Q, Melukis Rindu
Bab 4 :
Q, Melukis Rindu
soal Q pada suatu petang, saat sedang elok awan membiru
saat sedang lembut angin menyapa rumput.
kenapa mahu melukis rindu?
soal ku kehairanan, lantas Q menarik hujung baju ku,
dengan tangannya memegang berus, dia merujuk pada ku
lukisannya.
ini cinta,
bagaimanakah mahu melukis rindu?
aku tersenyum, memahami perasaan hati keanakannya,
mata kesilnya memandangku penuh pengharapan.
kenapa lukis cinta begini?
kerana hati rasa begitu.
nah! kalau begitu,
boleh saja melukis rindu
bagaimana?
sepertimana melukis cinta
dengan rasa dan hati
dengan kenangan abadi
rindu juga seperti cinta
lahir dari hatimu
dan Q mula melukis, asyik penuh rasa
hingga waktu pun bagai terhenti, mendengar luahan hati seorang anak
berus di tangannya bercerita, perihal anak kecil yang menanggung beban dunia
sayunya hingga awan berubah warna
kenapa ada bintang?
itu rindu, untuk mama
bercahaya di tengah kelam, agar dia tahu
Q rindu padanya
Bulan?
itu kasih, selembut sinaranya itu
seperti hati papa...
dan hujan mulai rintik
dari awan matanya
jatuh titis demi titis
membasahi rindu dan kasih
membanjiri cinta
Q menghamburkan dukanya kepangkuanku
sekejap saja
di luar meyambung lebat hujan
aku biarkan dia menangis
walau acapkali tidak pernah ku halang
menangislah Q, sepuas hatimu
airmata itu bakal menjadi tembok, lambang ketabahanmu
menangislah sementara kecil ini
remaja nanti kan ku ajar kau menangis melalui senyuman
tirai kepada kedukaan.
19 Bangsawan Menatang Sembah:
Aku rindukanmu king binjai.
Aku rindu!
Aku...
rin...
du.
kau pegi mana?
aku kaitan pemandu berkhemah ngan puisi ni?
ooo ooo sila fikir sila fikir
ni kisah ex5 ber rim emas yang telah engkau tinggalkan tu ke?
Ah...malas la nak fikir....
hahaha
amanitium : hoh?
bp : ko memang malas
Nanti bila dah siap lukisan rindu si Q tu, ko scan pastu tampal kat sini.
Cantik gamaknya.
Sapa pulak pemandu ni nih?
mana lukisannya?
aku.. yang masih sukar memahami sajak dan puisi.. hehehe
aaaa nampaknya semua tak paham ha ha ha tak apalah.
king binjai! aku da paham! tentang puterabinjai ke? betul?
hahahahha apada kau ni
Tersentuh jua. Lantas nafas dihela dalam-dalam, sejurus dihembus perlahan-lahan dalam redup mata yang cuba membayangkan keindahan lukisan itu. Ingin menggapainya.
Salam.
ooo ooo macam paham je?
Macam mengingatkan aku pada diri aku yg satu lg jerk.. he he
Actually, Q cud be anything.. semua mimpi, insan, benda, harapan dll.
Ia simbolik, hanya tuannya yg tahu.
seorang anak rindukan emaknya, betul tak?
blue : sila cuba lagi
raiedzall : ya betul. tapi kenapa dia rindukan mak dia? mak ngan ayah dia pegi mana?
tentang rasa cinta, tentang rasa rindu.
hadeihh..
ungku : anda benar benar fahamkah cerita yang saya cuba sampaikan?
Post a Comment