Saturday, March 31, 2007

Reformasi Yang Tertunda

reformasi itu
telah ditunda
pada satu waktu
yang belum ditetapkan

semalaman
kami menunggu notis
sambil melemparkan roti
untuk merpati
sedang nasi di rumah, sedang mengerak

hari ini
(mungkin) dia sedang berjudi
dengan nasib, kempis perut
dan kudis marhaen

kekayaan, keselesaan
dan kepentingan
telah lama tertangguh

intai intai,
rupanya reformasi sedang ditunda
kerana kesalahan
memakir di bahu jalan

Friday, March 30, 2007

Mawi

Jumaat 30.03.2007

Mawi kata "cinta macam kentut".

Ok ok sebelum apa apa biar aku jelas kan dahulu, aku bukan peminat Mawi. Cumanya kenyataan beliau ini yang telah diolah oleh Tok Mudin (boleh ya mudin aku pinjam idea kau? He he) amat menarik minat aku. 2 3 hari ia berlegar di dalam otak aku, kemudian setelah otak aku puas membuat bedah siasat ke atas kenyataan beliau, maka dengan ini aku paparkan untuk bacaan kalian. Dan juga, aku ingin melakukan eksperimantasi. Kita lihat isen hari ini berapa terpaan yang diterima. Ok? Jom.

Aku tidak tahu kenapa Mawi kata cinta macam kentut. Namun aku rasa perumpamaan ini adalah sangat tidak wajar. Jika cinta macam kentut, atau senang kata, cinta itu adalah kentut, apakah pula rindu, sayang, kasih dan kesetiaan? Adakah rindu = bau busuk kentut, sayang = tisu tandas, kasih = berus tandas dan setia = tandas? Jika ini adalah tafsiran untuk cinta sesama manusia, bagaimana pula cinta dengan tuhan? Apa pun aku tidak setuju dengan beliau.

Pada hemat aku, cinta itu suci. Sama juga aku tidak setuju dengan perumpamaan cinta itu buta. Cinta tidak buta. Yang buta adalah kita. Kerana cinta itu perasaan. Ia tidak bernyawa, ianya satu rasa yang hadir dari hati. Jadi masakan benda yang tidak bernyawa mempunyai daya lihat sehingga boleh jadi buta? Cinta adalah anugerah dari yang Esa untuk kita manusia. Sewajarnya, setiap anugerah yang diterima harus kita jaga kebaikan ia supaya tidak tercemar. Kita sepatutnya bersyukur. Cuba bayangkan jika cinta itu tiada. Sudah tentu Mawi tidak dikenali kerana yang mengsms beliau adalah mereka yang mempunyai perasaan cinta kepada beliau.

Cinta itu suci, yang mengotorkannya adalah kita. Cinta tidak buta, yang buta adalah kita. Dan cinta bukanlah kentut, yang kentut cumalah Mawi dan Ina. Bercirit pula tu.

Ha ha

P/s : Berapa peratus Mawi akan baca blog aku ini? Ha ha.


Thursday, March 29, 2007

Hilang

Khamis 29.03.2007

2 3 minggu lepas. Dalam Berita Utama TV3, terpapar kisah seorang pemidato dari Russia yang berpidato dalam Bahasa Melayu. Apa nama beliau? Oija? Ouja? O*gy? Ouija Board? Ntah, aku dah lupa.

Yang menarik perhatian aku ialah kata katanya di akhir temuramah :

"Bahasa jiwa bangsa, tanpa bahasa hilang bangsa."

Tiba tiba aku menjadi malu kepada beliau, kerana rakyat asing lebih mencintai dan menyanjungi bahasa ibunda kita. Sedang kita, sibuk untuk memperkasa bahasa penjajah. Tanpa bahasa, hilang budaya, hilang bangsa. Semoga dengan isen ini, kalian faham maksud sajak Aku Yang Pupus.

P/s : Memang tidak salah untuk belajar bahasa asing. Aku juga bersetuju. Tapi aku tidak setuju bila KERAjaan terlalu mengangkat darjat bahasa penjajah. Menjadikan ianya pengganti bahasa ibunda dalam subjek teras di sekolah.

Wednesday, March 28, 2007

Lewat

Rabu 28.03.2007
Satu pagi yang hujan. Queen sms aku.

"Baru sampai opis, tension tul.."

"Samala, bi pun liwat" sms aku.

"Hoh? Liwat? Dengan sapa?" sms Queen.

"Lewat la lewat! Ha ha." Sms aku.

":p"

Tuesday, March 27, 2007

Tujuh

Selasa 27.03.2007

Pagi ini, seperti biasa aku menyusur MRR2 untuk ke pejabat. Di sekitar Melawati, kereta aku bersama kereta kereta yang lain menyusur laju di lorong kanan. Masing masing memandu dengan kadar laju yang sederhana. Tiba tiba Satria di depan aku melakukan hentian kecemasan. Ini memaksa aku juga melakukan hentian kecemasan. Terlihat depan mata aku, kereta Satria itu bergegar. Sah dia langgar kereta di depan. Dari belakang Satria aku dapat lihat dengan jelas, kereta di depan Satria melanggar kereta di hadapannya. Ini bermakna berlaku 3 pelanggaran di depan aku.

Aku mengambil keputusan untuk meneruskkan perjalanan. Aku bagi isyarat ke kiri. Masuk lorong tengah dan teruskan perjalan. Tetapi aku terperanjat. Bukan 3 kereta yang kemalangan tapi tujuh! Ya tujuh! Aku bersyukur aku sempat brek. Rupanya kejadian berlaku begini :

Kereta 1 melakukan hentian kecemasan, dan mengakibatkan kereta 2, 3, dan 4 melakukan hentian kecemasan tetapi sudah terlambat dan berlanggar sesama sendiri. Manakala kereta ke 5 melihat kejadian dan sempat melakukan hentian kecemasan tetapi mengakibatkan kereta 6 dan 7 tidak sempat melakukan hentian kecemasan dan berlanggar sesama sendiri. Kereta ke 8 iaitu aku, sempat melakukan hentian kecemasan kerana aku memang jarang mengekori belakang kereta dengan jarak dekat.

Aku teruskan perjalanan, masuk semual ke lorong kanan. Dan tidak semena mena satu BMW mengekori aku dengan jarak yang dekat sekali sehingga aku tak nampak calak lampu hadapannya. Manakala di depan aku adalah Waja dalam jarak separuh kereta dan berderet lagi kereta yang masing masing memandu 100km/j.

Aku menjadi hairan. Baru sahaja berlaku kemalangan di depan mata, tetapi tetap juga tak ambil iktibar. Entahlah.

Monday, March 26, 2007

Menang

Aku terima sms ahad malam. Pagi sebenarnya pukul 3:57 pagi. Smsnya tertaip begini :

"TAHNIAH! SimCArd anda memenangi hadiah cek tunai RM9000, Dari AUDISI KDI 4, sila hubungi 00685885394058 terima kasih."

Apa kejadah pula ni? Bila pulak simcard aku masuk peraduan? Kurang ajar betul simcard aku ni, masuk peraduan tak inform!

Mulanya aku buat tak tahu sahaja. Tiba tiba perasaan ingin tahu aku mengatasi perasaan buat tak tahu aku itu. Lalu tadi aku hubungi nombor terbabit. Aneh, yang menjawabnya orang Indonesia. Aku berasa curiga. Terus sahaja dia meminta nama dan nombor telefon. "Tahniah! Incik telah memenangi RM9000.00. Bisa dibagi nombor akaun?" katanya.

"Kenapa saya mahu bagi nombor akaun?" aku.

"Untuk dimasukkan duit itu."

"Hantar check sahajalah"

"Iya, checknya akan ditransfer ke akaun Incik." dia.

"Pos sahajalah." aku. Tak puas hati.

Lama aku berdolak dalih, "Incik. Tak payahlah. Tak payah ambik check ini." katanya. Dan talian diputuskan. Ini sudah lebih! Aku hubungi semula.

"Halo." aku.

"Halo." dia.

"Saya tadi call awak." aku

"Ya ya incik..."

"Apsal letak talipon?"

"Mana ada saya letak, Talian putus." katanya.

"Ini syarikat dekat mana?"

"Astro."

"Semua pekerja indon ke?"

"Ya semua indon"

"Apsal semua indon?"

"Mana saya tahu. Tanya boslah."

"Bos melayu ka cina?"

"Cina."

"Ini syarikat berdaftar ke?"

"Iya. Lagi apa mau tanya?" katanya.

"Nanti saya report polis ya."

"Ok pergi report polis." dia.

Apa pandangan kau orang? Ada sesapa kerja di Astro? Boleh aku dapatkan kepastian.

P/s : Aku telah Googlekan perkataan "Audisi KDI 4". Tahu apa yang aku temui? Kebanyakannya hanya berkisar tentang satu program dangdut di Indonesia. Cheh!

Sunday, March 25, 2007

Aku Yang Pupus

Ahad 25.03.2007
aku
dispkeulaiskan aakn ppuus
mgnuikn bnear

aku bkuan lgai
jwia bnagsa
aku hnaya idneitti
ynag bremusfair

jkia aku
dibcaa beigni
adaakh kau mnegkagmuiyna
aatu skedaar mneceibk
mengaatakn aku taelh tbeiat?

P/s : Segala kesalahan ejaan memang disengajakan. Harap maklum.

Saturday, March 24, 2007

Wangi

Sabtu 24.03.2007

Seketika sedang aku leka menjalankan tanggungjawab sebagai juruteknik, Hafiz memunculkan dirinya dari tingkat bawah. Berjalan perlahan menuju ke pantry.

"Apa yang wangi ni?" soal Hafiz kehairanan. Ini menyebabkan aku juga menjadi hairan. Kerana sedari tadi aku di sini tidak pula tercium sebarang bau. Pelik betul.

"Apa?" Tanya aku kembali.

"Apa yang wangi ni?" Soal Hafiz semula.

"Oh, takde apa apa, aku kentut tadi." jawab aku.

Dan langkah Hafiz yang gemalai itu menjadi semakin longlai.

Ha ha

Friday, March 23, 2007

Empayar Cinta

Adib melayan perasaan.


Rasa macam baru semalam je aku mengazankan Adib. Tengok tengok dah boleh jalan dah...

Thursday, March 22, 2007

Skrin

Khamis 22.03.2007

Aku ditag oleh si Tiara.

Inilah rupa desktop aku :

Tengok, kemas bukan? Barulah senang jiwa nak bekerja. Serba sedikit tentang PC kesayangan aku :

Operating System : Microsoft Windows XP Professional
OS Service Pack : Service Pack 2
DirectX : 4.09.00.0904 (DirectX 9.0c)

Motherboard
CPU Type : Intel Pentium 4, 2400 MHz (12 x 200)
Motherboard Name : Intel Bay Field D865GBF (6 PCI, 1 AGP, 4 DIMM, Audio, Video, LAN)
Motherboard Chipset : Intel Springdale-G i865G
System Memory : 768 MB (DDR SDRAM)
BIOS Type :AMI (04/23/03)
Communication Port : Communications Port (COM1)
Communication Port : Bluetooth Communications Port (COM4)
Communication Port : Printer Port (LPT1)

Display
Video Adapter : RADEON 9600 SERIES - Secondary (256 MB)
Video Adapter : RADEON 9600 SERIES (256 MB)
3D Accelerator : ATI Radeon 9600 (RV350)
Monitor : Samsung SyncMaster 550(M)s [15" CRT] (HMDR733403)

Multimedia
Audio Adapter : Creative SB0090 Audigy Player Sound Card
Audio Adapter : Intel 82801EB ICH5 - AC'97 Audio Controller

Storage
IDE Controller : Intel(R) 82801EB Ultra ATA Storage Controllers
IDE Controller : Intel(R) 82801EB Ultra ATA Storage Controllers
Floppy Drive : Floppy disk drive
Disk Drive : Maxtor 6Y060L0 (60 GB, 7200 RPM, Ultra-ATA/133)
Disk Drive : Maxtor 6E040L0 (40 GB, 7200 RPM, Ultra-ATA/133)
Disk Drive : Disk drive (54 MB, USB)
Optical Drive : ATAPI DVD+RW 4X4X12
Optical Drive : DVD-ROM 16X (16x DVD-ROM)

Input
Keyboard : Standard 101/102-Key or Microsoft Natural PS/2 Keyboard
Mouse : Microsoft PS/2 Mouse

Network
Network Adapter : ADMtek AN983 10/100 PCI Adapter (192.168.1.2)
Network Adapter : Bluetooth LAN Access Server Driver - Packet Scheduler Miniport
Network Adapter : WAN (PPP/SLIP) Interface (219.95.203.9)

Sekian. Aku malas nak tag sapa sapa. Err, apa lagi isu terbaru?

Wednesday, March 21, 2007

Tanam

Rabu 21.03.2007

Semalam di dalam Kosmo! Terbaca satu ruangan berkisar seorang Datin yang mahu ke Kutub Utara. Tapi yang menarik perhatian aku ialah, beliau berhasrat menanam senaskah Al-Quran di sana. "Supaya orang tahu, orang islam pernah sampai ke sini." katanya.

Apahal minah ni?! Allah turunkan Al-Quran itu bukan untuk ditanam. Ia untuk dibaca! Rasulullah tinggalkan Al-Quran dan hadis untuk kita bukan untuk ditanam, tapi untuk dijadikan panduan, pentunjuk jalan, pedoman dan Al-Quran itu simbol kesucian agama kita. Apakah layak sesuatu yang suci itu letaknya di dalam tanah?! Macam mana nanti, tempat yang kau tanam Al-Quran itu, ada orang kencing kat situ? Atau seekor beruang membuang najisnya di situ?

Apsal kau tak tanam tasbih ke, sejadah ke, pinggan mangkuk bertulisan jawi ke, cincin kokka ke, kaligrafi ke, paling bangang pun kau tanam la IC kau tu! Ini tanam Al-Quran pulak seolah olah macam nak tunjuk Al-Quran dah mati, kena tanam. Masa Malaya ini dijajah ada kau dengar mamat mamat putih tu tanam Bible?!

Bangang!


Tuesday, March 20, 2007

Mana?

Hari ini, 20hb Mac 2007. Maka genaplah 4 tahun Iraq dicabuli oleh Amerika Syarikat yang pengecut. Aku berteori bahawasanya Bush tidak mempunyai testikal. Jika ada ia pasti mengecut lantaran kerana terlalu banyak melakukan on*ni (aku terpaksa menggunakan simbol * bukan kerana aku gentar. Tetapi aku khuatir aku tidak dapat view blog aku di opis nanti).

