Tujuh
Selasa 27.03.2007
Pagi ini, seperti biasa aku menyusur MRR2 untuk ke pejabat. Di sekitar Melawati, kereta aku bersama kereta kereta yang lain menyusur laju di lorong kanan. Masing masing memandu dengan kadar laju yang sederhana. Tiba tiba Satria di depan aku melakukan hentian kecemasan. Ini memaksa aku juga melakukan hentian kecemasan. Terlihat depan mata aku, kereta Satria itu bergegar. Sah dia langgar kereta di depan. Dari belakang Satria aku dapat lihat dengan jelas, kereta di depan Satria melanggar kereta di hadapannya. Ini bermakna berlaku 3 pelanggaran di depan aku.Aku mengambil keputusan untuk meneruskkan perjalanan. Aku bagi isyarat ke kiri. Masuk lorong tengah dan teruskan perjalan. Tetapi aku terperanjat. Bukan 3 kereta yang kemalangan tapi tujuh! Ya tujuh! Aku bersyukur aku sempat brek. Rupanya kejadian berlaku begini :
Kereta 1 melakukan hentian kecemasan, dan mengakibatkan kereta 2, 3, dan 4 melakukan hentian kecemasan tetapi sudah terlambat dan berlanggar sesama sendiri. Manakala kereta ke 5 melihat kejadian dan sempat melakukan hentian kecemasan tetapi mengakibatkan kereta 6 dan 7 tidak sempat melakukan hentian kecemasan dan berlanggar sesama sendiri. Kereta ke 8 iaitu aku, sempat melakukan hentian kecemasan kerana aku memang jarang mengekori belakang kereta dengan jarak dekat.
Aku teruskan perjalanan, masuk semual ke lorong kanan. Dan tidak semena mena satu BMW mengekori aku dengan jarak yang dekat sekali sehingga aku tak nampak calak lampu hadapannya. Manakala di depan aku adalah Waja dalam jarak separuh kereta dan berderet lagi kereta yang masing masing memandu 100km/j.
Aku menjadi hairan. Baru sahaja berlaku kemalangan di depan mata, tetapi tetap juga tak ambil iktibar. Entahlah.
0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment