Monday, October 16, 2006

Propeller Berpusing – Bahagian Satu

Propaganda adalah satu perkara yang tidak asing lagi dalam dunia hari ini. Baik sekulerisme, liberisme, globalisme, komunisme atau apa apa fahaman yang dicipta oleh manusia, propaganda adalah satu faktor menyumbang kepada kejayaan politik fahaman tersebut.

Percaya atau tidak, propaganda yang melanda kita amat jelas dan boleh dilihat di merata rata tempat, dan yang paling ketara sekali adalah di kaca televisyen anda. Ya! Ya! Aku maksudkan iklan yang dipaparkan kepada kita, dan paling bahaya, ia di paparkan untuk tatapan anak anak kita.

Iklan syampoo, pencuci muka dan kosmetik.
Boleh dikatakan iklan jenis adalah yang paling kerap keluar di kaca tv kita. Fahaman yang dibawa oleh iklan ini adalah sikap individualisme dan materialistik. Yakni, individu perlu mengutamakan kecantikan luaran. Cuba perhatikan, rata rata, konsep iklannya sama. Di mana jika kau tidak kelihatan cantik, maka sukarlah untuk mendapat pasangan hidup dan sekaligus akan menjadi adartu. Suntikan halus ini bertentangan dengan konsep Islam yang menggalakkan kita mencari pasangan hidup berteraskan keimanan bukan kecantikan luaran semata mata. Kita ambil contoh sebuah iklan, yang berlakon di dalamnya adalah seorang model wanita bertudung dengan seorang lelaki. Mereka di kantin, saling pandang berpandangan, sampai ke perpustakaan, hingga mendatangkan perasan cinta di hati mereka. Kalau dikupas, apa kena mengena memakai tudung dengan iklan syampoo?
Selain untuk membuktikan syampoo itu baik untuk rambut yang bertutup apakah perlu sehingga memaparkan adegan yang sedemikian? Adegan itu jika diperhati secara teliti mengambarkan kehidupan para siswa dan siswi kita, yang menggunakan perpustakaan bukan setakat untuk belajar, tetapi bermain cinta. Ia juga menerapkan satu fahaman secara halus iaitu, bertudung adalah satu fesyen. Lama kelamaan, memakai tudung akan dianggap fesyen untuk kelihatan cantik dan bukan kerana tuntutan agama.

Iklan minyak petrol
Umum tahu, bahawasanya, minyak yang dikeluarkan syarikat ini tidak beberapa bagus sangat berbanding yang berjenama kulit kerang. Dan aku sangat terpanggil untuk mengulas iklan ini yang aku rasa, propaganda yang dipaparkan amat hebat, jauh dengan kualiti minyak yang didagangkan. Ops, sebelum itu, aku mahu menegaskan aku telah mencuba minyak tersebut, selama 3 bulan. Tiadalah apa bezanya seperti yang diwar warkan oleh pengguna pengguna yang keluar dalam iklan terbabit. Kualitinya amat jauh berbeza dengan yang berjenama kulit kerang itu, yang di mana kau boleh merasai kelainannya serta merta. Perlu aku tegaskan, aku mencuba minyak terbabit bukan kerana terpengaruh dengan propaganda mereka, tetapi kerana ianya adalah stesen minyak yang pertama aku jumpa selepas aku keluar rumah setiap kali ke pejabat. Itu saja.
Baiklah! Baiklah! Aku ingin menyentuh iklan pertama syarikat ini yang sedang mempromosikan jenama minyak terbaru mereka. Di dalam iklan tersebut, dipaparkan sebuah biji kereta berjenama BMW yang menggunakan minyak tersebut. Dan hasilnya mengagumkan. Pecutannya menjadi luar biasa sekali. Sebelum kau orang mengalir air liur kekaguman cuba fikir, kereta terbabit, adalah kereta berjenama BMW. Yang mottonya adalah “The Ultimate Car”. Jadi bubuhlah minyak jenama apapun kereta tersebut dah memang sedia laju. Persoalan yang aku ingin cuba terapkan kenapa tidak menggunakan kereta nasional yang menjadi kebanggaan puak kau orang di dalam iklan terbabit? Ketidak menggunakan kenderaan nasional itu menjadi bukti bahawa kau orang sendiri tidak yakin dengan produk yang di keluarkan. Jika kau orang sendiri dah tak yakin dengan produk bumi sendiri, apatah lagi kami pengguna? Jadi, jangan melentinglah bila kami memandang jengkel kepada produk tersebut, yang sudah bertapak lebih dari 10 tahun namun masalah power window pun tak pernah ada penyelesaian. Keluar produk baru masalah yang sama juga timbul.

bersambung...

11 Bangsawan Menatang Sembah:

BooK said...

wahaha. buat review iklan ni bang.
nanti-nanti cerita la pasal iklan kad kredit. iklan makanan segera. dan ntah apa-apa iklan lagi.

menonton iklan dengan ayah aku adalah sangat tak best. ada je dia komplen. betul jugak tu.

INDERA KENCANA said...

Biasalah manusia, suka cakap lain, buatnya lain.

Bunga Rampai said...

Pembuka minda. Teruskan. Saya baca.
Salam.

kingbinjai said...

book : ha ha aku boleh bayangkan.

indera : biasala kl

bungarampai : baik!

Amanitium Cho said...

jangan risau, iklan nara yuda tiada propaganda. haha.

kingbinjai said...

ha ha ha

aeyjay said...

kebanyakan iklan mmg mengelirukan pengguna & cuma indah khabar dari rupa!

blackpurple @ jowopinter said...

Memang propaganda.

Sesetengah orang akan percaya dan termakan, sesetengah orang akan menilai dulu, sesetengah orang macam aku mengganggap iklan tu macam hiburan selingan.

Entah...!

MDM FARAH FAIZURA said...

bagi aku,

di mana motor aku singgah di situ minyak aku tuang.

iklan hanya itu hanya utk pemilik BMW , barangkali.

bukan untuk aku,

manusia separuh mat rempit.

kingbinjai said...

aeyjay : ya!

bp : entah!

dingin : samalah!

Lan Rambai said...

Dulu pernah ada kontroversi iklan yang selepas guna sejenis syampoo tu, model tu tak pakai selendang lagi dah.. ingat tak? Jenama yg sama itulah yg dok tayang iklan wanita bertudung sekarang ni. Ok apa guna model bertudung.. cuma jalan "cerita" iklan tu tak kena lahh...
Pasal pertronas guna BMW tu... dorangkan partner dlm F1. Aku guna petronas kalau balik kerja lalu jalan yang ada petronas tu. Kalau guna jalan lain yg memang takder petronas, baru isi yg lain.. bukannya apa.. bonus aku dibayar pakai duit petronas lah hahahaha