, risik risik, grill belakang dah pasang katanya. Alhamdulillah. Tengahari aku pergi check, nampaknya semua ok. InsyaAllah esok siap semuanya. Petang aku telefon si Heri lagi, grill depan dah pasang katanya. Alhamdulillah, so esok boleh pasang lampu dan kipas.

Selepas solat Maghrib, aku turun bawah, bukak pintu dan menuju ke kereta. Aku perlu susun 5 biji kipas dan 14 lampu.

Tit tot!

Bunyi alarm kereta aku. Aku buka pintu pemandu dan masukkan kunci dan tiba tiba hati aku menegur, "Oi oi yang kau nak start kereta tu apsal? Bukan nak pergi kerja!"

Ya tak ya juga! Lalu aku tinggalkan kunci kereta tu tergantung di situ. "Nanti jangan lupa kunci tu, kereta ni dah lah lock sendiri kang tak pasal pasal kena pecahkan cermin lagi." pesan hati aku.

"Yelah yelah" jawab aku acuh tak acuh.

Aku kemaskan bonet. Dan angkut satu satu 5 biji kipas dan 14 lampu masukkan semua ke dalam bonet. Oh tidak, kipas semua aku letak di seat belakang. Sepanjang pekerjaan aku itu, hati aku tak habis habis mengingatkan pasal kunci kereta. Bising betullah!

Selesai kerja, aku tutup bonet dan pintu pemandu dan berlalu menuju ke pintu rumah.

"KUNCI!!!" jerit hati aku.

""AAAALAAAMAAAAK!!!" sambut aku.

... kunci kereta..

Ada kat tangan aku ni. Ha ha.

Sunday, July 29, 2007

4 Kaki

Sabtu,

Aku merancang selepas pulang dari kerja akan ke rumah aku melihat kontraktor Heri menyiapkan kabinet dapur. Hari khamis lepas aku ke rumah, kontraktor Nazrin belum lagi memulakan kerjanya memasang tiles di depan dan belakang rumah. Grill pun belum lagi. Jadinya sabtu itu aku tidak mengharapkan Kontraktor Nazrin akan memulakan tugasnya.

Aku habis kerja Sabtu pada pukul 1245. Selepas Zohor baru aku bergerak dari pejabat. Aku sms kepada Heri. Hajat hati nak belanja airlah kesian kerja, mesti penat.

"Heri, kau berapa orang di sana?" sms aku.

"Bang belum buat apa apa tunggu batu." sms dia.

Laaa tak buat lagi ke? Aku sedikit bengkek. Habis aku nak ke sana nak buat apa?

"Jadi kau tak buatlah hari ini?" sms aku.

"Buat. Tunggu batu. Pukul 3." sms dia.

Oh oklah macam tu. Aku ke sana jugalah. Tapi belanja air kensellah ha ha. Sesampai di sana, alangkah terkejutnya aku apabila melihat pekerja kontraktor Nazrin telah memulakan kerja memasang tiles. Wah. Ini sudah bagus! Aku kebelakang, tengok dah nak siap. Bahagian depan baru habis diketuk. Hanya tunggu untuk disimenkan dan dipasangkan tiles. Grill pun aku tengok dah tersusun.

Sebentar kemudian Heri datang. Mengadu, dia menunggu orang hantar batu dan besi sedari pagi tak sampei sampei. Dia tunjuk contoh tiles pada aku. Aku ok. Aku melepak di situ melihat mereka membuat kerja. Seketika, datang 2 orang pekerja Nazrin, memasang grill pula. Wow. Cepat betul. Bagus, bagus. Lepak punya lepak, tuan rumah depan rumah aku sampai. Aku dah pernah selisih dengan dia sebelum dia. Dan aku rasa macam pernah tengok je muka dia tapi tak ingat kat mana. Dia bersalam dengan aku dan aku lihat dia memakai baju kompeni.

"Laaa kerja kat **** ke?" tanya aku.

"Aah. Hari ini kau tak pakai topi baru aku cam kau. Ha ha" jawab dia.

Rakan pejabat lama rupanya dia ni. Berjiran dengan aku pula. Ha ha. Kecil betul dunia ini.

Pukul 3 lebih, batu untuk kabinet dapur dah sampei. Heri memulakan kerja. Aku terasa macam supervisor melihat mereka membuat kerja. Kejap aku ke depan kejap aku ke belakang. Lebih aku berborak dengan member aku tu. Lama berborak aku ke belakang semula tengok mereka buat kabinet dapur. Aku tengok dah 2 tingkat batu tersusun. Tapi aku merasa pelik. Pasal dia bermula dari tempat yang bukan sepatutnya.

"Bang, dekat sinilah bang bukan dekat situ." tunjuk aku ke tempat yang seharusnya mereka bermula.

"Bukan 4 kaki ke? Heri kata 4 kaki." tanya dia.

"Bukan, mula mula memang nak 4 kaki lepas ukur sinki semua tak muat. Jadi saya mau lebihlah sampai tepi pintu dapur ni. Saya rasa saya sudah beritahu Heri." jelas aku.

"Itulah saya pun sudah kata sama Heri tapi dia suruh saya buat juga dari sini." jelas pekerja Heri.

Aku sms Heri, kemudian kami berjumpa. Oklah, sedikit salah faham sahaja. Mereka mula lagi sekali dari tempat yang sepatutnya. Dalam hati aku bersyukur pada Tuhan, dalam aku bengkek Heri lambat mulakan tugasnya, rupanya, terselindung satu rahmat. Cuba bayangkan kalau sedari pagi mereka dah buat kabinet tu, dan waktu tengahari tika aku jenguk tak pasal pasal kena roboh balik kan? Sungguh! Memang Allah maha hebat!


Saturday, July 28, 2007

Sejibik

Kehadapan, Encik Naga yang dihormati.

Semalam selepas pulang dari kerja, saya singgah di pasar malam Taman Melati. Saya membeli sedikit makan malam, sayur sayuran, sehelai baju pajamas untuk Adib dan sehelai baju gaun mengandung untuk Queen.

Sewaktu saya melewati gerai gerai pakaian, saya terserempak dengan baju Transformer. Cantik. Saya belek belek. RM15.

Di sinilah Encik Naga, saya bertemu dengan tauke gerai itu. Dan mukanya sejibik macam Encik Naga. Dengan kumisnya dan rambut kerintingnya.

Betul!

Sejibik!

Sejibik!

Friday, July 27, 2007

Dekat

Sudah dekat bukan? Tunggu apa lagi? Ayuh!

Mari Menconteng!

sudahkah ditanak
janji itu?
jaga air dan apinya
jangan lembik, jangan hangit
nanti tak hendak

sediakan upah (dan colok)
untuk remaja dan tua, (hantu juga)
yang sedia menconteng
muka keluarga dan dinding masjid

acara ini
5 tahun sekali
biar gemilang

kepalkan janji
panas berbungkus
tinggikan nilai upah

ayuh bangsa!
lumpurkan lagi negara
mari menconteng!

Thursday, July 26, 2007

Sinki

Hari nampak seperti nak hujan, lantaran itu aku tidak tunggu lama. Tepat 4:30 petang aku terus punch card dan terus balik. Untung juga, aku keluar agak cepat dan mudah urusan untuk membeli sinki nanti, fikir ku.

Aku tiba di Bandar Tasik Selatan lebih kurang 5:17 petang. Hari dah gelap, kemudian jem. Jalan agak perlahan. Aku sedikit kehairan, kerana waktu waktu begini sepatutnya jalan tidak beberapa sesak. Sampai di Pandan Indah, Dah tak bergerak gerak. Alahai.

Dan sangkaan aku untuk tiba awal di Gombak meleset apabila aku tiba di Tesco Ampang pukul 5:38. Dan trafik masih bergerak perlahan. Pukul 6:20 aku berada di flyover MRR2 yang merentas Jalan Ampang di bawah. Aku sms Queen, aku tak dapat ambil dia. Tak sempat. Aku suruh dia balik dulu.