Tentang hari ini siapa lagi yang tahu akan fakta ini? Kalau ada diantara kita menghantar email berantai mengenai nasib malang dan kesedihan tragedi 9/11, aku tidak pernah terima email tentang kesedihan yang sama mengenai Iraq. Yang mati masa kejadian 9/11 itu yang kau tangisi amat itu adalah si kafir laknatullah yang sedang memperkosai bumi Iraq, mangkuk!

Mana air mata kalian?!

Aku pasti menadah setempayan airmata laksana mutiara yang gugur tatkala kalian menangisi kepemergian ahli AF yang tersingkir, manakala aku terpaksa menjerit hingga merah anak tekak mengisi kesunyian pandangan yang menatapi kesengsaraan Iraq, Palestin dan Lubnan.

P/s : amacam template baru? Ok tak?

Monday, March 19, 2007

Akal Dan Otak

1. TV3 telah berjaya menjadi kaunter pengaduan. Jika kau ada apa apa masalah tentang hal yang melibatkan badan kerajaan, boleh buat aduan kepada Tv3. Syaratnya mudah sahaja, pastikan kau orang telah membuat aduan polis, dan aduan kepada badan badan kerajaan yang lain telah ditolak 3 4 kali. Dan sehari selepas masalah anda disiarkan, maka sekonyong konyong itu juga bagai magis, turunlah pihak yang bertanggungjawab menjawab permasalahan anda. Jika diperhatikan ini tandanya apa? Ini tandanya pihak terbabit tidak menjalankan tugas yang baik, tidak relevan, lembab dan makan gaji buta. Siapa mereka? Pihak pembangkang kah?

2. Kita disumbatkan fakta tentang kedamaian. Kesejahteraan. Negara kita selamat. Hakikatnya bila kita beli suratkhabar, pasti ada sahaja berita tentang pembunuhan, rompak, rogol, ragut, bunuh diri dan sebagainya. Cuba kau beli semua suratkhabar, dan kau buat statistik berapa jumlah perkara di atas berlaku dalam seminggu, dan aku nak tengok samaada terbit kerisauan di hati kau atau tidak.

3. Sharizat kata kenapa nak hukum perempuan sahaja? Kita harus hukum juga si lelaki kerana terjadi kes buang anak merata rata. Cuba kau fikir, jika tindakan diambil ke atas pihak lelaki, akan selesaikah masalah sosial yang berat ini? Akan tersimpankah anak anak luar nikah dari terbuang seperti selalu? Apa yang susah? kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis. Jalankan hukum Allah. Adakah kau mengatakan hukum Allah tidak relevan? Aku rasa, kebodohan adalah satu kriteria yang teramat penting untuk menjadi seorang menteri. Cara dia memakai tudung sudah menampakkan betapa ceteknya ilmu agamanya. Orang begini nak memimpin kita? Huh!

Berfikir, gunalah akal, bukan otak!

Saturday, March 17, 2007

Lenguh

aku menghabiskan
separuh zaman
beratur hingga lenguh harapan
hanya untuk mengetahui
tender hatimu sudah dibeli

sungguh aku tidak tahu!
cinta di hatimu itu
lebar hamparannya
hanya untuk kroni

Kami Lelaki

1. What a woman call a man who she cant sleep with?
answer :- a friend.

2. what a man call a woman who he cant sleep with?
answer :- sorry, we dont call her.

aku : ha ha ha ha ha

P/s : Lepas membaca isen di blog kemat. Aku terasa nak buat isen dalam bahasa penjajah ni pula. Tak apalah hari ini aje.

Friday, March 16, 2007

Bagasi Dalam Cinta

Bunga Rampai pernah meninggalkan jejak dalam isen aku yang ini. Di bahagian komen beliau berkata mahu menunggu tentang "Bagasi dalam Cinta" pula. Setelah sekian, akhir siap jugalah sajak itu. Semoga terhibur! ;)


Thursday, March 15, 2007

"Sipi Lagi Tuan!"

John adalah prebet yang tertua sekali di situ. Walaupun John adalah prebet yang baik dari segi kawatnya, kekilatan kasutnya, kebersihannya, kekemasan rambutnya dan ketangkasan dalam membuka dan memasang riflenya, namun John tidak sempurna. Dia mempunyai masalah dalam arena penembakan. Semua tembakan John belum pernah mengenai sasaran. Semuanya sipi sipi. Permasalahan ini memeningkan kepala pihak tentera. Lalu mereka memutuskan untuk menghantar Sarjan Brick yang terkenal dengan garangnya untuk memberi lantihan intensif kepada John.

