Bukan Pencemaran Biasa
Indera pernah bertanya kepada aku, "Bagaimana kau menulis sajak?" Soalan beliau ini, tidaklah dapat aku jawab. Aku cuma kata entah sahaja. Soalan ini telah lama berlegar di dalam benak fikiran aku. Secara jujur, aku tidak tahu apa jawapan yang sesuai. Setelah sekiannya, aku mengambil keputusan untuk menerangkan bagaimana aku menulis sajak. Beri perhatian, aku bukanlah hebat dalam seni penulisan ini. Namun aku tahu serba sedikit. Lantaran itu aku mahu berkongsi dengan kalian. Mana tahu, ada yang lebih hebat akan mengkritik cara aku menulis sajak dan dapatlah kita sama sama menikmati manfaatnya. Semoga dengan penerangan aku ini, Indera akan menulis sajak pula lepas ini.
Aku menggunakan teknik peraman. Di mana sajak itu aku biarkan seketika, samada sehari atau berhari hari, kemudian diulang baca berkali kali. Mari kita lihat bagaimana prosesnya.
pencemaran
bukan sekadar bunyi
bau dan air
pencemaran alam
mengundang bahaya
Pencemaran iman?
bahasa dan budaya?
pencemaran itu di telingaku
melahirkan kotoran
kegelapan
Mulanya ide itu hanya setakat ini. Kemudian aku berfikir apa sebenarnya yang mahu aku sampaikan? Kemudian aku mengambil keputusan mahu menyampaikan isu pencemaran dalam bentuk yang lebih luas, tidak tertakluk kepada pencemaran alam sahaja tetapi merangkumi semua isu yang ada. Aku ulang baca ide pertama itu dan kemudian aku tambah lagi :
pencemaran
di ruang putih
kata kata ukuran
(kononnya) keamanan
mahu apa?
kata katamu itu
adalah pencemaran
pada alam nyata dan maya
seperti yang dikandung
oleh suratkhabar yang berlipat
Aku ulang baca kesemuanya dan terdapat banyak perkara yang lewah dan klise. Contohnya dalam rangkap pertama :
pencemaran
bukan sekadar bunyi
bau dan air
pencemaran alam
mengundang bahaya
Elemen bunyi, bau dan air sudah menujukkan yang ianya berkenaan alam. Jadi penambahan ayat pencemaran alam menjadikan ia lewah. Malah pencemaran alam ayat itu sendiri sudah klise. Lalu aku ubahkan ia menjadi begini :
pencemaran
bukan sekadar udara
bunyi dan bau
rasa(?)
Rangkap kedua pula :
Pencemaran iman?
bahasa dan budaya?
persoalan yang terlalu sedikit. Dua sahajakah? Ini tidak menepati konsep yang aku cuba terapkan. Lalu setelah berfikir, aku tambahkan isu isu yang dicemar :
Pencemaran bangsa dan sejarah?
bahasa dan budaya?
politik dan agama?
Aku merasakan setakat ini lebih memadai. Kerana jika ianya dikembangkan lagi ia akan menjadi lewah dan membosankan pembaca. Malah faktor bangsa, sejarah, bahasa, budaya, politik dan agama sudah cukup kuat. Perhatikan juga, susunan pasangan diantara satu sama lain, berpadanan bagi mengelakkan timbulnya kekacauan.
bagi rangkap ketiga :
pencemaran itu di telingaku
melahirkan kotoran
kegelapan
Di sini, aku rasa, agak memadai. Cumanya ayat kegelapan itu semacam tidak sesuai. Aku berfikir apakah yang sepadan dengan kegelapan? Dan aku ubah menjadi :
pencemaran itu di telingaku
melahirkan kotoran
hitam
Penggunaan perkataan hitam tampak lebih berirama dari kegelapan yang lebih panjang sebutannya.
Aku tidak mempunyai masalah dalam rangkap ke 4 :
pencemaran
di ruang putih
kata kata ukuran
(kononnya) keamanan
Cumanya, susunan ayat itu aku ubah seidkit bagi tidak nampak banyak :
pencemaran di ruang putih
kata kata ukuran
(kononnya) keamanan
Tampak ringkas seperti di atas bukan?
Bagi rangkap ke 5 pula, ada perasaan yang tidak lengkap di situ. Jika kita ulang baca,
mahu apa?
kata katamu itu
adalah pencemaran
pada alam nyata dan maya
seperti yang dikandung
oleh suratkhabar yang berlipat
ayat, kata katamu itu seperti tidak kuat. Lantaran itu aku tambahkan perkataan susunan baris
dihadapan. Dan ini bersesuaian dengan persoalan mahu apa? yang diketengahkan. Kemudian ayat pada alam nyata dan maya agak klise dan kurang tepat. Dan aku tukarkan kepada pada akal dan jiwa.
mahu apa?
susunan baris katamu itu
adalah pencemaran
pada akal dan jiwa
seperti yang dikandung
oleh suratkhabar yang berlipat
Oleh itu keseluruhan sajak setelah diubah :
pencemaran
bukan sekadar udara
bunyi dan bau
rasa(?)
Pencemaran bangsa dan sejarah?
bahasa dan budaya?
politik dan agama?
pencemaran itu di telingaku
melahirkan kotoran
hitam
pencemaran di ruang putih
kata kata ukuran
(kononnya) keamanan
mahu apa?
susunan baris katamu itu
adalah pencemaran
pada akal dan jiwa
seperti yang dikandung
oleh suratkhabar yang berlipat
Sudah habis? Belum lagi. Tinggal tugas yang terakhir, iaitu mencari tajuk. Pada mulanya, aku meletak Pencemaran sebagai tajuk. Setelah ditimbang tara, rasanya tajuk itu agak klise. Terlalu biasa. Sedang sajak ini menceritakan pencemaran yang berbeza. Lalu, aku namakan sajak ini, Bukan Pencemaran Biasa.
Jadi Indera, beginilah aku menulis sajak. Aku harap kau juga dapat menulis sajak, kerana ketahuilah, semua orang boleh menulis sajak :)
Aku menggunakan teknik peraman. Di mana sajak itu aku biarkan seketika, samada sehari atau berhari hari, kemudian diulang baca berkali kali. Mari kita lihat bagaimana prosesnya.
* * *
2 minggu lepas, timbul dalam fikiran aku ide untuk sebuah sajak. Yang berkisar tentang pencemaran. Ide yang mula mula timbul itu, aku tulis. Begini :pencemaran

0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment