Wednesday, August 22, 2007

Sendiri

Minggu ini aku bersendirian. Sejak dari hari Isnin itu hari, aku sudah tinggal di rumah baru. Sendiri. Aku akan berada di rumah baru sampai hari Jumaat. Tidak ada wajah ayu Queen untuk aku tatap dan tiada hilai ketawa Adib. Oh aku tidak merintih. Aku amat biasa dengan keadaan ini.

Cuma, aku teringatkan Esis. Sebulan lepas, ketika berjumpa dengan Esis, dia bercerita betapa dia perit tinggal sendiri di rumah, kerana isterinya berpantang di Johor.

"Aku tak tahu nak buat apa. Aku tengok dinding je" keluh dia.

Aku hanya tertawa kecil. Apabila aku soal pada diri aku apakah aku mampu hidup sendiri aku amat yakin aku boleh, kerana aku memang amat biasa dengan keadaan itu. Dan minggu ini, aku rasa tercabar. 3 tahun berkahwin aku tidak sangka ia membuat diri aku menjadi tidak biasa hidup sendiri. Aku tiada masalah dengan kelaparan. Makan malam aku masak. Breakfast aku masak. Ya, aku memang suka masak.

Dan pagi ini, aku bangun seawal 6 pagi untuk memasak. Kemudian siap siap untuk ke pejabat. Dan sewaktu tiba di pejabat baru aku perasan, bekal aku tertinggal di rumah. Cheh! Aku sangat kelaparan saat ini. Malas betul nak keluar beli makanan. Minum milo sahajalah jawabnya.

Oh ya, ada sapa sapa yang sudi nak temankan aku? Ha ha.

P/s : Malam tadi hujan. Cis! Tercabar betul aku.

0 Bangsawan Menatang Sembah: