Sunday, July 29, 2007

4 Kaki

Sabtu,

Aku merancang selepas pulang dari kerja akan ke rumah aku melihat kontraktor Heri menyiapkan kabinet dapur. Hari khamis lepas aku ke rumah, kontraktor Nazrin belum lagi memulakan kerjanya memasang tiles di depan dan belakang rumah. Grill pun belum lagi. Jadinya sabtu itu aku tidak mengharapkan Kontraktor Nazrin akan memulakan tugasnya.

Aku habis kerja Sabtu pada pukul 1245. Selepas Zohor baru aku bergerak dari pejabat. Aku sms kepada Heri. Hajat hati nak belanja airlah kesian kerja, mesti penat.

"Heri, kau berapa orang di sana?" sms aku.

"Bang belum buat apa apa tunggu batu." sms dia.

Laaa tak buat lagi ke? Aku sedikit bengkek. Habis aku nak ke sana nak buat apa?

"Jadi kau tak buatlah hari ini?" sms aku.

"Buat. Tunggu batu. Pukul 3." sms dia.

Oh oklah macam tu. Aku ke sana jugalah. Tapi belanja air kensellah ha ha. Sesampai di sana, alangkah terkejutnya aku apabila melihat pekerja kontraktor Nazrin telah memulakan kerja memasang tiles. Wah. Ini sudah bagus! Aku kebelakang, tengok dah nak siap. Bahagian depan baru habis diketuk. Hanya tunggu untuk disimenkan dan dipasangkan tiles. Grill pun aku tengok dah tersusun.

Sebentar kemudian Heri datang. Mengadu, dia menunggu orang hantar batu dan besi sedari pagi tak sampei sampei. Dia tunjuk contoh tiles pada aku. Aku ok. Aku melepak di situ melihat mereka membuat kerja. Seketika, datang 2 orang pekerja Nazrin, memasang grill pula. Wow. Cepat betul. Bagus, bagus. Lepak punya lepak, tuan rumah depan rumah aku sampai. Aku dah pernah selisih dengan dia sebelum dia. Dan aku rasa macam pernah tengok je muka dia tapi tak ingat kat mana. Dia bersalam dengan aku dan aku lihat dia memakai baju kompeni.

"Laaa kerja kat **** ke?" tanya aku.

"Aah. Hari ini kau tak pakai topi baru aku cam kau. Ha ha" jawab dia.

Rakan pejabat lama rupanya dia ni. Berjiran dengan aku pula. Ha ha. Kecil betul dunia ini.

Pukul 3 lebih, batu untuk kabinet dapur dah sampei. Heri memulakan kerja. Aku terasa macam supervisor melihat mereka membuat kerja. Kejap aku ke depan kejap aku ke belakang. Lebih aku berborak dengan member aku tu. Lama berborak aku ke belakang semula tengok mereka buat kabinet dapur. Aku tengok dah 2 tingkat batu tersusun. Tapi aku merasa pelik. Pasal dia bermula dari tempat yang bukan sepatutnya.

"Bang, dekat sinilah bang bukan dekat situ." tunjuk aku ke tempat yang seharusnya mereka bermula.

"Bukan 4 kaki ke? Heri kata 4 kaki." tanya dia.

"Bukan, mula mula memang nak 4 kaki lepas ukur sinki semua tak muat. Jadi saya mau lebihlah sampai tepi pintu dapur ni. Saya rasa saya sudah beritahu Heri." jelas aku.

"Itulah saya pun sudah kata sama Heri tapi dia suruh saya buat juga dari sini." jelas pekerja Heri.

Aku sms Heri, kemudian kami berjumpa. Oklah, sedikit salah faham sahaja. Mereka mula lagi sekali dari tempat yang sepatutnya. Dalam hati aku bersyukur pada Tuhan, dalam aku bengkek Heri lambat mulakan tugasnya, rupanya, terselindung satu rahmat. Cuba bayangkan kalau sedari pagi mereka dah buat kabinet tu, dan waktu tengahari tika aku jenguk tak pasal pasal kena roboh balik kan? Sungguh! Memang Allah maha hebat!


0 Bangsawan Menatang Sembah: