Diari Hari Raya
24.10.2006
Pukul 3 pagi. Hani, adik ipar aku, di masukkan ke hospital. Kerana sudah menunjukkan tanda tanda bakal melahirkan anaknya yang kedua. Pukul 5.40 pagi, Muhammad Daniel Fatullah selamat dilahirkan. Alhamdulillah. Tahniah! Semoga murah rezeki. Aku dan Queen berkira kira pagi raya itu samaada Muhammad Daniel Fatullah akan menjadi Muhammad Syawal Fitri muahhahaha.
Selesai sembahyang raya dan bermaaf maafan. Aku, Queen dan Adib bergegas ke Ampang. Untuk mengambil Ayahanda dan Bonda. Kami terus ke Johor. Atuk sakit kuat. Kami Beraya di sana 2 hari dan raya ketiga akan ke Kuala Pilah pula.
Selamat tiba di Kluang pukul 4. Teperanjat melihat Atuk. Kurus sangat. Sedih. Atuk gembira dapat melihat Adib. Cicit dia yang ketujuh.
25.10.2006
Pagi. Kami berlima ke Ayer Hitam. Macam Macam ada. Tengahari pula ada gathering. Ayahanda membentangkan salasilah keluarga yang telah diprint di atas kertas kanvas. Aku menolong membakar sate. 1000 cucuk. Panas muka.
Adib dapat berjumpa dengan sepupunya, Harith. Mereka berdua sama baya. Lahir di bulan yang sama.
26.10.2006
Pagi, bersiap siap untuk ke Kuala Pilah. Sedih juga hendak tinggalkan atuk. Tapi keadaannya pagi itu nampak ok. On the way balik, permintaan Bonda, kami singgah semula di Ayer Hitam. Sampai Kuala Pilah lewat petang.
27.10.2006
Pagi, bersiap siap untuk pulang ke KL. Tayar pancit. Tertanam paku. Singgah di kedai tayar untuk tujuan tampalan. Singgah di Juaseh pula rumah Mak Long. Dan terus ke KL.
Kami singgah di Nilai 3. Macam Macam ada. Kereta control, punyalah murah! Aku akan datang lagi. Bonda dan Queen, kemaruk tengok harga kain murah murah.
Kami makan di Marrybrown.
28.10.2996
Pukul 10 pagi terima sms dari Bonda "Atuk masuk hospital." Mulanya aku tak ada rasa apa apa, yalah, memang resam orang sakit, akan berulang alik ke hospital. Tidak tahu keadaan Atuk samada tenat atau sebaliknya.
Pukul 11 Adib tido.
Pukul 12 dengan tidak semena mena, Adib terjaga dan menangis dengan kuat. Azamat. Aku pujuk. dukung dia. Bawak jalan ke luar rumah. Lama baru dia reda. Tinggal sengguk sengguk kecil. Pertama kali dia macam ini. Aku tak sedap hati.
Pukul 13.30 terima satu sms. Dengan terdengar sahaja bunyi sms itu, hati aku secara tiba tiba berkata "Atuk dah meninggal". Sms dari Bonda, "Atuk dah meninggal." Aku terkejut. Aku beritahu Queen. Aku terus hubungi Bonda dan terus merangcang untuk ke Johor. Namun aku tak larat nak memandu dan kami putus mahu naik bas sahaja.
Pukul 17.00, di puduraya. Kami tiba di Johor oukul 20.40. Atuk selamat dikebumikan pada pukul 16.50.
29.10.2006
Salasilah keluarga digantungkan ke atas dinding.
Kami balik Kl pukul 1330. Ayahanda tinggal, ada beberapa urusan yang perlu diuruskan.
Selamat tiba di KL pukul 1710.
Al Fatihah untuk Atuk Yaacb bin Abu Bakar. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
P/s : Seharusnya ada beberapa keping gambar yang aku ingin tempelkan di blog ini. Tapi apa halnya ntah satu je boleh. Yang lain semua tak boleh. So yang lain tu korang layan kat Flickr je lah ek!
19 Bangsawan Menatang Sembah:
1. Tahniah untuk kelahiran Daniel (knp sama ngan nama anak aku?)
2. Hey, salsilah keluarga yg diprint eek. Aku dah lama bercita cita nak buat satu.
3. Takziah di atas pemergian atuk awak.
4. Duit raya ada lebih lagi ker?
semoga roh atuk kau dicucuri rahmat.
dude, warna baju raya adib sama warna (sebijik!) dengan pakaian 1 syawal untuk seorang pemuda kacak dan bergaya.
takziah. al-fatihah utk arwah.
err.. warna hijau mmg pilihan ramai tahun ni :)
tahziah.....
al fatihah utk arwah atuk en king
tahniah sbb dpt anak sedara baru
takziah king....
err.. raya-raya pun sempat singgah nilai 3 tu haha
mazudi : duit raya? ko umur bape? ha ha
amanitium : yang hensem tu aku ke?
anne : biasalah, reformasi
el : takhziah la bukan tahziah
aeyjay : terima kasih
lan : biasa! ha ha
kacak juge binjai ni rupenye.
Takziah buat pemergian nendamu ke rahmatullah. Aku pun tumpang bersedih. AlFatihah.
Aku terima sms darimu jam 14.00 semalam. Maaf tak dpt balas sms. Kredit habis. Office aku tutup sehingga Isnin. Hari ini selasa, baru masuk balik.
takziah juga dari aku. moga roh atuk kau dicucuri rahmat. seolah2 adib dah tahu berita pemergiannya.
dude, aku masih berhutang RM5 dengan kau. aku belum berkesempatan untuk mem'bank in'kannya. nanti ye..
Insya-Allah jannah tempatnya.
Adib dapat duit raya banyak ka?
book : u dont have to say, i know. ha ha ha
indera : selamat bekerja
gitartong : dude, no hal. zine dah pos, minggu ni sampai la insyaAllah
hakim : amin. banyak juga, duit raya adib, kira duit raya aku juga kan? ha ha
AlFatihah.
Sesunguhnya segala yang kita sangka milik kita sebenarnya hanyalah pinjamanNya semata-mata..
Takziah King.
terima kasih
takziah buat king dan keluarga. alFatihah.
sedekah alfatihah
Q & jarri : tq
Al Fatihah.
Moga atuk King ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
tt : tq
Post a Comment