Monday, October 30, 2006

Diari Hari Raya

24.10.2006

Pukul 3 pagi. Hani, adik ipar aku, di masukkan ke hospital. Kerana sudah menunjukkan tanda tanda bakal melahirkan anaknya yang kedua. Pukul 5.40 pagi, Muhammad Daniel Fatullah selamat dilahirkan. Alhamdulillah. Tahniah! Semoga murah rezeki. Aku dan Queen berkira kira pagi raya itu samaada Muhammad Daniel Fatullah akan menjadi Muhammad Syawal Fitri muahhahaha.

Selesai sembahyang raya dan bermaaf maafan. Aku, Queen dan Adib bergegas ke Ampang. Untuk mengambil Ayahanda dan Bonda. Kami terus ke Johor. Atuk sakit kuat. Kami Beraya di sana 2 hari dan raya ketiga akan ke Kuala Pilah pula.

Selamat tiba di Kluang pukul 4. Teperanjat melihat Atuk. Kurus sangat. Sedih. Atuk gembira dapat melihat Adib. Cicit dia yang ketujuh.

25.10.2006
Pagi. Kami berlima ke Ayer Hitam. Macam Macam ada. Tengahari pula ada gathering. Ayahanda membentangkan salasilah keluarga yang telah diprint di atas kertas kanvas. Aku menolong membakar sate. 1000 cucuk. Panas muka.
Adib dapat berjumpa dengan sepupunya, Harith. Mereka berdua sama baya. Lahir di bulan yang sama.
26.10.2006
Pagi, bersiap siap untuk ke Kuala Pilah. Sedih juga hendak tinggalkan atuk. Tapi keadaannya pagi itu nampak ok. On the way balik, permintaan Bonda, kami singgah semula di Ayer Hitam. Sampai Kuala Pilah lewat petang.

27.10.2006
Pagi, bersiap siap untuk pulang ke KL. Tayar pancit. Tertanam paku. Singgah di kedai tayar untuk tujuan tampalan. Singgah di Juaseh pula rumah Mak Long. Dan terus ke KL.

Kami singgah di Nilai 3. Macam Macam ada. Kereta control, punyalah murah! Aku akan datang lagi. Bonda dan Queen, kemaruk tengok harga kain murah murah.

Kami makan di Marrybrown.

28.10.2996
Pukul 10 pagi terima sms dari Bonda "Atuk masuk hospital." Mulanya aku tak ada rasa apa apa, yalah, memang resam orang sakit, akan berulang alik ke hospital. Tidak tahu keadaan Atuk samada tenat atau sebaliknya.

Pukul 11 Adib tido.

Pukul 12 dengan tidak semena mena, Adib terjaga dan menangis dengan kuat. Azamat. Aku pujuk. dukung dia. Bawak jalan ke luar rumah. Lama baru dia reda. Tinggal sengguk sengguk kecil. Pertama kali dia macam ini. Aku tak sedap hati.

Pukul 13.30 terima satu sms. Dengan terdengar sahaja bunyi sms itu, hati aku secara tiba tiba berkata "Atuk dah meninggal". Sms dari Bonda, "Atuk dah meninggal." Aku terkejut. Aku beritahu Queen. Aku terus hubungi Bonda dan terus merangcang untuk ke Johor. Namun aku tak larat nak memandu dan kami putus mahu naik bas sahaja.

Pukul 17.00, di puduraya. Kami tiba di Johor oukul 20.40. Atuk selamat dikebumikan pada pukul 16.50.

29.10.2006
Salasilah keluarga digantungkan ke atas dinding.

Kami balik Kl pukul 1330. Ayahanda tinggal, ada beberapa urusan yang perlu diuruskan.

Selamat tiba di KL pukul 1710.

Al Fatihah untuk Atuk Yaacb bin Abu Bakar. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
P/s : Seharusnya ada beberapa keping gambar yang aku ingin tempelkan di blog ini. Tapi apa halnya ntah satu je boleh. Yang lain semua tak boleh. So yang lain tu korang layan kat Flickr je lah ek!

Saturday, October 21, 2006

Raya! Raya!

Alamak ei! Sekali salah ukur daa!

Adib berpesan :
- Salam Aidilfitri.
- Zakat dah bayar belum?
- Narayuda dah tempah belum?
- Touch N Go dah top up ke belum?
- Jumpa korang di gathering GJ nanti, yuran dah bayar ke belum?

Ha ha ha.

Friday, October 20, 2006

Raya!


Assalammualaikum.

Kingbinjai, Queen dan Adib, dengan ini ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri buat semua bloggers terutama yang selalu singgah ke blog aku ini. Dengan ini juga aku serendah hati ingin memohon ampun di atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan baik dari segi komen, cara penyampaian dan taipan atau juga coretan sajak yang pernah menyinggung mana mana pihak. Untuk geng Narayuda, tahniah di atas kemunculan edisi Narayuda yang pertama. Selamat maju jaya!

Tahniah juga aku ucapkan kepada kalian yang berpuasa penuh dan melakukan terawih setiap malam. Semoga amalan kau orang diberkati dan semoga doa kalian dimakbulkan. Salam aidilfitri dari aku. Buat yang tidak berpuasa secara sengaja, malah berbangga pula tu dengan menunjuk nunjuk. Tidak merasa takut kerana tidak berpuasa. Tidak menghormati orang yang berpuasa. Untuk kalian yang berfikiran dengkel ini, aku ucapkan Happy Deepavali.

Buat pengunjung setia blog ini aku tidak mampu untuk melawat setiap blog yang ada untuk menyampai kan salam aidilfitri, maka di sini sahajalah aku coretkan semua. Terima kasih setinggi tingginya kerana sudi melawat dan memberi komen di blog ini. Berhati hati di jalanraya. semoga Allah merahmati, melindungi dan memurahkan rejeki kalian. Amin.

Akhir kata dari aku, beli ler, tu, Narayuda tu dah terbit dah tu.

Thursday, October 19, 2006

Keras

Sedang leka dengan kerja. Biasalah, bila kau melakukan kerja membaik pulih, keasyikan bekerja itu memang lain. Walaupun aku menhadapi sedikit kesukaran yakni membaik pulih tanpa sebarang buku pandu (manual book), ia tidak mematahkan semangat malah ia memberi satu cabaran dalam situasi situasi tertentu.

Kelekaan yang aku rasai, sedikit sebanyak mengurangkan perhatian aku kepada kelaparan dan kemengantukan yang dirasai. Yalah, tengah puasalah katakan. Sedang dalam keasyikan itu, tiba tiba,

"isk. Isk. Isk." satu ancaman berlaku. Aku kaget. Dalam keadaan spontan dalam kegelabahan itu, berlaku tindakan refleks. Yang memberi arahan kepada tangan utnuk bergerak menghala ke atas. Kesemua jari dikatup kecuali jari telunjuk. Dan seraya itu otak mula membantah.

"oi, oi, kan puasa ni!" alamak! Detik hati aku. Macam mana ni? Kekerasan itu makin menambahkan ketidakselesaan.

Tindakan refleks yang berlaku apabila dalam hidung terlekat najis hidung yang sudah kering terhenti serta merta. Aku menghembus hembus beberapa kali. Mengembang kuncup kan hidung beberapa yang setiap kali mengembang memberi sedikit keperitan. Segala usaha dilakukan tanpa menjolok jari telunjuk ke dalam hidung di lakukan. Berjaya juga akhirnya.

Fuh...

Azan Maghrib. Berbuka, aku korek hidung puas puas. Ambik kau! Hem!

Wednesday, October 18, 2006

Propeller Berpusing - Bahagian Dua

Iklan kongsi raya.

Umum juga tahu, sejak 7 tahun lalu (betulkan jika salah), perkataan dan konsep kongsi raya yang datang dari fahaman sosialisme dan sekulerisme ini makin utuh kedudukannya. Sedang kita semua tahu, satu satunya agama di sisi Allah adalah agama Islam. Betul? Betullah tu. Jadi, dalam iklan ini yang memaparkan kepelbagaiaan perayaan agama yang di sambut secara serentak atau berkongsi ini, secara luarannya cuba menampakkan keharmoniaan dan kemuhibahan masyarakat di Malaya.

