Thursday, December 24, 2009

Alahai Chicken Chop!

Kami bekerje shift petang hari itu.

Dan aku terlalu lapar malam itu. Betul, sangat lapar.

"Oit jom pi makan western?" Ajak Annuar.

Lalu kami yang bekerja shift petang hari itu bergerak dari pejabat seselesai solat maghrib ke kedai western di Pekan Nilai.

Aku terlalu lapar malam tu. Betul, sangat lapar.

"Saya nak lamb chop balck peper dengan teh o suam." Order aku.

"Saya nak chicken chop mushroom dengan teh tarik" order zul.

Dan yang lain dengan pesanan mereka masing-masing. Lama menungu, makanan pun sampai. Chicken Chop sampai dulu. Aku terlalu lapar malam itu. Snagat. Tanpa buang masa, tanpa tengok kiri kanan,aku belasah Chicken Chop tersebut. Fuhh nikmat. Sambil makan aku terasa macam ada yang tak kena. Macam ada sesuatu yang tak serasi. Sedang aku mengelamun itu, sudah setengah ayam tersebut aku makan.

Tiba-tiba Zul kembali ke tempat duduknya setelah tadi dia ke kedai. "Eh, hang order apa tadi? Bukan Lamb Chop ka?"

"Allah!!!" Jerit aku. "Sorry Zul!!! patutlah aku rasa macam ada yang tak kena. Rupanya aku makan hang punya!!!"

Dan aku kena gelak kaw-kaw malam itu.

Dah aku cakap, aku terlalu lapar malam itu...

Sunday, December 06, 2009

Sisih

Sisih

susut siang itu
ditontoni sang merdeka tua
kerut roman menambah kedut parasnya
sambil menggenggam erat tongkat sakti
yang sudah menjadi menara pada busut anai
keluhnya menghempas bumi

mekar malam itu
dihujan hujah adalah kita
ada bara dibibir menambah perisa
antara waktu-waktu itu terluang, sisa
peluhnya menyemarak neraka

atas para
ada mutiara menangis
tersisih

Wednesday, September 02, 2009

Bazir

Topik ini sering muncul dalam kehidupan seharian kita, malah semakin hebat diperkatakan lagi tatkala dibulan Ramadhan.

Jika kau ada astro, di saluran 106, sebelum azan maghrib, akan ada tazkirah ramadhan. Hari ini tazkirah tersebut membicarakan topik ini. Agak menarik cara penyampaian ustaz tersebut. Katanya, "Kalau nak menjadi abang atau kakak kepada syaitan silalah membazir." Wow, sadis dan sinis.

Memang tidak dinafikan, ada sesetengah manusia yang suka membazir. Namun, sepanjang Ramadhan kali ini, aku ingin perkatakan bahawasanya bukan pembeli sahaja yang perlu dinasihatkan jangan membazir. Para peniaga juga perlu menolong pembeli supaya jangan membazir. Ini kerana, para peniaga menjual makanan berbentuk borong, sedangkan yang hendak dimakan hanya sedikit sahaja. Aku bagi contoh yang berlaku pada diri aku sendiri;

1. Aku hendak membeli kerabu mangga. Walhal, tidak banyak mana pun yang diperlukan, tetapi hidangan tersebut sudah ditetapkan harganya sebanyak RM2.00. Akibatnya sampai ke sahur tak habis lagi.

2. Ada sekali itu aku hendak membeli sayur, kuantiti yang diperlukan cuma RM1.00 tetapi peniaga telah menetapkan semua juadah bernilai RM2.00 ke atas. Aku kira tidak susah kalau peniaga memberi sahaja kuantiti yang dipinta pelanggan berdasarkan jumlah harga. Ini kerana jika kita membeli nasi bungkus, sudah termaktub, satu skop sayur bersamaan RM1.00. Jadi, jika pelanggan ingin membeli sayur sahaja kenapa ada kesusahan? Jika satu bungkusan sayur anggarannya dua skop atau dua kali cedok, kau cedoklah sekali je untuk yang mahu seringgit kan? Sudahnya aku ratah sahaja sayur tersebut.

3. Tauhu sumbat, RM2.00 5 biji. Sapa nak makan sampai lima biji? Kalau kau ada famili besar mungkinlah, kalau macam aku, setakat aku dan Queen sahaja kejadah apanya?

"Banyak sangatlah sampai lima biji, saya nak 2 biji sahaja boleh?" tanya aku.

"Boleh." jawab akak tersebut.

Ha. Macam nilah.