Maghrib dah masuk. Azan pun berkumandang di dalam kereta aku menerusi siaran radio IKIM. Aku masih di Flamingo. Trafik semakin sesak. Aku rasa macam nak muntah. Nak terkencing pun ada. Rokok hanya ada sebatang. Dari mula terperangkap sampai kat Flamingo ni, aku tak hisap lagi yang sebatang tu. Sayang. Aku jeling kereta kiri dan kanan. Kot kot ada yang hisap rokok, dapatlah aku pau sebatang. Ha ha.

Tarfik kemudian memasuki area Ulu Kelang. Sebelum simpang ke AU3, kelihatan bomba dan polis traffik berkumpul. Ooo patutlah. Pokok tumbang. Lepas je situ, jalan clear. Apa lagi, pecutlah. Aku sampai rumah pukul 8:20. Sempat membeli sinki.

* * *

"Berapa ni bos?" tanya aku pada mamat cina yang menjual sinki.

"RM190" jawab dia.

"Ai, semalam dia cakap RM180" betah aku.

"Haiya lu sudah tahu RM180 cakaplah. Saya mana tau! Pot pet pot pet"

"Ha ha ha saja mau test you bos." aku.

Ha ha ha

Tuesday, July 24, 2007

Buatan Cinta

satu kerugian
yang pesat membangun
memenuhi ruang ruang poket
dan dompet

katanya,
buatan cinta
nusantara jelata
khusus kau dan aku

satu penipuan
tinggi mencakar langit
bagai helium dipam paksa
ke dalam belon

katanya,
buatan merdeka
kesejahteraan perut
bukan kau dan aku

Kiblat

Ahad lepas, aku membawa ayahanda bonda, bonda mertua, Queen dan Adib ke rumah baru. Saja nak melawat. Aku juga bawa bersama penunjuk arah kiblat. Tujuan sebenar nak tunjukkan rumah pada ayahanda bonda kerana mereka akan berpindah ke Ipoh esok.

Sampai di sana semua teruja melihat rumah baru. Macam macam komen dan cadangan. Kemudian datang kontraktor mempromosikan produknya. Tanya macam macam. Rumah kosong, bila bersuara akan bergema. Jadi bila banyak suara maka banyaklah gemanya. Aku jadi pening, mereka semua di dapur berborak dengan kontraktor, tanya macam macam. Aku melarikan diri ke ruang tamu. Aku keluarkan alat penunjuk kiblat dan cuba menentukkannya. "82 darjah tau." teringat aku pesan ayahanda mertua. Tapi aku tak pernah guna alat ni, kalut sikitlah jadinya.

Aku panggil Queen tanya macam mana nak guna, tapi dia macam tak dengar. Aku panggil ibu mertua, pun sama macam tak dengar, aku panggil ayahanda bonda pun sama juga, mereka leka dengan kontraktor itu. Aku jadi sedikit bengang. Aku cuba menelaah sendiri alat itu. Akhirnya dapat juga aku guna alat itu. Untuk kompem nanti aku tunggu matahari.

Malam pukul 8, aku sedang leka tengok berita. Tiba tiba Queen menyapa aku.

"Bi, tadi tak check kiblat tak?"

"Poodah!" kata aku.

Kemudian bonda mertua keluar dari biliknya. Dan Queen pun berborak dengannya dan utarakan tentang permasalahan tengok kiblat. Dan bonda mertua pun tanya, "Check ke tak tadi?"

"Poodah!" jawab aku. Dalam hatilah.

p/s : perbualan aku dan Queen telah aku editkan untuk kesesuaian blog ini. Sekian terima kasih.

Sunday, July 22, 2007

Lawak

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu, mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas.

Nak di jadikan cerita, ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut, nak mintak tumpang. Jadi bas tu pun berhenti lah. Tetiba, lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut.

Sorang perompak berkata,
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada!! Cepat!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas,
"Tapi, kami tak bawak barang kemas kalau gi keja. Duit pun sikit je."

Perompak berfikir seketika,
"Ha, gini la, sebab korang takder barang kemas & duit, kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata,
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak? Tak kesian ker?"

Tetiba, makcik tu berdiri,
" Weh, ko nie, tak paham ker? Kalau dia cakap SEMUA, SEMUA lah!"

ha ha ha

Saturday, July 21, 2007

Sayup Sayup Janji

berjanjilah!
Aku adalah Tuhanmu yang satu
kami berjanji!

berjanjilah!
akan beramal ibadat hanya untukKu
kami berjanji!

berjanjilah!
tidakkan kamu menyekutukan Aku
kami berjanji!

berangkatlah
segerombolan roh
ke dalam rahim ibu masing masing
membawa amanat
dan dialog janji itu
sayup sayup kedengaran
lalu hilang

tidak tersisa dalam ingatan

Friday, July 20, 2007

Ter

Balik dari kerja, ambil Queen di Taman Melati, sampai rumah main dengan Adib sekejap, lepas tu mandi. Itu rutin hari hari.

Macam semalam, seperti biasa. Masa mandi, sesudah sabun badan dan bilas, sesi cuci muka pula. Aku squeeze squeeze NiVEA ke tapak tangan. Gosok gosok. Dan entah macam mana aku ter...

Aku ulang taip ya, aku ter...

aku ter...

aku ter...

Sapu pencuci muka itu ke rambut ku lagak bershampoo. Cheh!

Aku ter..lah!

Thursday, July 19, 2007

Duit

Duit! Duit! Duit!

Rumah baru. Nak kena pasang grill. Risik risik rupanya kawasan rumah aku yang di Sepang itu kena mintak kebenaran dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS) sebelum memasang grill. Jadinya, Isnin hari itu aku telefon MPS. Borak punya borak, kalau nak pasang grill kena bayar RM50.00. Tambah pula aku nak buat kabinet dapur, kena tambah lagi RM35.00 jadi jumlah keseluruhan adalah RM85.00.

Aku jadi musykil apsal nak pasang grill nak kena bayar pulak? Aku rasa itu hak individulah. Tapi aku diam dulu. Aku tanya pegawai dihujung talian apalagi bayaran yang perlu aku buat? Tiada katanya. Jadinya semalam aku pergi ke MPS.

"Saya nak mintak kebenaran utnuk pasang grill dan buat kabinet dapur." kata aku setelah nombor aku sampai gilirannya.
"Baik, encik kena bayar RM50.00 untuk grill, RM35.00 untuk tambahan kabinet dapur, RM18.00 untuk bahan binaan dan RM200 untuk deposit. So semua sekali RM303.00" terang mamat MPS.

"Eh?! Apsal sampai RM300.00 pulak ni? Hari Isnin saya telefon you cakap RM85.00 je?!" soal aku tidak puas hati.

"Memang ini harga dia encik. Encik telefon itu cakap dengan bahagian mana? Bahagian Bangunan ke?" tanya mamat MPS.

"Yelah. Dia takde pulak kata sampai RM300.00. Saya tanya dia ada charge lain ke selain dari RM85.00 dia kata takde. Sekarang saya datang ni ada pulak sampai RM300.00. Macam mana you punya sistem ni? You tahu tak saya ni dari Gombak. Jauh datang macam ni buang masa je!" protes aku.

"Er er er." mamat MPS. Gagap.

"Lagi satu, ni nak pasang grill kena mintak kebenaran ni memang ada dalam undang undang ke?" tanya aku.

"Ada memang ada."

"Saya tanya ramai kawan saya yang duduk Kota Warisan mereka tak kena pun? Apsal kawasan saya pula kena?"

"Saya tak pasti lah encik. Tapi memang tempat lain takde, kat sini je. Memang ramai yang tak puas hati." buka pekung mamat MPS tu.