Nah, di sini nampak betullah konsep yang cuba di bawa, tetapi cuba kupas lebih dalam lagi, dengan bersetuju dengan konsep tersebut, secara tak langsung akidah kita akan tercalar. Ini kerana bersetuju dengan ia maka kita bersetuju wujudnya agama lain selain Islam secara sah. Sedangkan satu satunya agama untuk umat manusia adalah Islam, tiada agama lain.

Lihat, betapa bahayanya perkara ini. Kajilah, berapa ramai rakyat Islam Malaya yang sambut perayaan krismas. Redha dengan perkara ini bermakna engkau bersetuju kebenaran agama lain yang sesuai untuk manusia selain Islam, dan kesaksamaan antara semua gama di dunia. Mana mungkin begitu kan? Mana mungkin setitik nila boleh sebalang dengan susu?

Tuesday, October 17, 2006

Datang Lagi Ya Ramadhan!

Sudah sampai ke penghujung Ramadhan. Cepat kan? Masa berlalu.

Sudah sampai waktu kau pulang ya, Ramadhan?
kenyangkah kau dengan hidangan puasa kami?
mahu kah ditambah lagi?
ambillah terawih ini buat bekalan
juga sunat taubah dan tadarrus
yang ini juga hajat dan tahajjud

sampaikan salam rindu
buat rasulullah junjungan
moga diberi syafaatnya nanti
di satu masa panjang tiada terperi

serahkan permohonan ini
kepada Al Afu
semoga di ampun dosa dosa
kami yang menzalimi diri sendiri

berikan kepada dia Ar Rahman
rintihan kami ini
atas sifat kasih sayangNya
terbela iraq, palestin dan afganistan

bisikkan kalimah kami ini
ya ramadhan kepada dia Al Mujib
moga moga diperkenankaNnya
memberi lapang untuk kami mencintaiNya

tunas tunas iman kan sentiasa bercambah
datang lagi ya Ramadhan
akan semuanya berbuah lebat
tahun depan insyaAllah

Iklan (Entri Terbaru Berada DI Bawah Harap Maklum)

Lahirnya ini bukan pencetus revolusi. Bukan letusan ide. Bukan letupan amarah. Tetapi lahirnya ini, untuk menambah rasa gejolak resah, penambah sekam untuk bara, satu lagi suis keamanan. Kita berperang hari hari, dengan asap, bunyi, bau, gas, tulisan, suara dan jalur optik kaca. - kingbinjai

Narayuda bilangan 1/edisi rayapuasa bakal terbit. Sudah boleh membuat tempahan dari sekarang! Untuk tujuan penempahan sila hubungi :

kingbinjai : kingbinjai@gmail.com
(Sila nyatakan nama, alamat, nombor telefon dan cara pembelian yang dikehendaki)

Cara Pembelian :

1. Serahan tangan dan pos biasa : RM5.00
2. Pos ekspress : RM5 + RM2
3. Luar negara : RM5 + ikut kadar negara tersebut.

Ya! Ya! Belilah tanda sokongan anda kepada kami. Dan sokongan dalam memantap dan memeriahkan dunia penulisan melayu yang amat kurang ini. Sebarang kekurangan bolehlah dikemukan di blog rasmi : narayuda.blogspot.com dan kami akan perbaikinya nanti pada edisi ke 2 dan seterusnya. Ingat! dapatkan yang asli! Cepat! Cepat! Cetakan amat terhad! Siapa dapat memilikinya pasti menjadi kegilaan ramai!

Monday, October 16, 2006

Propeller Berpusing – Bahagian Satu

Propaganda adalah satu perkara yang tidak asing lagi dalam dunia hari ini. Baik sekulerisme, liberisme, globalisme, komunisme atau apa apa fahaman yang dicipta oleh manusia, propaganda adalah satu faktor menyumbang kepada kejayaan politik fahaman tersebut.