Sudah 2 hari Sarjan Brick memberi latihan kepada John. Segala ilmu dicurah termasuk dengan caci makian namun tembakan John tetap juga sipi. Perkara ini menaikkan darah Sarjan Brick yang terkenal dengan sifat panas barannya. Hari ini masuk hari ke 3 mereka berlatih. Sedari pagi tadi mereka di padang. Waktu telah masuk ke tengahari namun tembakan John tetap tidak mengenai walau satu pun sasaran.

"John!" jerkah Sarjan Brick. John hanya berdiri kaku bersedia menerima semburan makian. "Apa kena dengan kamu ini? Hari adalah hari ke 3 kamu berlatih kenapa satu sasaran tidak dapat kamu tembak! Cuba sekali lagi. Jika tidak kena lagi kali ini nahas kamu!" gertak Sarjan Brick.

John mencuba lagi. Dia mengangkat riflenya bersedia untuk menembak. Tum! Satu peluru dilepaskan. Dan seperti biasa, sipi lagi.

"John!" jerit Sarjan Brick. "Kamu adalah seorang prebet yang memalukan! Jika beginilah keadaan kamu, lebih baik kamu bunuh diri sahaja! Pergi masuk dalam bangsal itu dan tembak kepala kamu!" kata kata Sarjan Brick itu terkeluar dnegan sendirinya tanda amarah yang amat. Tanpa diduga John mengangkat tabik,"Baik Tuan!"

John melangkah laju menuju ke bangsal yang berdekatan. Perbuatan John mengundang rasa kaget kepada Sarjan Brick. Dia hanya mampu melihat John pergi dan menghilang ke dalam bangsal. Segala itu disaksikan tanpa dapat dia berkata kata.

TUM! satu temabkan kedengaran. Sarjan Brick mula panik. Lututnya mengeletar dan dia tidak mampu utnuk berlari masuk kedalam bangsal untuk melihat keadaan John. Seketika tanpa di duga John keluar dari bangsal tanpa sebarang riak di muka. John berkawad laju menuju ke arah Sarjan Brick yang muka putihnya semakin pucat. Dalam keadaan yang girang-takut-takut- gelabah itu, Sarjan Brick bertanya "Apa yang terjadi!"

"Maaf Tuan! Sipi lagi Tuan!"

Wednesday, March 14, 2007

Bukan Pencemaran Biasa

Indera pernah bertanya kepada aku, "Bagaimana kau menulis sajak?" Soalan beliau ini, tidaklah dapat aku jawab. Aku cuma kata entah sahaja. Soalan ini telah lama berlegar di dalam benak fikiran aku. Secara jujur, aku tidak tahu apa jawapan yang sesuai. Setelah sekiannya, aku mengambil keputusan untuk menerangkan bagaimana aku menulis sajak. Beri perhatian, aku bukanlah hebat dalam seni penulisan ini. Namun aku tahu serba sedikit. Lantaran itu aku mahu berkongsi dengan kalian. Mana tahu, ada yang lebih hebat akan mengkritik cara aku menulis sajak dan dapatlah kita sama sama menikmati manfaatnya. Semoga dengan penerangan aku ini, Indera akan menulis sajak pula lepas ini.

Aku menggunakan teknik peraman. Di mana sajak itu aku biarkan seketika, samada sehari atau berhari hari, kemudian diulang baca berkali kali. Mari kita lihat bagaimana prosesnya.

* * *

2 minggu lepas, timbul dalam fikiran aku ide untuk sebuah sajak. Yang berkisar tentang pencemaran. Ide yang mula mula timbul itu, aku tulis. Begini :

pencemaran
bukan sekadar bunyi
bau dan air
pencemaran alam
mengundang bahaya

Pencemaran iman?
bahasa dan budaya?

pencemaran itu di telingaku
melahirkan kotoran
kegelapan

Mulanya ide itu hanya setakat ini. Kemudian aku berfikir apa sebenarnya yang mahu aku sampaikan? Kemudian aku mengambil keputusan mahu menyampaikan isu pencemaran dalam bentuk yang lebih luas, tidak tertakluk kepada pencemaran alam sahaja tetapi merangkumi semua isu yang ada. Aku ulang baca ide pertama itu dan kemudian aku tambah lagi :

pencemaran
di ruang putih
kata kata ukuran
(kononnya) keamanan

mahu apa?
kata katamu itu
adalah pencemaran
pada alam nyata dan maya
seperti yang dikandung
oleh suratkhabar yang berlipat

Aku ulang baca kesemuanya dan terdapat banyak perkara yang lewah dan klise. Contohnya dalam rangkap pertama :

pencemaran
bukan sekadar bunyi
bau dan air
pencemaran alam
mengundang bahaya

Elemen bunyi, bau dan air sudah menujukkan yang ianya berkenaan alam. Jadi penambahan ayat pencemaran alam menjadikan ia lewah. Malah pencemaran alam ayat itu sendiri sudah klise. Lalu aku ubahkan ia menjadi begini :

pencemaran
bukan sekadar udara
bunyi dan bau
rasa(?)

