Sunday, June 08, 2008

Melayu

Ah, aku taknak komen atau ulas pasal isu minyak. Bosan. Lagipun dah ramai yang ulas dah. So tak perlu aku tambah balutan luka ke atas nanah itu. Dah cukup yang adanya. Pesimis? Mungkin, tapi itu untuk kau sahaja yang salah faham mungkin. Kadang kadang menjadi optimis tidak selalu menjernih keadaan. Pesimis bukan bermaksud aku mengalah. Cuma kadang kadang bila terlalu memikirkan keadaan sekarang aku terasa menjadi sama bangang dengan menteri menteri kita. Buatlah apa yang kau suka, ingat dunia bukan segalanya. Lawan akan tetap aku lawan. Tukar gaya hidup? Tukar kau orang menteri yang seperti monyet itu lagi berfaedah!

Hari ini aku nak cerita pasal peniaga melayu. Seminggu ini aku asyik bertemu dengan peniaga melayu yang aku kira agak kerek perwatakannya. Dalam banyak banyak tu aku nak cerita 2 insiden sahaja. Begini,

Apam Balik
Di tempat aku ada pasar malam yang terletak di taman sebelah yakni Taman Seroja. Di situ ada satu brader jual apam balik. Best tu memang best. Seperti biasa, hari khamis aku ke sana lagi. Aku lihat kali ni dah ada pembantu. Baguslah tu, pasal orang memang beratur nak beli apam balik dia ni.

Setiba aku di situ, aku tengok ada 5 ke 6 orang tengah tunggu giliran. So aku pun selit-selit dan membuat pesanan, "Bang apam balik special satu ya."

Sekali pembantu dia pandang aku kemudian senyum sinis dan berkata , "ramai orang la."

Ek eleh! Apa kau ingat aku buta? Bentak aku dalam hati. Aku bukan nak potong barisan, aku cuma nak order, so kau terima ajelah order aku tu. Kalau aku diam, sat lagi kalau orang lain order dah dia dapat dulu plak. Ntah apa apa ntah.

"Ya, saya tahu." jawab aku dengan nada tegas dan dengan muka yang tak puas hati.

Tak boleh ke kalau kau jawab macam ini :

"Ok bang, tapi kena tunggu sekejap ya?"

Atau begini :

"Baik bos!"

Atau begini :

"Okai, no problem."

Susahkah!

Nasi Lemak
Hari Jumaat, selepas insiden apam balik, selepas pulang dari pejabat aku merayau cari nasi lemak. Pasal Adib mintak nasi lemak semalamnya, tak dapat aku tunaikan. so ingat hari ini aku belilah nasi lemak untuk dia. Jumpa satu akak jual nasi lemak.

"Kak nasi lemak kosong satu, taknak sambal." pesan aku.

"Lauk taknak?" tanya dia balik.

"Taknak." jawab aku.

Sementara dia buat nasi lemak tu, aku pun belek belek lah lauk apa yang dia jual. Untuk tujuan itu terpaksalah aku buka penutup tray tray yang tersusun di atas meja.

"Nak lauk ke ni?!" tanya akak tu setelah tengok aku asyik buka buka tray dia.

Ek eleh! Kan aku cakap taknak tadi? Apa masalahnya ni? Nak tengok pun tak boleh ke? Apa, orang yang beli nasi lemak berlauk je boleh tengok lauk lauk ni? Poodah!

"Taknak!" jawab aku.

P/s :

- aku ucapkan terima kasih kepada Rudy yang menghubungi aku semalam bertanya pasal kesihatan aku. Im ok dude, terima kasih di atas keperihatinan kau, semoga allah melindungi dan merahmati dirimu dan sekeluarga.

- aku nak tanyalah pengundi pengundi umno, apa yang korang rasa ek? Adakah hati kau terlalu hitam untuk dibersihkan atau pemikiran kau sama dangkal dengan para menteri kita?

- Oh oh aku dapat info tentang leoxa. Macam menarik. Sapa sapa yang dah pakai boleh ceritakan apa yang bess?

1 Bangsawan Menatang Sembah:

from haloscan said...

aiseh.. mcmtu pula..

do take care bro. slm kat semua
anne | 06.09.08 - 10:22 am | #

Gravatar Aku tumpang gelak je...

(Memang sehari dua ni aku pun asyik nak mengamuk je. Pantang ada benda silap sikit, memang gerenti aku melenting tahap gaban...
Hampeh si Lah... Errr bukan Lah VE ye!!)
Indera | Homepage | 06.09.08 - 12:29 pm | #

Gravatar waaaaa balik ni nak carik apam balik gak
OP | Homepage | 06.09.08 - 3:16 pm | #

Gravatar relax bro.. jgn marah2..
kang pedih perut kena makan sumpah dek makcik nasi lemak and brother pembantu apam special tuh.. gara2 hangin berangin punya pasal..
hikhikhik..
kaktiny | Homepage | 06.09.08 - 3:33 pm | #

Gravatar nasik lemak dan apam balik tu dah naik harga belum dude? hahah...
el | 06.09.08 - 4:33 pm | #

Gravatar oh! apam balik. Feveret aku kalau pi pasar malam dulu.

tak ramai peniaga melayu yang pandai meniaga. Cara aku senang jer, kalau peniaga sakitkan hati aku, walaupun sedap atau best barang yang diniagakan, aku takkan membeli di tempatnya lagi. hahaha
Khair | Homepage | 06.09.08 - 11:57 pm | #

Gravatar anne : u too

indera : dah dpt sms ko, sory aku takde kredit nak reply hehehe

op : cari jgn tak cari!

kaktiny : owwww!

el : ha ha belum!

khair : yg ni kau akan cair hehehe
kingbinjai | 06.10.08 - 12:29 am | #

Gravatar mmg kerek lah....ikut hati, x pyh beli pun x pe..mcm best sgt
Luna | Homepage | 06.10.08 - 2:03 pm | #

Gravatar apam balik kat ner nih? apsal tak marah dia on the spot.. apa punya turrr daaa..nk niaga takder P/R


p/s: selangor dapat gereja terbesar.. any komen? hi hi hi
Tiara | Homepage | 06.11.08 - 11:13 am | #

Gravatar tiara : ala kat pasar malam tmn seroja tuuuuuuuu
kingbinjai | 06.12.08 - 10:08 am | #

Gravatar peniaga kita mmg cam tu, pernah gak terkena, bila ramai pelanggan sket mula la malas nak layan...

ko dah sihat ke bro?
jamri | Homepage | 06.18.08 - 12:32 pm | #

Gravatar leoxa menggunakan enjin wordpress mmg friendly user n cantik design nyer. ko trylah...
rudy bluehikari | Homepage | 06.27.08 - 7:37 pm | #