Percaya atau tidak, propaganda yang melanda kita amat jelas dan boleh dilihat di merata rata tempat, dan yang paling ketara sekali adalah di kaca televisyen anda. Ya! Ya! Aku maksudkan iklan yang dipaparkan kepada kita, dan paling bahaya, ia di paparkan untuk tatapan anak anak kita.

Iklan syampoo, pencuci muka dan kosmetik.
Boleh dikatakan iklan jenis adalah yang paling kerap keluar di kaca tv kita. Fahaman yang dibawa oleh iklan ini adalah sikap individualisme dan materialistik. Yakni, individu perlu mengutamakan kecantikan luaran. Cuba perhatikan, rata rata, konsep iklannya sama. Di mana jika kau tidak kelihatan cantik, maka sukarlah untuk mendapat pasangan hidup dan sekaligus akan menjadi adartu. Suntikan halus ini bertentangan dengan konsep Islam yang menggalakkan kita mencari pasangan hidup berteraskan keimanan bukan kecantikan luaran semata mata. Kita ambil contoh sebuah iklan, yang berlakon di dalamnya adalah seorang model wanita bertudung dengan seorang lelaki. Mereka di kantin, saling pandang berpandangan, sampai ke perpustakaan, hingga mendatangkan perasan cinta di hati mereka. Kalau dikupas, apa kena mengena memakai tudung dengan iklan syampoo?
Selain untuk membuktikan syampoo itu baik untuk rambut yang bertutup apakah perlu sehingga memaparkan adegan yang sedemikian? Adegan itu jika diperhati secara teliti mengambarkan kehidupan para siswa dan siswi kita, yang menggunakan perpustakaan bukan setakat untuk belajar, tetapi bermain cinta. Ia juga menerapkan satu fahaman secara halus iaitu, bertudung adalah satu fesyen. Lama kelamaan, memakai tudung akan dianggap fesyen untuk kelihatan cantik dan bukan kerana tuntutan agama.

Iklan minyak petrol
Umum tahu, bahawasanya, minyak yang dikeluarkan syarikat ini tidak beberapa bagus sangat berbanding yang berjenama kulit kerang. Dan aku sangat terpanggil untuk mengulas iklan ini yang aku rasa, propaganda yang dipaparkan amat hebat, jauh dengan kualiti minyak yang didagangkan. Ops, sebelum itu, aku mahu menegaskan aku telah mencuba minyak tersebut, selama 3 bulan. Tiadalah apa bezanya seperti yang diwar warkan oleh pengguna pengguna yang keluar dalam iklan terbabit. Kualitinya amat jauh berbeza dengan yang berjenama kulit kerang itu, yang di mana kau boleh merasai kelainannya serta merta. Perlu aku tegaskan, aku mencuba minyak terbabit bukan kerana terpengaruh dengan propaganda mereka, tetapi kerana ianya adalah stesen minyak yang pertama aku jumpa selepas aku keluar rumah setiap kali ke pejabat. Itu saja.
Baiklah! Baiklah! Aku ingin menyentuh iklan pertama syarikat ini yang sedang mempromosikan jenama minyak terbaru mereka. Di dalam iklan tersebut, dipaparkan sebuah biji kereta berjenama BMW yang menggunakan minyak tersebut. Dan hasilnya mengagumkan. Pecutannya menjadi luar biasa sekali. Sebelum kau orang mengalir air liur kekaguman cuba fikir, kereta terbabit, adalah kereta berjenama BMW. Yang mottonya adalah “The Ultimate Car”. Jadi bubuhlah minyak jenama apapun kereta tersebut dah memang sedia laju. Persoalan yang aku ingin cuba terapkan kenapa tidak menggunakan kereta nasional yang menjadi kebanggaan puak kau orang di dalam iklan terbabit? Ketidak menggunakan kenderaan nasional itu menjadi bukti bahawa kau orang sendiri tidak yakin dengan produk yang di keluarkan. Jika kau orang sendiri dah tak yakin dengan produk bumi sendiri, apatah lagi kami pengguna? Jadi, jangan melentinglah bila kami memandang jengkel kepada produk tersebut, yang sudah bertapak lebih dari 10 tahun namun masalah power window pun tak pernah ada penyelesaian. Keluar produk baru masalah yang sama juga timbul.

bersambung...

Friday, October 13, 2006

Puisi Raja Madah Permaisuri

Ehem. Ehem. kingbinjai sedang membetulkan tekaknya. Ehem.

Lama kau orang menunggu? Hehehehe. Baiklah. baiklah. Hari ini, 13.10.2006. Betul? Betullah tu.

"Bu, happy besday." aku.

"Ermm. tq." Queen.

Ya! Ya! Hari ini adalah hari jadi Queen. Sempena itu, aku mengucapkan selamat hari lahir kepada dia, Queen, adindaku yang tersayang. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Di kesempatan ini juga, terimalah puisi di bawah sebagai hadiah maya dari kanda, Kingbinjai suamimu. Semoga cinta kita sentiasa mekar insyaAllah.

Puisi Raja Madah Permaisuri
halim tutur bicara
mewawansabda kita
habis habis duka
hingga luntur resumnya
halus halus sudah renungan
pada kita,
laksana tiada sempurna lagi

akan datang nanti, kah?
bulan jatuh ke riba
hingga tiada tertadah cahaya
seemas madu seemas senja
bagai melur bagai melati
semerbak hingga ilu terincit
duduk pula bersemayam
si jah, sumurung

yojana berbatu batu
jauhnya sekerdip bintang
tatap bulan di wajah jelas
biar unguh rasa di jiwa
tetap mekar muda berbunga
cinta kita,
dari angkasa hingga ke jagatraya

Thursday, October 12, 2006

Menunggu

Esok...

Wednesday, October 11, 2006

Daulat Tuanku!

Hari ini. Hari Rabu. Betul? Betullah tu.

"Bi, happy besday." Queen.

"Terima kasih :)" aku.

"Bi nak apa?" Queen.

"Ermm malam ni nak 2 round." aku. Mata bulat, bersinar sinar. Penuh pengharapan.

"Amboi! Lain pulak yang dijawabnya. Hi hi hi hi."Queen.

Ya! Ya! Hari ini harijadi aku. Yang ke 31, dalam kurungan, masih muda lagi ehem. Jadi berilah ucapan selamat kalian kepada Raja yang satu ini. Kau orang semuakan berhati mulia dan baik hati belaka, jadi apa lah sangat ucapan ucapan selamat tu kan? Semoga Allah memberkati kalian semua.

P/s : Al-Fatihah untuk Pokcik 'Macam macam ada' yang telah meninggal dunia semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dan untuk Noor Jam, tahun depan cuba lagi! Ahaks.


Tuesday, October 10, 2006

Sepinggan Roti Dan Secawan Kopi Politik

sepinggan roti
berinti kaya dan mentega masyarakat
disaji atas pinggan politik
untuk dibaham si perut buncit
gelojoh kerakusan
serpihan serpihan roti yang bertaburan
adalah suara suara kita

secawan kopi politik
bersudukan emas media
mengacau taburan gula gula janji
biar sebati
biar pahit manis berganti
buat sajian anak anak muda
harapan sejarah

sepinggan roti
dan secawan kopi politik
diharap dapat membeli merdeka
diharap dapat menghalalkan cara
menjual maruah

sepinggan roti
dan secawan kopi politik
menjadi sajian pilihan
gantian sepinggan nasi lemak
dan secawan teh keadilan

Monday, October 09, 2006

Berkawan

Katakanlah (katakanlah, katakanlah) ehem.

Katakanlah, kau mempunyai seorang sahabat. Walaupun tidaklah dikatakan kawan rapat, atau sahabat baik, namun kau kenal dia dan kau mengiktiraf dia sebagai kawan. Walaupun kau tahu kawan kau itu sedikit cibeng perangai dia. Nak tahu apa itu cibeng, sila klik sini, dan baca komen komen yang tertera.

Katakanlah, pada satu hari, kawan kau yang cibeng itu, meminta pertolongan dari kau. Katanya, dia teramat susah sekarang, tidak cukup perbelanjaan. Ekonomi dia sedang gawat. Kawan kau itu mempunyai beberapa orang anak. Dan mereka baru sahaja di halau dari rumah sewa. Kawan kau itu, meminta jasa baik engkau untuk menumpang di rumah engkau sementara mencari rumah baru. Dan di atas dasar kasihan dan sahabat. Kau pun bersetuju.

Setelah mereka semua menumpang rumah engkau yang juga menjadi tempat perlindungan isteri dan anak anak engkau. Keadaan menjadi tegang. Anak anak kawan kau itu mula membuat hal. Menghisap rokok dengan keterlaluan hinggakan anak anak dan isteri kau serik sesak nafas dan asma anak engkau yang bongsu menjadi semakin kronik. Puas di nasihati namun kawan kau itu buat tidak tahu sahaja. Malah di biarkan sahaja anak anaknya melakukan sesuka hati.

Sudah lah menumpang di rumah kau, pada satu hari kejadian tidak enak pun berlaku, anak anak kawan kau itu dengan rakusnya, telah merogol isteri dan anak perempuan kau. Sudah lah itu di rompaknya wang simpanan engkau.

Lalu, apa yang kau lakukan? Sebagai manusia normal dan secara logik akalnya, kau pasti akan melawan mereka, membuat laporan polis atau mengambil tindakan sendiri. Betul? Betullah tu. Nah, sekarang cuba pula kau tukar sitiuasi cerita ini kepada realiti yang kita hadapi sekarang.

Apakah kewajaran yang perlu di ambil? Sudah berkali kali di beritahu, jangan membakar hutan. Sudah berkali kali juga dikata, jerebu yangterhasil itu tidak baik untuk kesihatan. Sudah berkali kali juga di beritahu, datang negara orang mahu mencari rejeki carilah, janganlah menjadi petualang. Berkali kali di tegaskan, Jangan monyet! Monyet, kalau mencuri makan di dusun orang, apa hukumannya? Tembak sahajalah!

Friday, October 06, 2006

Memohon Cuti (Raya)

Aku menghantar borang cuti (ya! ya! cuti raya!) kepada En. Asin. Selaku HOD.

Keluar dari pejabat dia aku terjumpa Syikin.

"Kin, kau cuti bila?" aku.

"Aku cuti dari 23 sampai..." syikin

"Bukan cuti raya la" sahut ku memotong cakap Syikin,"cuti puasa! Wahahahahaha" aku. Sambil berlalu pergi dari situ.

Sayup sayup aku terdengar Syikin mencarut. "Cibeng!"

P/s : cibeng tu apa ha?

Thursday, October 05, 2006

Jerebu Melanda

Ooo ooo jerebu pulak sekarang ni ya? Gatal gatal hidung di buatnya. Mata aku pun semalam gatal gatal. Ujian kita di bulan Ramadhan ini. Namun sekurang kurangnya taklah terik sangat matari kan?

Apsal ek? Kalimantan bakar hutan lagikah? Atau gunung berapi ada meletus? Kau rang tahu? Kalau tahu kongsilah bersama. Kalau tak tahu, buat buat lah tahu muahehhehe.
P/s : kalau kau berjalan jalan hari ini, dan terdetik di hati kalian, "oh betullah kata kingbinjai, jerebulah. Ingat kata kata aku ini, itu bukan jerebu, itu adalah asap rokok!

Tuesday, October 03, 2006

Berusaha Berpuasa

1990.

Tingakatan 2. Waktu itu, aku bukanlah macam sekarang, walau kiutnya sama. Namun aku waktu itu, sangat kurus. Lembik Lelah dan sedikit pendek. Berpuasa menjadi satu peperangan pada diri aku waktu itu. Dengan kadar metabolisma dalam tubuhku yang tinggi, aku amat cepat merasa haus dan lapar.

Dan satu hari, dalam bulan ramadhan. Aku kalah kepada nafsu. Aku menurut kata kata manisnya, mahu berbuka puasa setelah berusaha sedaya upaya untuk menahan lapar dan haus. balik dari sekolah (pagi), aku terus ke kedai runcit. Membeli sebungkus maggi untuk di masak di rumah. Ya! Ya! orang tua ku takde, dua dua bekerja. Aku menjinjing beg plastik berisi maggi tersebut.