Bersamalah kita mengelakkan pembaziran.

Oh ya, minyak nak naik harga ek? Alah apa nak heran, kan Najib cakap rakyat didulukan. So betullah, rakyat memang kena dulu.

Thursday, July 16, 2009

The

"Wei, nanti tukar AOA sensor boleh ka?" Tanya Fahmi. LAE.

"Boleh." Jawab aku.

"Ok, ini EI dia. Kasi settle haaaa."

"Ok."

Aku ambil EI. Baca step dan prosedur utnuk tukar AOA sensor untuk Airbus A320. Bla bla bla... eh?

Aku baca semula EI tersebut,

"Before changing the sensor, do the check the part number of the sensor installed."

What the hell?!!!

Thursday, July 02, 2009

Kotak

Aku membawa sekeluarga membeli belah di Nilai 3. Ada beberapa perlatan dapur yang ingin dimiliki. Selebihnya nak cuci mata sahaja. Oh, aku ingin membeli sebuah kotak kecil sebagai tempat untuk menyimpan batu permata yang aku miliki. Alah, kotak yang macam treasure box tu, cuma nak yang kecil.

aku meronda-ronda sekitar Nilai 3 dan berhenti di beberapa kedai menjual produk kayu jati. Hasilnya agak mengecewakan. Ronda lagi, dan kemudian nampak sebuah lagi kedai menjual produk kayu jati. Aku berhenti di hadapan kedai tersebut, dan bertanya kepada akak yang menjaga kedai itu.

"Kak, kotak kecil ada?"

"Kotak kecil?" pandang dia pada aku dengan pandangan yang pelik.

"Ya, kotak kecil, macam treasure box tu." Jelas aku.

"Ooo rehal ya?"

"Apa kejadah rehal pulak kak oi?!!! Saya nak kotak la, rehal, rehal la!!!"

"Ooo kotak dah habis dik."

Ceh!

***

Aku akhirnya berjaya juga memiliki kotak kecil tersebut, yang aku jumpa dan beli di kedai KK yang menjual barangan dekorasi english style. RM5 sahaja! Apada kotak pun tak tahu ke?!

Thursday, June 18, 2009

Mental

Kalau penulis tiba-tiba kehilangan ide, ia dikatakan terkena writers block.

Kalau pemandu, tiba-tiba gelabah mencapai tali pinggang keledarnya, itu pula kerana di depan ada road block.

Kalau pekerja teknikal tiba-tiba blank tak boleh nak troubleshoot kejadah apa yang terjadi kepada sesuatu sistem/mesin itu adalah mental block.

Kalau ada pula yang kene strok tiba-tiba, itu saluran darahnya terblock.

Aku?!

Webpage kena block! Damn to who invented this firewall!!

Wednesday, May 06, 2009

8

"Ni, 'A'." Kata aku kepada Adib. Aku ingin mula memperkenalkan dia kepada huruf sementelah dia sudah kenal pada nombor.

"'A'!" jerit dia, girang.

"Ni, 'B'." kataku, lanjut.

"Bukan!"

"Eh?!" tiba tiba aku terkonpius sekejap, "Ni, 'B'." Ulang aku lagi.

"Bukan! Ni lapan!"

"Ha ha ha ha"

tersengih sengih dia melihat aku ketawa bersungguh hati.

Monday, May 04, 2009

Kasihnya Hujan




P/s : kata kata dari sajakini saya ambil separuh dari isen di blog Bunga Rampai yang bertajuk kasihnya Hujan.

Wednesday, April 22, 2009

Monday, April 20, 2009

Fiesta

"Nak pergi mana?!" sapa mak mentua aku tatkala melihat aku dengan seluar panjang kelabu dan berbaju berkolar T warna coklat.

Aku kaget. "Aaa pesta buku." Jawab aku perlahan.

"Apa?!!"

"Pesta bukuuuu." Tinggi sedikit nadanya.

"Apa?!!!"

Ayoyo.

"Pergi Pesta Buku!!!" Jerit Queen. "Osahlah mak ni." Gelak dia.

Aku? Aku diam je.

"Bila nak beli barang dapur ni?!" Tanya dia lagi.

"Alah... besokla mak!"

Aku dan Queen saling membalas sengihan. Pesta Buku maaa, mana boleh tunda-tunda.

***

Aku sampai di The Mall tepat jam 9:58. Janji dengan Tok Mudin. Pukul 10.

"Mana?" aku sms beliau.

"Aku lagi 2 stesen." Balasnya.

