Berusaha Berpuasa
1990.
Tingakatan 2. Waktu itu, aku bukanlah macam sekarang, walau kiutnya sama. Namun aku waktu itu, sangat kurus. Lembik Lelah dan sedikit pendek. Berpuasa menjadi satu peperangan pada diri aku waktu itu. Dengan kadar metabolisma dalam tubuhku yang tinggi, aku amat cepat merasa haus dan lapar.
Dan satu hari, dalam bulan ramadhan. Aku kalah kepada nafsu. Aku menurut kata kata manisnya, mahu berbuka puasa setelah berusaha sedaya upaya untuk menahan lapar dan haus. balik dari sekolah (pagi), aku terus ke kedai runcit. Membeli sebungkus maggi untuk di masak di rumah. Ya! Ya! orang tua ku takde, dua dua bekerja. Aku menjinjing beg plastik berisi maggi tersebut.
Sampai di rumah, alangkah terkejutnya aku bila melihat emak aku berada di dalam rumah. Dia tidak bekerja hari itu. Cuti. Dan, aku kantoi.
"Ha! Buat apa beli maggi tu?" mak.
"Aaaaa, nak buat shaur nanti, malaslah nak beli petang kang, penat." aku.
Dan akibatnya aku bersahur maggi keesokan harinya yang amat tidak membantu dalam menahan lapar dan dahaga.
Itu dulu, sekarang, alah bisa tegal biasa. Walaupun gastrik. No problem!
Alhamdulillah.
12 Bangsawan Menatang Sembah:
hehe, benda yang mengakibatkan kifarah tu kau tak sentuh pun? haha.
1990, sy darjah 3. dan lebih kiut miut dr king ketika itu. kekekekkeke!! ~gurau2 bln puasa ;P
hehe.. coba berposa yang yok ye.. :P
amanitium : muhehehe
anne : ooo darjah tiga ke, mudanya
queserasera : mana ada hehehehe bertahan sampai buka tu
Hai re Hai re Hai re paa... Weeii, apa khabaq, puasa??
Selalunya kalau niat tak baik Bulan Ramadhan ini nih, memang cepat kantoi nya... Contohnya orang-orang yang dok kat belakang dapur kedai mamak... Berapa banyak yang dah kena angkut naik Black Maria.. hahaha...
hai re hai re hai re (apa tu? nama aku bukan hairi)
yang itu padanla, dah besar panjang tapi tak pose ha ha ha
heeheh tiara pun pernah curi bukak poser mkn mc d dlm toilet..balik umah pura2 poser...wakakaka masa tu umur 22 tahun
ha ha ha, skang umur bape :P
kala muda mang gitu, da yg posanya yangyok - lapar rasa buka periok.
Allah sayangkan kau dari buat dosa.
Syukurlah.
"Benarlah agaknya, buat dosa bila ada peluang"
wahahah, kau hebat king. siap meggi. aku makan koko crunch je dulu
dpen : ha ha
el : ya, syukur
fig : ooo ooo lau lagi hebat!
Post a Comment