Sampai di rumah, alangkah terkejutnya aku bila melihat emak aku berada di dalam rumah. Dia tidak bekerja hari itu. Cuti. Dan, aku kantoi.

"Ha! Buat apa beli maggi tu?" mak.

"Aaaaa, nak buat shaur nanti, malaslah nak beli petang kang, penat." aku.

Dan akibatnya aku bersahur maggi keesokan harinya yang amat tidak membantu dalam menahan lapar dan dahaga.

Itu dulu, sekarang, alah bisa tegal biasa. Walaupun gastrik. No problem!

Alhamdulillah.

Mazhab

1999.

Aku ke Singapura, kota singa. Training selama 2 minggu. Aku duduk di hotel di Jalan Newton. Setiap hari berulang dari situ ke pejabat yang terletak di Bishan. Suasana di tempat orang, biasalah, berbeza amat. Makan pun mahal.

Di pejabat tak ramai pekerja melayu. Hanya ada 2 - 3 orang sahaja. Alhamdulillah, sambutan mereka amat baik. Tengahari mereka mempelawa aku makan bersama mereka. Aku ikut sahajalah, mudah.

Sewaktu makan kami bercerita, banyak. Tentang Singapura, tentang Malaya. Hingga terlalut masuk bab pembahagian harta dalam Islam. Dalam keasyikan memberi pendapat masing masing, aku tiba tiba terlintas satu perkara,

"Eh, kat sini ikut Mazhab apa ek?" aku.

"Mazhab Lee Kwan Yu!" jawab salah seorang dari mereka, pantas.

Makan tengahri kami hari tu berulam dengan gelak ketawa.

Betul ke aku eja nama orang tua tu? Ah! peduli apa kan?!

Monday, October 02, 2006

Q, Melukis Rindu

Untuk memahami keseluruhan sajak, sila baca : bab 1, bab 2 dan bab 3. Kalau tak paham juga sila baca yang ini. Aku memberikan yang terbaik semasa menulis sajak ini. Jadi komenlah! Jangan malas!

Bab 4 :

Q, Melukis Rindu

bagaimana melukis rindu?
soal Q pada suatu petang, saat sedang elok awan membiru
saat sedang lembut angin menyapa rumput.


kenapa mahu melukis rindu?
soal ku kehairanan, lantas Q menarik hujung baju ku,
dengan tangannya memegang berus, dia merujuk pada ku
lukisannya.


ini cinta,
bagaimanakah mahu melukis rindu?

aku tersenyum, memahami perasaan hati keanakannya,
mata kesilnya memandangku penuh pengharapan.


kenapa lukis cinta begini?
kerana hati rasa begitu.


nah! kalau begitu,
boleh saja melukis rindu

bagaimana?


sepertimana melukis cinta
dengan rasa dan hati
dengan kenangan abadi
rindu juga seperti cinta
lahir dari hatimu


dan Q mula melukis, asyik penuh rasa
hingga waktu pun bagai terhenti, mendengar luahan hati seorang anak
berus di tangannya bercerita, perihal anak kecil yang menanggung beban dunia
sayunya hingga awan berubah warna


kenapa ada bintang?
itu rindu, untuk mama
bercahaya di tengah kelam, agar dia tahu
Q rindu padanya


Bulan?
itu kasih, selembut sinaranya itu
seperti hati papa...


dan hujan mulai rintik
dari awan matanya
jatuh titis demi titis
membasahi rindu dan kasih
membanjiri cinta
Q menghamburkan dukanya kepangkuanku
sekejap saja
di luar meyambung lebat hujan


aku biarkan dia menangis
walau acapkali tidak pernah ku halang

menangislah Q, sepuas hatimu
airmata itu bakal menjadi tembok, lambang ketabahanmu
menangislah sementara kecil ini
remaja nanti kan ku ajar kau menangis melalui senyuman
tirai kepada kedukaan.

P/s : jadilah pemandu yang berhemah.