Friday, March 30, 2007

Mawi

Jumaat 30.03.2007

Mawi kata "cinta macam kentut".

Ok ok sebelum apa apa biar aku jelas kan dahulu, aku bukan peminat Mawi. Cumanya kenyataan beliau ini yang telah diolah oleh Tok Mudin (boleh ya mudin aku pinjam idea kau? He he) amat menarik minat aku. 2 3 hari ia berlegar di dalam otak aku, kemudian setelah otak aku puas membuat bedah siasat ke atas kenyataan beliau, maka dengan ini aku paparkan untuk bacaan kalian. Dan juga, aku ingin melakukan eksperimantasi. Kita lihat isen hari ini berapa terpaan yang diterima. Ok? Jom.

Aku tidak tahu kenapa Mawi kata cinta macam kentut. Namun aku rasa perumpamaan ini adalah sangat tidak wajar. Jika cinta macam kentut, atau senang kata, cinta itu adalah kentut, apakah pula rindu, sayang, kasih dan kesetiaan? Adakah rindu = bau busuk kentut, sayang = tisu tandas, kasih = berus tandas dan setia = tandas? Jika ini adalah tafsiran untuk cinta sesama manusia, bagaimana pula cinta dengan tuhan? Apa pun aku tidak setuju dengan beliau.

Pada hemat aku, cinta itu suci. Sama juga aku tidak setuju dengan perumpamaan cinta itu buta. Cinta tidak buta. Yang buta adalah kita. Kerana cinta itu perasaan. Ia tidak bernyawa, ianya satu rasa yang hadir dari hati. Jadi masakan benda yang tidak bernyawa mempunyai daya lihat sehingga boleh jadi buta? Cinta adalah anugerah dari yang Esa untuk kita manusia. Sewajarnya, setiap anugerah yang diterima harus kita jaga kebaikan ia supaya tidak tercemar. Kita sepatutnya bersyukur. Cuba bayangkan jika cinta itu tiada. Sudah tentu Mawi tidak dikenali kerana yang mengsms beliau adalah mereka yang mempunyai perasaan cinta kepada beliau.

Cinta itu suci, yang mengotorkannya adalah kita. Cinta tidak buta, yang buta adalah kita. Dan cinta bukanlah kentut, yang kentut cumalah Mawi dan Ina. Bercirit pula tu.

Ha ha

P/s : Berapa peratus Mawi akan baca blog aku ini? Ha ha.


0 Bangsawan Menatang Sembah: