Thursday, July 19, 2007

Duit

Duit! Duit! Duit!

Rumah baru. Nak kena pasang grill. Risik risik rupanya kawasan rumah aku yang di Sepang itu kena mintak kebenaran dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS) sebelum memasang grill. Jadinya, Isnin hari itu aku telefon MPS. Borak punya borak, kalau nak pasang grill kena bayar RM50.00. Tambah pula aku nak buat kabinet dapur, kena tambah lagi RM35.00 jadi jumlah keseluruhan adalah RM85.00.

Aku jadi musykil apsal nak pasang grill nak kena bayar pulak? Aku rasa itu hak individulah. Tapi aku diam dulu. Aku tanya pegawai dihujung talian apalagi bayaran yang perlu aku buat? Tiada katanya. Jadinya semalam aku pergi ke MPS.

"Saya nak mintak kebenaran utnuk pasang grill dan buat kabinet dapur." kata aku setelah nombor aku sampai gilirannya.
"Baik, encik kena bayar RM50.00 untuk grill, RM35.00 untuk tambahan kabinet dapur, RM18.00 untuk bahan binaan dan RM200 untuk deposit. So semua sekali RM303.00" terang mamat MPS.

"Eh?! Apsal sampai RM300.00 pulak ni? Hari Isnin saya telefon you cakap RM85.00 je?!" soal aku tidak puas hati.

"Memang ini harga dia encik. Encik telefon itu cakap dengan bahagian mana? Bahagian Bangunan ke?" tanya mamat MPS.

"Yelah. Dia takde pulak kata sampai RM300.00. Saya tanya dia ada charge lain ke selain dari RM85.00 dia kata takde. Sekarang saya datang ni ada pulak sampai RM300.00. Macam mana you punya sistem ni? You tahu tak saya ni dari Gombak. Jauh datang macam ni buang masa je!" protes aku.

"Er er er." mamat MPS. Gagap.

"Lagi satu, ni nak pasang grill kena mintak kebenaran ni memang ada dalam undang undang ke?" tanya aku.

"Ada memang ada."

"Saya tanya ramai kawan saya yang duduk Kota Warisan mereka tak kena pun? Apsal kawasan saya pula kena?"

"Saya tak pasti lah encik. Tapi memang tempat lain takde, kat sini je. Memang ramai yang tak puas hati." buka pekung mamat MPS tu.

"Memanglah! Pasang grill itu untuk safety kita. Kalau rumah kena rompak bukan MPS yang tanggung rugi. Saya yang tanggung." jelas aku tak puas hati. Banyak songeh pulak nak kena bayar tu bayar ni. Nak duit je kerjanya. Servis macam hampas!

"Dah tu selain RM303.00 apa lagi saya perlu bayar?" soal aku lagi.

"Err RM10 untuk sticker encik." kata mamat MPS.

Mak ai! Sticker apa sampai RM10.00? Aku beli sticker kat pasar malam pun baru RM1.00!

Nak tak nak terpaksa aku balik pejabat tanpa dapat menyelesaikan apa apa. Jumaat aku datang balik. MPS, patutnya MPS kena tukar nama jadi, Majlis Perbandaran Sangap!

p/s : Aku rasa aku kena buat bayaran untuk buat grill adalah disebabkan status tanah aku adalah Leasehold. Tapi fikir fikir balik, rumah mak aku kat Ampang pun Leasehold! Takde pun kena mintak kebenaran! Hampeh! Tak selaras langsung kerajaan ni. Yang tahu nak duit sahaja! Macam ni aku kena tukar professionlah, jadi tokey babi! Aku nak buat kandang babi kat MPS tu baru padan muka dorang!

1 Bangsawan Menatang Sembah:

Anonymous said...

wah wah...gini gayanya MPS ni yer..saya baru jer tau mnda ni..kl tahu awal confirm saya x beli umah kat taman emas dengkil yang juga bawah MPS..giler punya PBT..takan ler pasang grill pun kena tol...apa rasional disebalik caj giler babi ni pada warganegara. adakah pegawai dia datang nk pantau pemasangan grill dsbg nyer..kl mcm nilaa..sy nk bgtau kat tv3 masuk aduan rakyat baru mereka sedar....kl saper2 yg kijer MPS please give a reason why crazy charge kami kena bayar ni?