***



Inilah buku-buku yang aku beli. Aku teruja sebenarnya terhadap novel Kota Larangan Qui karya Jong Chiang Lai. Aku pernah baca novel Pemberontakan hasil tulisan beliau sebelum ini, yang pada aku sangat superb. Aku habis membaca Kota Larangan Queen sebelum Asar tadi. Komen? Sedikit mengecewakan. Bagai bukan tulisan beliau, bagai banyak berlakunya pengeditan.

Buku kedua yang akan aku baca nanti adalah buku karya Tuan Guru Nik Aziz, Kemuncup Dalam Perjuangan. Satu tajuk yang sangat menarik, Dari di PWTC lagi setelah membaca tajuk tersebut ia berlegar-legar di dalam kepala aku. Akan lahir sajak dari tajuk tersebut agaknya nanti. Mungkin.

Apa apa pun, aku tetap rasa terkilan kerana masih belum tercapai hajat nak bawa RM1000.00 ke pesta buku. InsyaAllah tahun-tahun akan datang aku cuba merealisasikannya, boleh Tok Mudin? Ha ha.

Anyway, selain itu aku sempat berjumpa dengan Mat Jan di booth PTS, SiNaga di tepi jalan (beliau sedang menuju ke PWTC waktu itu) dan akhir sekali berjumpa dengan Prof Dr. Irwan dan keluarga di dalam The Mall (Waktu itu aku dan Mudin sedang minum-minum sambil berborak dan beliau sekeluarga pula baru datang hendak menjamu selera.)

Akhir kata, pergilah ke Pesta Buku. Syiok woo!!!

Friday, April 10, 2009

Ke-3

Tarikh : 30.3.2009
Masa : 3:40 petang
Tempat : Pusat Perubatan Naluri

10:00 pagi.

"Eh dah 4cm dah ni! Kepala dah kat bawah dah ni." Kata Doktor Zana sewaktu memeriksa kandungan Queen.

"Dah bukak 4cm doktor?" Tanya aku setelah dia kembali duduk di tempatnya.

"Ya. So your wife akan admit. Petang ni dijangka bersalin.

Ayoyoyo. Awal gila. Kalau ikut tarikh sebenar bersalin adalah 17 April. Gara gara penangan aku kot malam tadi...

Selesai urusan kemasukan. Aku balik rumah. Ambil barang keperluan apa yang patut. Sampai hospital semula dalam tengahari.



2:45 Tengahari

Air ketuban di pecahkan. Jururawat pun buat sedikit pemeriksaan.

"Eh kenapa kepala baby kat sisi pulak ni?" Kata beliau. "Nanti saya panggil doktor.

Ayoyoyo baby sudah melintang pulak dah!

Doktor datang, buat pemeriksaan, kompem baby melintang.

Ayoyoyo keputusan dicapai, kena buat caeser.

Ayoyoy.

3:00 Petang

Queen disusung ke bilik pembedahan.

3:40 Petang

Lahirlah beliau kedunia ini, sebagai penentang umno. Dan setelah diazan serta sisipkan kurma dan air zamzam, aku bisikkan ketelinganya,

"Namamu, Muaz Mustaqim."



Syukur Alhamdulillah.







Saturday, March 28, 2009

Hafiz! Eh?

Aku di cafe. Memesan minuman. Si pembuat air kemudiannya menyerahkan segelas teh o panas kepada aku. Aku menerima dan setelah mengucap terima kasih memusing badan aku ingin menuju ke tempat duduk. Ketika itu, aku terperasan seorang teman sekerja yang jarang-jarang menampakkan mukanya di pejabat. Oh bukan sebab dia malas. Tapi sebab dia berpusat di Kuala Lumpur.

"Hafiz!" Jerit aku spontan sambil mengangkat tangan.

Aku melihat dia teragak-agak namun akhirnya mengangkat tangan dan senyum kepada aku.

Aku meneruskan perjalanan aku ke tempat duduk. "Betul ke nama dia Hafiz?" Bisik hati aku. Betulalh kot, kalau tak apa pula namanya, kata aku.

Aku mengambil tempat berhadapan dengan Pokcik Razib. Selesai makan, borak-borak, sekonyong-konyong Pokcik Razib berkata,

"eh, ada Suhaimi hari ni."

Aku melihat ke arah insan yang di maksudkannya.

"Ha ha ha." Gelak aku.

"Kau ni kenapa?" Tanya Pokcik Razib.

"Tadi aku jerit nama dia Hafiz! Ha ha ha" Gelak aku.

"Ha ha ha. Sah ko gilo!" Kata Pokcik Razib.

Monday, March 23, 2009

Bicara Politik Nasi Lemak

Sempena PPSMI

Bicara Politik Nasi Lemak

nasi lemak berbicara
tentang timun yang sudah selapis
disisip sisinya
tentang santan bergaul air
sedang bilis menajis
di alas duduk daun pisangnya

nasi lemak berkata
sambal mengamal politik pedas
namun isinya sifar
hujah bawangnya sudah dicatu
tukang masak
hatta garam dan cilinya pun

harga diri, kataya, zaman ini
tidak jati. ideologi parti.

jika telur mata RM2.00
jika sotong RM3.00
jika rendang RM3.50

namun aku, nasi lemak
harum pekat santan
menusuk hidung menjajah lidah
manifesto sambal pedas serata masin dan manis
diapit bilis bersih hadasnya
huluran salam timun berlapis
lebih utama nikmat dari diadun
tawar sotong, lebihan bau serai rendang
atau sejuk telur mata yang buta

Saturday, March 21, 2009

Undi

A : Hai dah nak strat mengundi dah ni ek?

B : Ha'ah la, calon-calonnya pun mantap jugak ek?

A : Bolehlah... Kau undi siapa nanti?

B : Hmm... Tak tahu lah. Mungkin Isma atau Airil kot.

A : Hah? Kau, cerita apa ni?!

B : Apsal? Kau cerita apa?

A : Aku cerita pasal Bukit Gantang!

B : Ohhh... aku cerita pasal AF. Hehehehe

A : Chit!!! Otak bubur nasi betullah kau ni!

Saturday, February 07, 2009

Katak!

i
Lompat si katak lompat,
lompat ke lain parti,
cepatlah adik cepat,
cepat pandai mengundi.


ii
Apa persepsi masyarakat? Dulu cakap lain. Dulu kutuk lain. Yang dilantik rupanya katak jadian. Bagai meludah ke langit, kepala tak tunduk, tapi menganga mulut telan semula ludah sendiri. Kotor bukan?

Mengapa pentingkan sangat kemenangan? Susahkah mahu kerjasama? Jadi, tujuan parti untuk apa? Bukan untuk membela rakyat? Dah kau tak bagi peruntukan memanglah tiada kemajuan. Apakah aspek pembangunan sahaja menjadi kayu mengukur bagi menentukan kejayaan sesebuah parti? Dulu sekolah berapa tingkat?

"Melayu sama melayu gaduh, kita tepuk tangan loh!"

iii
"Kalau kau jadi sultan kau buat apa?"

"Kau tanya aku?"

"Yelah.."

"Kalau aku jadi sultan, aku adakan semula pilihanraya. Bukan utnuk memuaskan hati sesiap tetapi hati rakyat. Kalau betul BN didokong penuh oleh rakyat jelata, biar rakyat tentukan secara aman."

"Tapi BN kata mereka memang mendapat mandat dari rakyat. Sebab tu 3 orang tu keluar parti."

"Betul. Tapi aku sebagai sultan, aku nampak ada satu agenda terselindung. Yelah dulu kau kutuk BN satu macam, alih alih masuk semual BN. Jadinya aku sebagai sultan, aku perlu jadi orang tengah, biar rakyat yang tentukan. Apa-apa pun, yang akan terima segala baik buruknya adalah rakyat. Itu kalau aku jadi sultan lah."

Tuesday, February 03, 2009

Sex

Perasan tak? Bila menggunakan perkhidmatan SMS seringkali kata singkatan menjadi pilihan utama bagi menyampaikan maksud hati.

Perasan tak? Penggunaan kata singkatan tersebut kadang kala mengundang tanda tanya kepada si pembaca.

2003

Sesi tidur aku pagi itu diganggu oleh deringan dari telefon bimbit aku menandakan ada satu SMS diterima. Aku menggeliat panjang sebelum membuka SMS tersebut.

Oh, dari Queen. Kami berbalas SMS kemudiannya, sehingga kepada satu SMS yang membuat aku terbeliak dan terkedu. Dalam SMS itu ada perkataan "Sex."

Sex??? Biar betul minah ni! Jerit ahti aku.

"Awak, nak sex ke?" SMS aku,

"Eeeeeeiiii!!! Bukan SEX lah! Se - x! Sekali!" Balas Queen.

Oooooo.

Sejuta Dari Palestin

Noda Di Palestin