Rangkap kedua pula :

Pencemaran iman?
bahasa dan budaya?

persoalan yang terlalu sedikit. Dua sahajakah? Ini tidak menepati konsep yang aku cuba terapkan. Lalu setelah berfikir, aku tambahkan isu isu yang dicemar :

Pencemaran bangsa dan sejarah?
bahasa dan budaya?
politik dan agama?

Aku merasakan setakat ini lebih memadai. Kerana jika ianya dikembangkan lagi ia akan menjadi lewah dan membosankan pembaca. Malah faktor bangsa, sejarah, bahasa, budaya, politik dan agama sudah cukup kuat. Perhatikan juga, susunan pasangan diantara satu sama lain, berpadanan bagi mengelakkan timbulnya kekacauan.

bagi rangkap ketiga :

pencemaran itu di telingaku
melahirkan kotoran
kegelapan

Di sini, aku rasa, agak memadai. Cumanya ayat kegelapan itu semacam tidak sesuai. Aku berfikir apakah yang sepadan dengan kegelapan? Dan aku ubah menjadi :

pencemaran itu di telingaku
melahirkan kotoran
hitam

Penggunaan perkataan hitam tampak lebih berirama dari kegelapan yang lebih panjang sebutannya.

Aku tidak mempunyai masalah dalam rangkap ke 4 :

pencemaran

di ruang putih
kata kata ukuran
(kononnya) keamanan

Cumanya, susunan ayat itu aku ubah seidkit bagi tidak nampak banyak :

pencemaran di ruang putih
kata kata ukuran
(kononnya) keamanan

Tampak ringkas seperti di atas bukan?

Bagi rangkap ke 5 pula, ada perasaan yang tidak lengkap di situ. Jika kita ulang baca,

mahu apa?
kata katamu itu
adalah pencemaran
pada alam nyata dan maya
seperti yang dikandung
oleh suratkhabar yang berlipat

ayat, kata katamu itu seperti tidak kuat. Lantaran itu aku tambahkan perkataan susunan baris
dihadapan. Dan ini bersesuaian dengan persoalan mahu apa? yang diketengahkan. Kemudian ayat pada alam nyata dan maya agak klise dan kurang tepat. Dan aku tukarkan kepada pada akal dan jiwa.

mahu apa?
susunan baris katamu itu
adalah pencemaran
pada akal dan jiwa
seperti yang dikandung
oleh suratkhabar yang berlipat

Oleh itu keseluruhan sajak setelah diubah :

pencemaran
bukan sekadar udara
bunyi dan bau
rasa(?)

Pencemaran bangsa dan sejarah?
bahasa dan budaya?
politik dan agama?

pencemaran itu di telingaku
melahirkan kotoran
hitam

pencemaran di ruang putih
kata kata ukuran
(kononnya) keamanan

mahu apa?
susunan baris katamu itu
adalah pencemaran
pada akal dan jiwa
seperti yang dikandung
oleh suratkhabar yang berlipat

Sudah habis? Belum lagi. Tinggal tugas yang terakhir, iaitu mencari tajuk. Pada mulanya, aku meletak Pencemaran sebagai tajuk. Setelah ditimbang tara, rasanya tajuk itu agak klise. Terlalu biasa. Sedang sajak ini menceritakan pencemaran yang berbeza. Lalu, aku namakan sajak ini, Bukan Pencemaran Biasa.

Jadi Indera, beginilah aku menulis sajak. Aku harap kau juga dapat menulis sajak, kerana ketahuilah, semua orang boleh menulis sajak :)


Tuesday, March 13, 2007

Tirai

Ahad.
Ruang tamu.
Tirai Akademi fantasia.

Pui...

Tidak ada apa yang nak ditonton. Sementelah seisi rumah semuanya menontotn rancangan itu. Jadi, aku hanya menumpang. Dan aku lihat aksi aksi pelajar lelaki yang diterima masuk ke dalam akademi tersebut. Mak dan ayah mereka gembira tidak terkata. Hingga menangis meleleh airmata. Seolah olah anak mereka akan ke luar negara. Menyambung pelajaran untuk menjadi doktor, peguam, saintis ataupun jurutera.

Neraka apakah ini? (what the hell?)

Adakah aku seorang sahaja yang berpendapat bahawa rancangan seperti ini; Akademi Fantasia, Mentor, GangStarzz, Malaysian idol dan sebagainya adalah pembunuh anak anak muda?

Pui...

Saturday, March 10, 2007

Rena Kasih Puteri

Untuk QueenBinjai,

Friday, March 09, 2007

Chermin

Sepanjang perjalanan balik dari pejabat di lebuhraya MRR2 berdekatan area Pandan Indah, ada satu papan-tanda-iklan yang besar. Berwarna merah. Iklan mengenai cerita seram tempatan yang baru bertajuk "Chermin".

Adakah ianya sama dengan cerita seram yang telah aku sampaikan 6 bulan lalu di blog aku? Kau orang ingat lagi? Jika tidak sila lawat : sini.

Kalau sama, kita tengok siapa yang menari di depan cermin itu. Pasti hangat! Ho ho ho.

P/s : Pastikan kau orang baca dulu isen tersebut sebelum mengomen. Ini untuk menjana komen komen yang lebih berkualiti dan glokal!

Thursday, March 08, 2007

KingBinjai

Seseorang pernah bertanya kepada aku, "Engkau ni, SB ke?"

Cis! Apa kejadahnya aku ini SB? Aku tak faham betul. Dari segi apa yang menyebabkan dia menyangka aku ni SB tidaklah aku ketahui. Aku hanya tersenyum.

"Bukan. Aku bukan SB. Tetapi aku adalah KB." jelas aku.

"KB? KB tu apa?" tanya dia. Panik mungkin.

"KB = KingBinjai! Ha ha ha ha"

"Cis!"

P/s : akhirnya, aku ada isen yang tajuknya adalah aku sendiri. Rasanya akulah blogger pertama yang berbuat begini. Maka aku layak masuk dalam rekod "Blogger - Book of Records"!

Wednesday, March 07, 2007

Sudah Bintang

dia
sudah bintang,
sudah bulan, purnama

kerana anugerah
kurniaan rahmat, juga
hukum alam terlaksana

dia, kini gerhana

p/s:
kerana dulu sudah bintang
dia terlupa pesan matahari
hidup, jangan jadi seperti kasut

Satu sajak yang aku tujukan khas buat para artis. Untuk Rosnah Mat Aris amnya.

Tuesday, March 06, 2007

Miskin

Najib kata, tanpa ilmu ICT kita jadi miskin. Betul ke? Pakistan yang tak terer dalam ICT pun boleh bina peluru berpandu. Kita? MInyak hitam Proton pun pakai jepun punya.

Pada aku lah Najib oi, tanpa ilmu kahirat itulah miskin sebenar benarnya!

P/s : Siapa setuju sila tinggalkan komen!

Monday, March 05, 2007

Satu Hari Di Hari Ahad

Ahad. Aku berkeputusan untuk balik ke kampung. Menjenguk ayahanda bonda. Sementelah minggu lepas aku tak balik kerana ada urusan. Lama mereka tidak melihat Adib.

Baru bangun tidur.

Cak





Urghhh


Kereta yang dinaiki untuk ke kampung. Baru lepas mandi

"Bila nak pergi ni papa?"

Semua sudah sedia

Alhamdulillah perjalanan di MRR2 lancar.

Berhneti di kedai sengseng, membeli bekalan pampers dan susu Adib

Nyenyaknya tidur dalam kereta

Sambung tidur sesampai di rumah ayahanda bonda

Baru bangun. tengahari dah.

Atuk dan cucunya


Isk macam mana ni...

Perjalanan yang jauh dan Gombak ke kampung aku memang mengasyikkan. Kami bertolak pada pukul 10 pagi dan tiba di Ampang lebih kurang 10:45 pagi. Perjalanan Sejauh 21 km itu memang tidak terasa. Oh ya, gambar kepulangan dari Ampang ke Gombak tidak dapat diambil berikutan hujan yang amat lebat.

Sunday, March 04, 2007

Payung

Kassim seperti selalunya akan membawa payung ke pejabat. Bukan kerana dia suka begitu. Tetapi keadaan cuaca yang sering hujan itu memaksa dia yang menaiki kenderaan awam, bas, membawa payung ke pejabat. Dan Kassim seperti selalunya, akan tertinggal payungnya di dalam bas. Bukanlah disengajakan, tetapi entah mengapa sering benar dia terlupa membawa payungnya turun dari bas. Dan kerana itu sering juga dia dimarahi oleh isterinya lantaran hampir setiap hari terpaksa membeli payung baru.

"Ingat bang! Jangan lupa payung ni. Asyik nak beli baru je, kopak lah macam ni!"

Terngiang ngiang pesanan isterinya. Kassim tekad. Digenggamnya payung itu kuat kuat. Sedari dari pejabat lagi dia hanya memikirkan tentang payung. Kali ini, dia tidak mahu terlupa lagi. Destinasi hampir tiba. Tangan kirinya memicit loceng tanda berhenti, tangan kanannya memegang erat payung. Bas berhenti dan Kassim pun turun. Girang. Dia tidak terlupa membawa payung turun dari bas.

"Sayang, tengok! Abang tak lupa bawa balik payung hari ini!" jerit Kassim setiba dia di depan pintu. Sangkanya pastilah isterinya akan memujinya.

"Laaaa abang ni, kan hari ni abang tak bawa payung?!"

Saturday, March 03, 2007

Promosi : Narayuda 2









p/s : kau orang bayangkan yang gambar ni sebenarnya bergerak gerak mcam iklan tv tu ek!

Friday, March 02, 2007

Digi, Gospel?

Pernah lihat iklan DiGi? Yang ada orang kuning kuning tu. Best bukan? Adib sangat suka pada iklan itu. Aku pun suka. Iklan DiGi sekarang sangat menarik.

Namun terjadi kekecohan dalam internet apabila ada pihak mempertikaikan tentang lagu yang berkumandang di dalam iklan tersebut. Lagunya lebih kurang begini :

"i will follow you, wherever you may go, there isnt an ocean too deep, a mountain it can keep me away"
Ada pihak yang mengatakan lagu ini adalah lagu kristian yang sering dinyanyikan di dalam gereja. Dan terbitlah suasana kelam kabut. Ada yang mengatakan, ia haram dinyanyikan? Sejauh mana kebenarannya? Mari kita lihat.

Tahu kah anda asal lagu ini adalah dari penyanyi 60an Ricky Nelson? Beliau adalah orang yang sama yang menanyikan lagu Unchained Melody dan Have I Told You lately That I Love You yang kemudiannya dinyanyikan semula oleh Rod Stewart.

Pada pandangan saya lagu itu bukan lagu untuk agama kristian. Tetapi lagu itu adalah lagu cinta yang kemudian di salah sangka kerana ia dinyanyikan di gereja. Saya tidak nafikan lagu ini ada didendangkan di dalam gereja tetapi bukan dari pihak kristian yang berfahaman katolik atau protastan yang berkulit putih. Tetapi lagu ini dinyanyikan oleh pihak yang berkulit hitam yang beragama kristian (yang bukan katolik ataupun protastan). Dan budaya ini dipanggil sebagai Gopsel.

Hanya orang kulit hitam yang beragama kristian sahaja yang melakukan aktiviti nyanyian di dalam gereja sebagai menggantikan ceramah. Manakala yang kulit putih pula tidak melakukan. Malah, aktiviti Gospel ini tidak terhad kepada petikan di dalam injil sahaja, malah ianya meluas kepada falsafah dan lagu lagu pop yang lain. Jika ada sesuatu perkataan atau lirik lagu (seperti lagu Ricky Nelson ini) yang menampakkan kepada keagamaan mereka akan melagukannya.

Namun begitu, jika tidak silap saya, sesetangah lirik itu, ada di dalam injil. Jika tidak silap saya ianya berbunyi begini :

i will follow him.
Tetapi cuba perhatikan lirik lagu tersebut, ia tidak menyebut "him" sebaliknya menyebut "you". You di sini bermaksud kamu atau kau. Jadi maksud lagu itu adalah abstrak. Tidak tetap. Ia boleh merujuk kepada sesiapa bergantung kepada niat kita. Jika mahu ia ditujukan kepada Jesus maka Jesuslah jadinya, jika bukan maka bukanlah. Soal boleh ke tidak boleh itu terpulang saya kira. Terpulang kepada niat kita apa. Jika was was maka tinggalkanlah. Jika kita rasa kita nyanyi bukan untuk kepentingan agama kristian saya rasa tidak ada masalah. Jika merasakan lagu itu tidak boleh dinyanyikan hanya kerana ianya telah diGospelkan maka terpulanglah.

Untuk makluman kalian, irama muzik RnB dan Soul, asasnya adalah dari Gospel. Bagaimana? Masih berleluasa bukan? Malah menjadi kegilaan dan siulan kita pula. Jika hendak dikaji lagi, mengapa mahu banned lagu lagu yang dinyanyikan di gereja sahaja? Hanya atas alasan kerana ianya lagu kristian. Bagaimana pula dengan penyanyi penyanyi barat yang beragama kristian itu yang lagunya menjadi siulan kita hari hari, tak mahu di banned kah? Yang menyanyikan lagu itu kristian apa!

Maaf, anda mungkin lihat saya semacam menyokong mereka pula, tidak. Saya cuma lemas dengan sikap kita yang lebih memandang isu isu kecil dari melihat dan menangani perkara yang lebih besar dan luas. Jika lagu dalam iklan DiGi itu harus di banned kan kerana ianya lagu lagu kristian, maka lagu lagu dari barat seluruhnya harus di banned kan kerana mereka semua penganut agama kristian. Tapi tidak, kita terus hipokrit!

Thursday, March 01, 2007

Sampah

Usul terbaru, sampah yang dibuang akan dikenakan bayaran. Bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam bil cukai tanah (kan? aku lupalah). Nampaknya bertambah lagi beban perbelanjaan kita. Sampah pun berharga ek?

Nampaknya, kita kena belajar makan sampah macam budak budak Punk tu. Agaknya mereka dah jangkakan perkara ini terjadi, sebab tu mereka dah mula makan sampah dari dulu. Agaknya...

P/s : Terima kasihlah kerana menyusahkan kami. Semoga "budi" kalian, Allah sahaja yang membalasnya.