Tuesday, October 10, 2006

Sepinggan Roti Dan Secawan Kopi Politik

sepinggan roti
berinti kaya dan mentega masyarakat
disaji atas pinggan politik
untuk dibaham si perut buncit
gelojoh kerakusan
serpihan serpihan roti yang bertaburan
adalah suara suara kita

secawan kopi politik
bersudukan emas media
mengacau taburan gula gula janji
biar sebati
biar pahit manis berganti
buat sajian anak anak muda
harapan sejarah

sepinggan roti
dan secawan kopi politik
diharap dapat membeli merdeka
diharap dapat menghalalkan cara
menjual maruah

sepinggan roti
dan secawan kopi politik
menjadi sajian pilihan
gantian sepinggan nasi lemak
dan secawan teh keadilan

17 Bangsawan Menatang Sembah:

INDERA KENCANA said...

Apasal bulan-bulan puasa, ko citer pasal Roti Kaya dengan Kopi ni??
Ko lapar ke, King??

kingbinjai said...

lapar juga, ko tak lapar ke?

bunga rampai said...

Hehehehe...awak berdua kelakarnya!

Petang ni berbuka dengan roti bakarlah...sapu mentega dan kaya!

bunga rampai said...

Btw King, saya suka sajak itu :)
Bagus sekali intinya.

kingbinjai said...

bunga rampai : terima kasih :)

BooK said...

adoi la. ttibe nak makan roti kaya rasa nya.

pssttt.. binjai, kau promot kasino ek? hish!

kingbinjai said...

kasino? man? mana? ko biar betul?!

13may said...

tumpang tanya....dlm pinggan tu roti ada berapa bijik??? hehehe...

Lan Rambai said...

roti bakar letak kaya sodap weiii

ms_b3rry said...

baru td sahur ngan roti bakar :P slamat shopping raya ek :)

kingbinjai said...

13may : kepingla bukan bijik

lan : uiks sedap tu, cicah pula ngan milo huuu

ms berry : alhamdulillah :) selamat kembali

Mazudi said...

Lapor la pulak.
Roti kosong ngan kopi o pun ok laa...

raiedzall said...

semua orang kata roti bakar tu sedap, lebih2 lagi bila dihidang dengan kopi panas...
:)

gitartong said...

memang roti dan kopi itu sedap belaka, bukan semurah itu maruah kita.

amanitium said...

soalnya ramai terpengaruh dengan aroma kopi dan kelembutan roti,

sehingga terlupa dengan kesedapan nasi lemak dan kehebatan teh.

(apatah lagi bila diakhiri batang nikotinar, haha)

kingbinjai said...

mazudi : cukup ke?

raiedzall : ooo ooo

gitartong : betul. betul.

amanitium : dude, ko pi mana?

Faridt said...

Rahsia Keadilan terkandung dlm 'Se' :)