"Memanglah! Pasang grill itu untuk safety kita. Kalau rumah kena rompak bukan MPS yang tanggung rugi. Saya yang tanggung." jelas aku tak puas hati. Banyak songeh pulak nak kena bayar tu bayar ni. Nak duit je kerjanya. Servis macam hampas!

"Dah tu selain RM303.00 apa lagi saya perlu bayar?" soal aku lagi.

"Err RM10 untuk sticker encik." kata mamat MPS.

Mak ai! Sticker apa sampai RM10.00? Aku beli sticker kat pasar malam pun baru RM1.00!

Nak tak nak terpaksa aku balik pejabat tanpa dapat menyelesaikan apa apa. Jumaat aku datang balik. MPS, patutnya MPS kena tukar nama jadi, Majlis Perbandaran Sangap!

p/s : Aku rasa aku kena buat bayaran untuk buat grill adalah disebabkan status tanah aku adalah Leasehold. Tapi fikir fikir balik, rumah mak aku kat Ampang pun Leasehold! Takde pun kena mintak kebenaran! Hampeh! Tak selaras langsung kerajaan ni. Yang tahu nak duit sahaja! Macam ni aku kena tukar professionlah, jadi tokey babi! Aku nak buat kandang babi kat MPS tu baru padan muka dorang!

Tuesday, July 17, 2007

Betul

Peribahasa baru untuk Karam Singh Walia :
Jika tiada yang menyediakan payung, masakan tokey babi bebas 30 tahun.
Betul? Betullah tu!

Oh satu lagi, tapi ini bukan peribahasa, ini slogan. Kau orang yang menyokong boleh buat sticker dan tampal kat kereta. Slogannya :
Undilah kami untuk kesejahteraan babi di Malaya.
satu lagi,
Kerana babi, tidak pernah lupa.

Poodah! Ha ha ha.

P/s : 30 tahun report! Takde tindakan! Isk isk isk aku tak boleh bayanglah sebuah negara Islam, dipimpim (kononnya) oleh pemerintah Islam tapi 30 tahun tak dapat selesaikan masalah untuk umat Islam. Pelik! Pelik sungguh!

Monday, July 16, 2007

Babi

TV3. Siar masalah babi.

"Dari saya ni anak, sampai jadi bapak sampai sekarang dah ada cucu, masalah babi ni tak selesai selesai!" kata pakcik itu.

"Kita dah report kat pejabat daerah, kat pejabat menteri, dah buat piket, dah 30 tahun dah perkara ni." kata seorang lagi pakcik.

"Pakcik! Tokey babi mana nak ambil tindakan kat babi babi tu?! Bankrup la dia nanti! Pakcik tembak je babi babi tu apa susah? Tembak sekali ngan tokey dia tu!" jerit aku.

Poodah!

Saturday, July 14, 2007

Sunyi

Perjalanan yang jauh aku tempuh setiap hari dari rumah (Gombak) ke pejabat (Sepang) dan dari pejabat ke rumah memang amat meletihkan. Keadaan menjadi lebih parah apabila jalan menjadi sesak. Selalunya berlaku pada hari Jumaat dan Sabtu (waktu petang) atau apabila berlaku kemalangan. Dan selalunya aku akan terperangkap di sektiar Pandan Indah dan Ulu Kelang. Pernah juga aku terperangkap sedari dari Bandar Tasik Selatan lagi. Penat memang penat. Namun, disebaliknya itu ada rahmat yang telah diperuntukkan untuk aku di situ. Aku menerima banyak ilham dalam menghasilkan sajak sewaktu dalam perjalanan dari rumah-pejabat-rumah ini. Tuhan, aku bersyukur untuk itu.

Sada. Salah satu sajak yang telah diilhamkan kepada aku ketika dalam perjalanan pulang dari pejabat. Selalunya jika ilham di dalam perjalanan ini aku mulai dengan tajuknya dahulu dan kemudian aku merangka rangka isinya sedang tangan aku mengawal stereng kereta. Sada antara sajak yang agak sukar telah aku hasilkan. Amat berbeza dengan Pelangi kerana ia dapat aku siapkan sepintas lalu semasa terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Penghasilan Sada secara sempurna telah dibantu dengan kata kata yang aku pinjam dari blog Bunga Rampai. Tidak aku nafikan, kata kata yang disusun oleh beliau sangat menarik perhatian aku. Bait bait katanya sangat indah. Setakat ini telah 3 buah sajak aku hasilkan dari kata katanya seperti Puncak kembara Ramadhan, Bagasi Dalam Cinta dan Hatimu Tahu. Dan kali keempatnya, Sada juga aku ambil dari kata kata yang telah tertera di blog beliau.

Namun ilham itu milikNya. Ada masa ia akan hilang walau puas aku memerah akal untuk menyiapkan sajak. Itu yang aku rasa setelah aku selesai menyiapkan Sada. Tiada lagi ilham yang datang. Mungkin ini masa untuk aku berehat. Mungkin juga, sementelah dengan beberapa adegan yang tiba sepanjang minggu ini banyak yang menyentuh hati. Dari Hukum sehingga 5 sahabat aku berhenti secara serentak bulan ini. Oh ya, rumah baru aku di Sepang telah siap. Aku kecewa dengan bilik air dan bilik utamanya yang sangat kecil. Aku mungkin berpindah seawal bulan Ogos nanti. Selepas pemindahan itu terlaksana, tidak dapat lagi aku berblog sekerap selalu. Sekarang ini pun aku dah perlahankan aktiviti berblog agar aku boleh menerima situasi yang sangat sedih ini dari sekarang. Aku minta maaf sekiranya kalian ternanti nanti isen terbaru aku. Jika aku ada masa terluang seperti malam ini, aku pasti akan mengemaskinikan blog dan melawat blog kalian. Janganlah kalian terasa hati apabila aku jarang jarang menjengah ke blog kalian. Janganlah menggunakan alasan itu untuk tidak menjengah ke blog aku ini. Masuklah. Percayalah, tiada siapa yang lebih merindui kalian selain dari aku.

Aku tinggalkan kalian untuk kali ini dengan Sada. InsyaAllah, setiap masa aku yang terluang pasti aku akan mengemaskinikan blog dan melawat blog kalian cuma, tidak sekerap dulu. Singgah blog aku ni selalu walaupun aku akan semakin jarang mengemaskininya. Jangan biarkan ianya sunyi seperti aku yang sunyi tidak dapat membaca kata kata kalian yang indah itu.

Sada

sada,
ingin menjadi burung
agar ukiran katanya
cermat diselitkan
dicelah awan gewaman
nan putih

sada,
ingin seperti bunga
menyambut salam bayu
dan seperti ombak
menggulung rindu
pada pantai

satu lagi tari, sada
untuk hatimu
dari violin
satu lagi hari
untuk hajatmu
dari sini, sada

adalah doa

Tuesday, July 10, 2007

Propeller Berpusing - Bah 5

Kenapa sekarang? Kenapa tidak dulu? Berapa lama dah si citos itu beroperasi? Kenapa selepas 1/3 menteri dalam kabinet yang kayap itu kene citos baru menggelabah nak siasat citos tu? Kenapa sekarang? Kenapa tidak dulu? Selama ini buat apa?

Hah?

Tido? Makan belacan? Tak tahu?

Mangkuk!

Friday, July 06, 2007

Cenderawasih

Aku tengah layan lagu ni (lihat bawah) sekarang. Hajat mula mula nak downloadkan kat blog ni. Pastu ntah, tetiba aku jadi malas. Jadinya, kauorang bayangkanlah ada muzik dan Ahmad Jais tengah mendendangkannya ya.

Da!

Cenderawasih - Ahmad Jais

Cenderawasih burung di awan
Terbang melayang berkawan-kawan
Terbayang di mata siang dan malam
Rindu kasih padamu tuan.

