Tuesday, October 17, 2006

Datang Lagi Ya Ramadhan!

Sudah sampai ke penghujung Ramadhan. Cepat kan? Masa berlalu.

Sudah sampai waktu kau pulang ya, Ramadhan?
kenyangkah kau dengan hidangan puasa kami?
mahu kah ditambah lagi?
ambillah terawih ini buat bekalan
juga sunat taubah dan tadarrus
yang ini juga hajat dan tahajjud

sampaikan salam rindu
buat rasulullah junjungan
moga diberi syafaatnya nanti
di satu masa panjang tiada terperi

serahkan permohonan ini
kepada Al Afu
semoga di ampun dosa dosa
kami yang menzalimi diri sendiri

berikan kepada dia Ar Rahman
rintihan kami ini
atas sifat kasih sayangNya
terbela iraq, palestin dan afganistan

bisikkan kalimah kami ini
ya ramadhan kepada dia Al Mujib
moga moga diperkenankaNnya
memberi lapang untuk kami mencintaiNya

tunas tunas iman kan sentiasa bercambah
datang lagi ya Ramadhan
akan semuanya berbuah lebat
tahun depan insyaAllah

14 Bangsawan Menatang Sembah:

Ungku Nor said...

terdiam sekejap..:((

arianna adrizal said...

hmm.. pg td penyampai radio beritahu tgl 6 hari lg berpuasa. bkn tak tahu tp bla diberitahu rs lain. jika ms boleh diputar...

Lan Rambai said...

minggu depan time camni tengah makan ketupat buat kali ketiga lah kot...

kingbinjai said...

ungku : :)

anne : sayang tidak boleh kan?

lan : yea kot.

Amanitium Cho said...

masa umur kau 32 tahun, baru kau jumpa balik encik ramadhan ni.

Bunga Rampai said...

Salam,
Baca. Diam.

"ujian Allah beri pada orang-orang yang beriman"...ungkapanmu ini di blog 13may saya kutip bawa ke sini. Terima kasih mengungkapnya. Tersirat makna yang sukar diungkap, namun matahati merasa.

fiq said...

datang lagi ya ramdhan,
datang lagi ye~~

INDERA KENCANA said...

Dia akan datang lagi Insya-Allah. Cuma kita belum tentu bertemu dengannya lagi...

13may said...

InsyaALLAH..semoga kita bertemu lagi ya Ramadhan...

kingbinjai said...

amanitium : ya

bunga rampa i: saya pula terdiam

fig : heh

indera & 13may : insyaAllah

tuan tanah said...

saya suka puisi ini.

kingbinjai said...

terima kasih

Unknown said...

semoga ada lagi ramadhan untuk kita.

kingbinjai said...

insyaAllah