Thursday, May 31, 2007

Karipap

Pagi. Macam biasa selepas MRR2 kami menuju ke Lebuhraya Silikon kemudian ke bulatan UNITEN.

"Hang nak singgah dak beli makan?" tanya Ustaz Hafiz.

"Nak la, malas aku nak keluar tengahari kang." jawab aku.

Kami kemudian berhenti di luar UNITEN, di tepi jalan sebelum nak ke simpang Beriyani Gam Putrajaya. Kat situ ada orang jual makanan untuk makan pagi. Kami perasan ada gerai baru bukak. Jual Karipap. 2 ketul RM1.00.

"Eee mahalnya!" Getus Kak Zedah.

Aku hanya membeli nasi putih dan sedikit lauk, di gerai yang biasa aku pergi. Kak Zedah kirim juga Karipap mahal tu. Sahaja nak rasa. Dia beli Karipap Ayam RM2.00 manakala aku pula Karipap Sardin seringgit.

Dalam kereta aku menikmatinya, aku bagi Ustaz Hafiz satu ketul. Gigitan pertama, ada bawang. Wow! Aku suka bawang. Gigitan kedua, Ustaz Hafiz dah mengomel, banyak bawang je. Aku masih ok. Bawang banyak la syok. Gigitan ke 3 aku dah musykil, mana sardinnya? Gigitan keempat dan kelima yang sekaligus menghabiskan karipap itu, aku hanya dapat bawang sahaja. Sardin, takde. Hanya rasa rasa je.

Ceh! Patutnya karipap ini dinamakan Karipap Bawang Perasa Sardin, bukannya Karipap Sardin. Ceh!

Wednesday, May 30, 2007

Tinggal

Aku menumpang Ustaz Hafiz semalam. Semasa menghidupkan enjin kereta dia menyuruh aku baca SMS yang diterimanya dari Petronas. SMS itu mengingatkan dia tentang peraduan Car Craze yang dimasukinya.

Di dalam kereta Ustaz Hafiz berangan angan mahu memenangi sebuah kereta. Anganan Ustaz Hafiz di sambut baik oleh aku, kami bergelak ketawa sambil mengubat hati yang duka kerana gaji belum masuk (poodah!).

Kami melepasi Dengkil, Putrajaya dan menuju ke Serdang. Selepas simpang ke UPM Ustaz Hafiz mengisi minyak di BHP. "Aku isi RM10.00 dulu kat sini, sat gi baru pi cari Petronas. Kering dah ni." Katanya. Aku mahu mengangguk. Aku lihat Ustaz Hafiz menggunakan kredit kad untuk mengisi minyak.

Perjalanan diteruskan. Ustaz Hafiz mengajak aku ke TESCO bagi mencari Hadiah untuk isterinya. "Hari ini Anniversary aku." Katanya sambil tersengih. Aku ok je. Sampai di TESCO usha sana usha sini, jumpa kedai cenderahati. Ustaz Hafiz membeli skeeping kad yang bapak besar. Lepas itu ada gerai menjual cincin perak. Ustaz Hafiz membelek cincin cincin yang tersusun kemas di dalam kotak. Sudah tentu yang perempuan punya. 2 orang amoi memerhatikan gelagat kami. Aku tengok amoi tu, amoi tu pun tengok aku. Aku tengok Ustaz Hafiz sedang mencuba cincin di jari kelingkingnya.

"Err... dia mau pakai." kata aku pada amoi itu. Lantas amoi itu tersengih. " Tak apa, boleh pakai." jawab amoi itu.

Aku tersenyum mendengar jawapan amoi itu. "Dia punya hati banyak lembut." Kata aku lagi. Kali ini aku menang, amoi itu tergelak. "Hoi, aku beli untuk isteri aku la, hang ni." jerit Ustaz Hafiz. Aku hanya tergelak.

Selesai urusan jual beli, kami bertolak menuju ke Gombak melalui MRR2. Angan angan di sambung lagi. Macam macam perkara yang tak logik di utarakan. Masing masing terhibur. Sampai di Taman Melati Ustaz Hafiz membelok menuju ke Petronas. Enjin kereta dimatikan. Dia turun dari kereta dan mula menguruskan urusan mengisi minyak. Tiba tiba dengan kalut Ustaz Hafiz membuka pinta KIA Sportagenya, "Allah wei! Kredit kad tertinggal kat BHP Serdang tadi la!: jerit dia. Aku jadi terkejut, alamak ai macam mana ni?

