Iklan kongsi raya.
Umum juga tahu, sejak 7 tahun lalu (betulkan jika salah), perkataan dan konsep kongsi raya yang datang dari fahaman sosialisme dan sekulerisme ini makin utuh kedudukannya. Sedang kita semua tahu, satu satunya agama di sisi Allah adalah agama Islam. Betul? Betullah tu. Jadi, dalam iklan ini yang memaparkan kepelbagaiaan perayaan agama yang di sambut secara serentak atau berkongsi ini, secara luarannya cuba menampakkan keharmoniaan dan kemuhibahan masyarakat di Malaya.
Nah, di sini nampak betullah konsep yang cuba di bawa, tetapi cuba kupas lebih dalam lagi, dengan bersetuju dengan konsep tersebut, secara tak langsung akidah kita akan tercalar. Ini kerana bersetuju dengan ia maka kita bersetuju wujudnya agama lain selain Islam secara sah. Sedangkan satu satunya agama untuk umat manusia adalah Islam, tiada agama lain.
Lihat, betapa bahayanya perkara ini. Kajilah, berapa ramai rakyat Islam Malaya yang sambut perayaan krismas. Redha dengan perkara ini bermakna engkau bersetuju kebenaran agama lain yang sesuai untuk manusia selain Islam, dan kesaksamaan antara semua gama di dunia. Mana mungkin begitu kan? Mana mungkin setitik nila boleh sebalang dengan susu?
14 Bangsawan Menatang Sembah:
Salam.
Berbalik kepada kekuatan pemimpin, dan kekuatan yang dipimpin.
kadang tu org kita pun tak faham apa yang mereka buat, apa yang mereka cakap. semuanya ikut-ikutan. cukupla kalo kita bicara ttg solat. brp ramai yg faham dan tahu makna apa yg dibaca dlm solat? apa yg dibuat di dlm solat? semuanya hipokrit saja... tp masih xmahu mengaku. ego la pulak..
*salam aidilfitri utk kingbinjai dan semua~
Sebenarnya menurut pendapat mereka melalui muhibbah sahaja yang dapat menjamin kestabilan politik negara.
Itu semua juga sebuah agenda politik agar mereka dapat menjamin kedudukan mereka di kerusi yang mereka duduki sekarang. Muhibbah hanya topeng. Kemudian orang kita termakan dengan isu ini.
Ya, orang kita inginkan muhibbah kerana Islam menganjurkan segala bentuk perdamaian dan menghina segala bentuk penindasan.
Hakikatnya, hanya orang kita yang inginkan muhibbah. Sedang pihak di sebelah sana tidak pernah ambil peduli. Pada mereka, asal keinginan material dipenuhi, itu sangat menguntungkan.
Entahlah...
Itulah. Kononnya atas nama muhibbah...
dulu kongsi raya, tahun ni nampaknya kongsi gelap... he..he..
setuju dengan ko!
kau merujuk pada iklan,
Orang india buat majlis deepavali, ada muzik, gendang2. seketika mereka berhenti sebentar memberi laluan azan kepada orang muslim utk berbuka puasa. tidak pasti iklan apa. tapi lebih kurang itulah.
aku turut pelik dengan iklan ini.
tapi bukan semua nye berdasar pada niat ke?ntah la,aku bukan nye orang kuat agama,moga Allah tunjukkan hidayat
Dah berjaya kan apa yang diperjuangkan oleh orang bermentaliti "GUBRA".
dato' mufti perak ada sentuh perkara ni...saya sokong dato' mufti dan king!!
yep, dato' mufti ada vkp masa ceramah di utp mggu lepas :)
*ckp, salah ejaan plak.. hehe.. maaf zahir batin :P
Slamt ari raya....
Post a Comment