Wednesday, August 08, 2007

Mahal

Aku berjalan di luar dereten kedai yang memanjang itu. Kiri kanan dipenuhi dengan pelbagai barangan jualan. Cahaya matahari yang suram dek terlindung oleh atap yang berwarna biru memberi keselesaan pada aku untuk menjamu nafsu dengan aneka barangan yang tergantung, dan tersusun di dalam dan di luar deretan kedai itu.

Aku kemudian terpandang satu kedai baju kanak kanak. Tiba tiba aku teringatkan Adib. kesian, baju bajunya banyak yang dah sempit. Tanpa sedar aku memasuki kedai tersebut. Hembusan lembut angin sejuk dari alat penghawa dingin menyambut kedatanganku dan sekaligus memancing naluri membeli aku. Aku belek belek beberapa baju. Banyak design yang menarik perhatian. Aku cuma mahu tiga pasang sahaja. Lalu aku pilih yang terbaik. Dalam perjalanan ke kaunter aku capai tuala mandi sehelai.

Aku longgokkan 3 pasang baju dan sehelai tuala di depan cashier. Dia mula mengira dengan menggunakan mesin menggira itu dan seketika terpampar jumlah harga di skrin digital kecil yang berwarna hijau, RM333.00.

Mak aii!!! Jerit hati aku. Apa kejadahnya mahal sangat ni? Belum sempat aku berkata kata, perempuan cashier itu terlebih dahulu menjelaskan, "Opss maaf Encik. Mesin ni rosak. Dia memang macam ni. Kejap saya kira balik." Dah rosak simpan buat apa? getus hati aku.

"Ok Encik, ini jumlah sebenar." kata perempuan cashier itu dan aku melihat jumlah harga yang terpampar di skrin digital kecil yang berwarna hijau, RM167.00.

"Cilaka betul. Kedai apa ni? Mahal nak mampus! Takkan baju 3 helai dan sehelai tuala sampai seratus lebih! Apa benda ni?!" aku dah mula hangin dah ni. Belum sempat aku memulakan kepakaran aku dalam mencarut tiba tiba aku terdengar bunyi yang amat lazim pada diriku. Aku mencari cari dari mana datang bunyi itu. Dan seketika aku ternampak telefon bimbit aku bercahaya, dan terpampar di skrinnya satu kenyataan "Kerja. 6:00 am"

Oh! Dah pukul 6 pagi rupanya. Aku pun bingkas bangun mencapai tuala dan mandi. Tapi aku masih tak puas hati. Baju 3 helai dan sehelai tuala sampai RM167.00! Gila betul!

Ha ha ha


0 Bangsawan Menatang Sembah: