Thursday, October 05, 2006

Jerebu Melanda

Ooo ooo jerebu pulak sekarang ni ya? Gatal gatal hidung di buatnya. Mata aku pun semalam gatal gatal. Ujian kita di bulan Ramadhan ini. Namun sekurang kurangnya taklah terik sangat matari kan?

Apsal ek? Kalimantan bakar hutan lagikah? Atau gunung berapi ada meletus? Kau rang tahu? Kalau tahu kongsilah bersama. Kalau tak tahu, buat buat lah tahu muahehhehe.
P/s : kalau kau berjalan jalan hari ini, dan terdetik di hati kalian, "oh betullah kata kingbinjai, jerebulah. Ingat kata kata aku ini, itu bukan jerebu, itu adalah asap rokok!

24 Bangsawan Menatang Sembah:

Anonymous said...

mata ko gatal tengok benda lain
bukan sbb jerebu :P

Amanitium Cho said...

macam biasa, kalimantan bakar utan lagi dude. angin tak akan tolak asap tu kepada negara mereka balik, sebab tu a derang berani buat.

INDERA KENCANA said...

Dorang bakar hutan sebagai persediaan untuk penanaman musim baru. Kaedah ini walaupun dilarang keras di Indon, namun itu sahaja kaedah yang paling effisen buat setakat ini.

P/S Luar office aku pon jerebu gak. Dorang buat fogging pasal ada orang kat sini kena Denggi kot..

Bunga Rampai said...

Jerebu kat luar sana memang beri masalah. Akal dan hati berjerebu lagi beri masalah :) Salam.

bluecherry @ fai said...

Patut laa perit je tekak dua tiga ari nih..

Balik nak carik cendol laa... huahahah.. [berbuka nanti..]

Anonymous said...

ya. di JB pun.

kingbinjai said...

ron : shhhh diam :p

amanitium : ko pi jentik telinga dorang

indera : ha ha ha

bunga rampai : ye betul

blue : [yeke?] ha ha

gitartong : emel sudah reply ka?

13may said...

memang betoi kata hang...umah aku berjerubu teruk...terutama Jerubu Dunhill ngan Marlboro yg paling teruk melanda lepas terawih bilamana kawan2 mai lepak dan perabih makanan kat umah aku...

kingbinjai said...

ha ha ha

kingbinjai said...

ha ha ha

Anonymous said...

aku duduk opis satu hari suntuk xnak keluar kang sakit mata (bulan posa hehe)

kingbinjai said...

itu tido namanya. ha ha.

Aku Bukan Bidadari said...

Ohh jerebu ya?
Ingatkan kabus tebal..sejuk mcm kat cameron ..huhuhu

Lan Rambai said...

jerebu ni sebab ko lah binjai! isap rokok tak ingat malam tadik!

kingbinjai said...

akubukanbidadari : oooo pegi cameron tak ajak

lan : eleh! macam aku sorang je isap rokok.

Anonymous said...

dok dalam rumah dendiam jer.takyah kuar.
eh..tapi karang kena gak kuar, nak pi pasar ramadhan..hadeihh.

kingbinjai said...

ungku : saya bekerja, nak tak nak kene kuar juga. tarawikh nanti pun kene kuar juga. aaaaaachumm!

arianna adrizal said...

oooo.. jerebu ke?! patutlah da mula sakit tekak nk demam.

fiq said...

kelabu mata2 aku

ZaKiN said...

Mmg jerebu tapi panasnya lain macam.. mata toksah cakap ler.. pedih....!!

MDM FARAH FAIZURA said...

aku sebetulnya menunggu,
ada yang bilang,

'biar langit berjerebu,
asal hati tetap cerah'

tapi kerna ngak ada,
aku pula yg terpaksa bilang

hihihi

kingbinjai said...

anne : mc! mc! ha ha

fiq : ya, penglihatan kurang jelas

maniq : betul betul, selalu selalu cuci mata

dingin : wah wah sajak ringkas yang baik!

el-Maaniq said...

Maniq kayangan?
emm...

Jerebu?
iye ke? haha.

kingbinjai said...

el : kau tak rasa ke? ha ha