Monday, October 09, 2006

Berkawan

Katakanlah (katakanlah, katakanlah) ehem.

Katakanlah, kau mempunyai seorang sahabat. Walaupun tidaklah dikatakan kawan rapat, atau sahabat baik, namun kau kenal dia dan kau mengiktiraf dia sebagai kawan. Walaupun kau tahu kawan kau itu sedikit cibeng perangai dia. Nak tahu apa itu cibeng, sila klik sini, dan baca komen komen yang tertera.

Katakanlah, pada satu hari, kawan kau yang cibeng itu, meminta pertolongan dari kau. Katanya, dia teramat susah sekarang, tidak cukup perbelanjaan. Ekonomi dia sedang gawat. Kawan kau itu mempunyai beberapa orang anak. Dan mereka baru sahaja di halau dari rumah sewa. Kawan kau itu, meminta jasa baik engkau untuk menumpang di rumah engkau sementara mencari rumah baru. Dan di atas dasar kasihan dan sahabat. Kau pun bersetuju.

Setelah mereka semua menumpang rumah engkau yang juga menjadi tempat perlindungan isteri dan anak anak engkau. Keadaan menjadi tegang. Anak anak kawan kau itu mula membuat hal. Menghisap rokok dengan keterlaluan hinggakan anak anak dan isteri kau serik sesak nafas dan asma anak engkau yang bongsu menjadi semakin kronik. Puas di nasihati namun kawan kau itu buat tidak tahu sahaja. Malah di biarkan sahaja anak anaknya melakukan sesuka hati.

Sudah lah menumpang di rumah kau, pada satu hari kejadian tidak enak pun berlaku, anak anak kawan kau itu dengan rakusnya, telah merogol isteri dan anak perempuan kau. Sudah lah itu di rompaknya wang simpanan engkau.

Lalu, apa yang kau lakukan? Sebagai manusia normal dan secara logik akalnya, kau pasti akan melawan mereka, membuat laporan polis atau mengambil tindakan sendiri. Betul? Betullah tu. Nah, sekarang cuba pula kau tukar sitiuasi cerita ini kepada realiti yang kita hadapi sekarang.

Apakah kewajaran yang perlu di ambil? Sudah berkali kali di beritahu, jangan membakar hutan. Sudah berkali kali juga dikata, jerebu yangterhasil itu tidak baik untuk kesihatan. Sudah berkali kali juga di beritahu, datang negara orang mahu mencari rejeki carilah, janganlah menjadi petualang. Berkali kali di tegaskan, Jangan monyet! Monyet, kalau mencuri makan di dusun orang, apa hukumannya? Tembak sahajalah!

26 Bangsawan Menatang Sembah:

Akima Akatoman said...

Simpati, ada masanya menyusahkan diri.

INDERA KENCANA said...

Bawak saja kes ini ke Tribunal Antarabangsa, hehehehe..

fiq said...

aku dah batok da ni..gatal je tekak. dah la dalam bulan pose. xle ada tindakan langsung ke kat depa ni

Amanitium Cho said...

sadis perlambangan kau ni. tiba-tiba aku daripada marah sedikit jadi marah banyak terhadap mereka.

p/s: check blog nara, ada pic kita kat chao praya.

kingbinjai said...

aki : betul

indera :kita berani, mereka?

fig : masing masing bacul

aman : yeke? bila plak amik gambar?

Aku Bukan Bidadari said...

Tidak ada kawan sejati yang ada hanya kepentingan...

Pancung sahaja mereka2..sudahlah mengorek emas di negara kita..sekarang mencemar pulak udara yang kita sedut.. yang dipinjam tuhan utk semua manusia

Unknown said...

kalau dia tumpang rumah aku, aku suruh je dia "get out!!!" tapi kalau yg satu lagi tu, aku boleh kata apa ye...

kingbinjai said...

akubukanbidadari : uiks, garangnya

sikenit : katakan tidak!

13may said...

nak wat camna..perangai org Cibeng memang camni....

ZaKiN said...

huhuhu... penyakit org menumpang mmg macam tue... lupa diri dan tak tau menilai kebaikan org lain. kalo aku abaikan saja.. hehe..

Rie said...

tuan rumah terlalu baik hati. sentiasa bersangka baik. suka berkawan. suka membantu. rela berkongsi. takut bertindak. tak yakin diri.

dan semua sifat sifat mulia

el-Maaniq said...

tak semua tetamu begitu.
tak semua tuan rumah begitu.

tapi?

kingbinjai said...

13may : ha ha

maniq : kalau dah depan mata susah juga nak abaikan

esis : dan bacul

el : tapi?

arianna adrizal said...

king,
serupa si bapa merogol anak si ibu diamkan saja.

cubalah negara yg satu lg itu yg membakar.. 5 saat saja pasti riuh satu kabinet.

tah hape-hape.

blackpurple @ jowopinter said...

Orang memberi kita merasa..tapi kalau memberi tuba, tembak sahaja...!

kingbinjai said...

anne : ya! ya!

bp : ha ha ko ganas!

Literature Sushi said...

cibeng bakar sampah kat laman rumah dia... cuma asapnya yang sampai ke dalam rumah kita... camna kita nak buat panggil bomba? tak payah, bomba sibuk bergaduh dengan polis pasal isu siapa yang lebih terrer padam api, sampai cinabeng yang satu lagi gelak besar sambil bakar rumah-rumah bomba & polis serta rakyat jelata...

Sekian terima kasih :)

kingbinjai said...

sama sama. lain kali datang lagi.

BooK said...

jerubu teruk ka binjai?

Lan Rambai said...

Bila kita pula mungkin jadik macam dorang.. kita pula akan digelar cibeng hahaha

MDM FARAH FAIZURA said...

ada,

merka menumpang di rumah aku,

bedanya,

aku pastikan mereka itu hanya yang terpilih,

aku hanya menyediakan bilik, air juga letrik.

yang lain seprti makanan juga pakaian, mereka urusin sendiri.

...

lagi satu,
pastikan mereka punya pasport,
juga solatnya ngak culas

..

kingbinjai said...

book : teruk juga

lan : mungkin juga brengset! ha ha ha

dingin : waduh bagus bangat kamu

Ungku Nor said...

Bila undang-undang hanya cantik di atas kertas..

Bunga Rampai said...

Berbudi bahasa ada batasnya. Berbaik sangka ada sempadannya.
Kalau dah perangai macam monyet, berakal tak bertempat, ya... tumbangkan saja!

kingbinjai said...

ungku : kalau cantik.

bunga rampai : ooo ooo tun teja!

bluecherry @ fai said...

Apa nak buat.. apa nak buat?
[sambil garu dagu yg tak gatal]