Friday, October 20, 2006

Raya!


Assalammualaikum.

Kingbinjai, Queen dan Adib, dengan ini ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri buat semua bloggers terutama yang selalu singgah ke blog aku ini. Dengan ini juga aku serendah hati ingin memohon ampun di atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan baik dari segi komen, cara penyampaian dan taipan atau juga coretan sajak yang pernah menyinggung mana mana pihak. Untuk geng Narayuda, tahniah di atas kemunculan edisi Narayuda yang pertama. Selamat maju jaya!

Tahniah juga aku ucapkan kepada kalian yang berpuasa penuh dan melakukan terawih setiap malam. Semoga amalan kau orang diberkati dan semoga doa kalian dimakbulkan. Salam aidilfitri dari aku. Buat yang tidak berpuasa secara sengaja, malah berbangga pula tu dengan menunjuk nunjuk. Tidak merasa takut kerana tidak berpuasa. Tidak menghormati orang yang berpuasa. Untuk kalian yang berfikiran dengkel ini, aku ucapkan Happy Deepavali.

Buat pengunjung setia blog ini aku tidak mampu untuk melawat setiap blog yang ada untuk menyampai kan salam aidilfitri, maka di sini sahajalah aku coretkan semua. Terima kasih setinggi tingginya kerana sudi melawat dan memberi komen di blog ini. Berhati hati di jalanraya. semoga Allah merahmati, melindungi dan memurahkan rejeki kalian. Amin.

Akhir kata dari aku, beli ler, tu, Narayuda tu dah terbit dah tu.

15 Bangsawan Menatang Sembah:

Rie said...

slamat hari raya

maaf fizikal dan mental...

kingbinjai said...

ha ha ha

INDERA KENCANA said...

Sempat lagi promote zine Narayuda, tu...

kingbinjai said...

biasalah... terima kaish kerana menjadi pelanggan pertama. jgn serik ek

Anonymous said...

selamat hari raya n maaf zahir dan batin...

pagi raya apa juadah wajib?

kingbinjai said...

rendang ayam!

Bunga Rampai said...

Salam King,

Bermaafan kita di hari raya :)

Salam saya untuk permaisurimu dan puteramu.

Selamat Hari Raya ...

Ungku Nor said...

Salam Aidilfitri buat King & Family.
Jgn sonok sgt tau King! Tak elok tuhh..
hehehe.

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat eidul fitr'. Maaf zahir & batin.

Lepas ni kaya la kau ekk.... hehehe

tumismenumis said...

Selamat hari raya untuk anda dan keluarga jugak.

Lepas raya ni takder la ko kikis serdak kuih raya eek, Narayuda banyak laku.

Kemat said...

Salam Aidilfitri.. Jgn bakar mercun raya2 nie..

Unknown said...

Selamat Hari Raya King, Queen, dan Adib

Adib nak duit raya tak?? hehe :)

kingbinjai said...

bunga rampai : salam

ungku nor : baik!

bp : beli la dulu, baru aku boleh jadi kaya ha ha

mazudi : taknak beli ke?

kemat : bakar rumah boleh?

sikenit : nak bagi pun boleh heh

Amanitium Cho said...

dude, selamat hari raya untuk kau juga! hoho. maaf zahir batin.

kingbinjai said...

ooo ooo mana kau menghilang dude? selamat hari raya, main mercun tu elok elok, jangan suakan muka, ingat! mercun tu bukan cermin.