Cenderawasih burung di awan
Terbang melalu segenap desa
Terbayang di mata setiap masa
Rindu di hati terlalu biasa

Cenderawasih burung di awan
Terbanglah hinggap di pohon yang tinggi
Terbayang di mata dapat dipasti
Rindu melarat membawa mati

Wednesday, July 04, 2007

Perang Dan Pesan Jebat

Katanya, akan ada peperangan yang akan dilancar dalam waktu terdekat ini.

Katanya, memerangi fitnah.

Katanya, kita la tu. Bloggers.

Syabas kepada semua bloggers di Malaya kerana telah berjaya menggeletarkan kepala lutut dan kepala ko*tut* mereka!

Kata aku, kau orang amacam? Dah bersedia untuk berperang? Atau kecut seperti mereka? Jika kecut sila tutup blog dan jangan menulis lagi.

Kata aku, yang lain amacam? Sudah bersedia? Angkat mouse dan keyboard anda!!! Bersiap sedialah!!!

Bring it on!

Macam budak budak tak sekolah! Ptui! Pi masuk sekolah baliklah oi, luluskan SPM tu dulu! Bagero!

Sajak di bawah aku tujukan khas untuk mereka. Poodah! Oh ya, Jadika sajak di bawah untuk menaikkan semangat kalian. Are you with me?!


Pesan Jebat

sekali sekala
pernah ku tanyakan kepada jebat
(wataknya)
mengapa derhaka?

dalam baris baris ayat buku sejarah
(dan skrip drama yang telah ditutur kemas)
dia berkata
kerana keadilan itu
sudah satu penderhakaan

mana mungkin? bidasku
keadilan itu penentangan
kezaliman

dan kerana itulah, katanya
keadilan,
sudah menderhaki kezaliman

kemudian jebat, mati

kematianya adalah pesan
keamanan, kebebasan
kemerdekaan dan keadilan
adalah penderhakaan kepada kezaliman
dan itulah yang sebaiknya
bukan sebaliknya


Teringin

Aku, teringin lah...

Err, tak tak aku tak mengidam. Sungguh! Isk kauorang ni...

Tapi, aku, tiba tiba teringin nak mewarnakan rambut. Apa pendapat kalian? Warna apa yang sesuai ek? Aku nak warna biru. Biru muda. Floresen. Ok tak? Tak pun unggu. Juga floresen. Kuning pun macam ok juga kan? Boleh jadi macam Super Saiya Man macam cerita Dragon Ball tu kan?

"Warna pink la bi." kata Queen.

Pink? Hmmm macam ok juga. Tapi, isk kang ada yang ingat aku ni bapok plak kang. Ha ha.

Ok ok. Muka serius. Hijau floresen ok tak?

Tuesday, July 03, 2007

Sunday, July 01, 2007

Kerana

Hari ini:
Alhamdulillah. Segala puji pujian kepada Dia yang maha Esa.

2 minggu sebelum :
"Pening kepala. Macam nak pitam. Badan tak balance." sms Queen.

"Gi la klinik. Amik MC." sms aku.

"Kul 10 kang gi klinik" sms Queen.

Selepas pukul 10.

"Kat mana? Dah gi klinik ke belum?" sms aku.

"Kat klinik ni. Orang ramai." sms Queen.

Doktor bagi ubat selesema kepada Queen. Doktor kata mungkin sebab selesema belum hilang. Sebab tu rasa macam tak balance. Nak pitam. Pasal selesema itu blocking telinga katanya.

Tengahari itu.

"Minta maaf. Tak sempat tunggu kat rumah. Sebab takut makan ubat. Dah buat test. Positif." Sms Queen.

Positif???

Yahoooo!

"Alhamdulillah." sms aku.

1 Minggu Sebelum itu.

Aku kan ke baru balik dari Alor Setar? Seminggu kat Alor Setar wei! Penuh dah! Ha ha.

Hari ini :
Alhamdulillah. Positif. Doa doakan semoga Queen berjaya menempuh halangan trimester pertama ini dengan jayanya! Amin.

Queen, I lap yu lah!