Thursday, October 19, 2006

Keras

Sedang leka dengan kerja. Biasalah, bila kau melakukan kerja membaik pulih, keasyikan bekerja itu memang lain. Walaupun aku menhadapi sedikit kesukaran yakni membaik pulih tanpa sebarang buku pandu (manual book), ia tidak mematahkan semangat malah ia memberi satu cabaran dalam situasi situasi tertentu.

Kelekaan yang aku rasai, sedikit sebanyak mengurangkan perhatian aku kepada kelaparan dan kemengantukan yang dirasai. Yalah, tengah puasalah katakan. Sedang dalam keasyikan itu, tiba tiba,

"isk. Isk. Isk." satu ancaman berlaku. Aku kaget. Dalam keadaan spontan dalam kegelabahan itu, berlaku tindakan refleks. Yang memberi arahan kepada tangan utnuk bergerak menghala ke atas. Kesemua jari dikatup kecuali jari telunjuk. Dan seraya itu otak mula membantah.

"oi, oi, kan puasa ni!" alamak! Detik hati aku. Macam mana ni? Kekerasan itu makin menambahkan ketidakselesaan.

Tindakan refleks yang berlaku apabila dalam hidung terlekat najis hidung yang sudah kering terhenti serta merta. Aku menghembus hembus beberapa kali. Mengembang kuncup kan hidung beberapa yang setiap kali mengembang memberi sedikit keperitan. Segala usaha dilakukan tanpa menjolok jari telunjuk ke dalam hidung di lakukan. Berjaya juga akhirnya.

Fuh...

Azan Maghrib. Berbuka, aku korek hidung puas puas. Ambik kau! Hem!

22 Bangsawan Menatang Sembah:

tumismenumis said...

Ceh!

Kan ker korek hidung ni pun satu nikmat. Cuba kalau tuhan tarik nikmat korek hidung eek.

INDERA KENCANA said...

Laa.. citer pasal korek idung rupanya. Aku ingat apa ke tadi..

kingbinjai said...

ha ha ha

Ungku Nor said...

Hehehe,memang seksa ek King?
Takpe, tu ler antara dugaan Ramadhan.

kingbinjai said...

iya! takpe bukan selalu kan?

Anonymous said...

tips kurangkan tahi hidung: tahan napas. haha!

bluecherry @ fai said...

King, gamaknya macam sebulan ko tak korek idung... he he, geliii..

Jarri said...

gosok-gosok atas hidung pun xjalan ke?
selamat hari raya king. malam ni dah nak balik kampung. minta halal sume ye.

Unknown said...

kenapa susah sangat nak masuk blog ni ye... femes sangat nih.. haha :D

isen ni.. nak gelak je... haha :D

kingbinjai said...

gt : haha

blue : ha ha mana ada!

jarri : sakit siot! ok sama la selamat hari raya

sikenit : yeke susah? patutla sunyi je blog ni

ontahsapo said...

kesian hidung kau....

13may said...

tahniah berjaya membuang taik hidung tanpa menggunakan jari:D...hahahaha...

kingbinjai said...

os : lama menghilang

13may : tq tq haha

Kemat said...

kalau suruh kawan korekkan batal tak..hahhaah

aeyjay said...

berapa kilo yg berjaya dikeluarkan en king? hahaha

kingbinjai said...

kemat & aeyjay : pandaila korang ha ha ha

Aku Bukan Bidadari said...

apsal saya selamba jer korek idung ni..huhu bestnyaaa

ohh lupa saya sudah raya!

selamat hari raya incik king dan puan queen..

MDM FARAH FAIZURA said...

selsema eh

Bunga Rampai said...

Tiba-tiba saya bersin selepas membaca entri ini :D
Salam.

BooK said...

korek hidung batal puasa?
huh!

kingbinjai said...

abb : ceh!

dingin : mana tahu? terer!

bunga rampai : tisu! tisu!

book : huh!

oDJa said...

hehehee...