Friday, September 29, 2006

Q, Bawakan Ia Kepadaku

Q, bawakan ia kepada ku
ya, cinta itu
Q, berlari lari anak
sambil mengendong cintanya
tubuhnya yang kecil
kemudiannya duduk di sebelahku

biarku lihat apa kurangnya
jika pudar mari kita gilap
moga bersinar seperti bintang

seperti itu?
tanya Q sambil jari kecilnya
menunjuk kepada bintang yang bertaburan
di pekat malam
ya, kata ku
biar bersinar seperti kasih
seperti rindu
seperti kunang kunang
di telapak tangan

Jika tiada kasih dan rindu?
tanya Q
mampukah ia bersinar, cinta itu?

ya, kataku
sambil mengilap
asalkan di hatimu ada
asal di jiwamu percaya
asal tiada berputus asa

nah! lihat, sudah bersinar

Q girang
dia memeluk cintanya yang bergemerlapan
di lambung sambut cintanya berulang kali
sambil tertawa riang

aku tersenyum melihat gelagatnya
dan hati ku berkata
perjalananmu masih jauh Q
senyumlah jika ada payah
itu kunci kepada bahagia
jangan duduk beralas duka
jangan berdiri di anjung derita
berlarilah ke kaki pelangi
berserah dan berdoa
cinta untukmu sentiasa ada

13 Bangsawan Menatang Sembah:

ND said...

Siapakah Q itu?..hehe

kingbinjai said...

hehehehe

INDERA KENCANA said...

Huuiii..respek..respek..
Tak pandai aku nak berpuisi-puisi nih..
Raya balik mana..?? Kampung Q..??

kingbinjai said...

hahaha

Lan Rambai said...

Kirim salam dgn Q.

amanitium said...

Q untuk queen ke? ke queserasera? ke untuk esis? haha.

kingbinjai said...

lan : wohohohoho

amanitium : esis??? dude, gua bukan gay! hohohohoho dalam bab ke 4 nanti kau tahula sapa Q muehehehehe

arianna adrizal said...

king,
wahh!! kagum. *tepuk2* rs nk terkeluar airmata pulak bc tu. hehe :P ho, berteka-teki yea.. :)

kingbinjai said...

wohohoho mana ada berteka teki hohoho

BooK said...

q = queen
bohemian rhapsody
la la la la la

kingbinjai said...

book : teka lagi wohohoho

bunga rampai said...

Cantik! Saya suka :)
Teruskan ...
Salam.

kingbinjai said...

saya pun