"Hang pi telefon bank tu cepat suh dia block kredit kad hang. Pastu hang pi balik la stesen minyak tu." cadang aku. Ustaz Hafiz dengan keadaan kalut, masuk semula ke dalam kereta, dan meraba raba seluruh badannya. Kemudian dia keluar semula dari kereta dan menyeluk segala poket poket yang ada. Dia kemudian menyeluk poket baju, dan menarik keluar kredit kadnya.

"Ya Allah, fuh lega kalau tidak naya." kata Ustaz Hafiz penuh kelegaan. Aku yang melihat drama suspen itu pun menjadi lega.

"Ha! Tula, berangan lagi." usik aku. Dan disambut dengan ketawa oleh Ustaz Hafiz.


Tuesday, May 29, 2007

Membeli Masa

Monday, May 28, 2007

Saman

Wow!

Restoran yang menaikkan harga minuman telah disaman.

Wow!

Pasti lepas ni tiada peniaga yang berani menaikkan harga barangan sesuka hati.

Wow!

Yang menaikkan harga minyak sesuka hati tu, taknak saman ke?

Wow!

Saturday, May 26, 2007

Serang

Masih berkisar tentang kenaikan harga barang. CUEPACS telah melancarkan perang terhadap semua peniaga. Para pengguna juga menyerang peniaga. Zalim kata mereka. Akan tetapi wajarkah hanya peniaga, pengilang dan pemborong sahaja yang harus dipersalahkan? Hakikatnya seluruh peniaga di Malaya menaikkan harga barang adakah ini dikatakan tidak wajar? Jika satu dua peniaga mungkin boleh dianggap tidak wajar tetapi kalau seluruh? Maka wajarlah ianya dikaji secara ilmiah.

Mari kita lihat senarionya dengan lebih dekat :
1. kerajaan telah menaikkan harga minyak, tol, api dan air.

2. Pengilang yang menggunakan mesin yang beroperasi menggunakan eletrik. Katakan, sebelum kenaikan, sehari penggilang menggunakan eletrik sebanyak RM200.00. Kemudian eletrik dinaikkan harga dan sehari kos penggunaan eletrik telah meningkat kepada RM250.00 satu hari. Perbezaan sebelum dan selepas kenaikan adalah RM50.00. Kalau penggunaan secara terus menerus selama sebulan (30 hari) maka ia telah menjadi RM3000.00. Jadi persoalannya siapa yang nak bayar harga eletrik yang RM50.00 itu? Kau kah? Sudah tentu tidak. Sudah pasti pengilanglah yang harus membayarnya. Dan katakan pengilang harus menghantar barangannya dari Gombak ke Sepang. Kos minyak dan tol sebelum kenaikan adalah RM25.00 pergi dan balik. Selepas kenaikan pula kosnya adalah RM35.00. Jadi ada lebihan tambahan sebanyak RM10.00 setiap kali menghantar barang. Persoalannya bagaimana pengilang mahu menampung tambahan kos ini? Hendak tak hendak mestilah dengan menaikkan harga barang tersebut. Katakan tepung itu dijual RM0.90 sen telah menjadi RM1.05 sen.

3. Pemborong pula sebelum kenaikan dia membeli tepung dari pengilang dengan harga RM0.90 sen satu paket. Selepas kenaikan pengilang menjual RM1.05 satu paket. Terdapat kenaikan sebanyak RM0.15 sen di situ. Dan kos pembelian oleh pemborong telah meningkat. Nak tak nak dia kena beli juga. Jadi kos lebihan RM0.15 itu siapa yang nak tanggung? Sudah tentu pemboronglah yang tanggung. Oleh sebab untuk menampung kos yang telah meningkat itu maka dia naikkan harga tepung sebanyak RM0.20, menjadi RM1.25 sen satu paket.

4. Kemudian perkara ini beralih kepada peniaga pula. Dengan kenaikan RM0.20 satu paket tepung, sudah pasti peniaga harus berbelanja lebih untuk menepati permintaan pasaran. Dan kerana untuk menampung kos kenaikan tadi, maka terpaksa jugalah dia menaikkan harga tepung tersebut.

5. Kemudian para peniaga restoran pula terhimpit dengan kenaikan harga tepung ini. Kita ambil seorang penjual roti canai, beliau juga terpaksa untuk mengimbangi kedudukannya dengan kenaikan harga barang. Jadi nak tak nak terpaksalah dia menaikkan harga roti canainya dari RM0.70 sen menjadi RM0.80 sen.

Dan tanyalah kembali, wajarkah mereka mereka ini dipersalahkan? Sedangkan mereka juga perlu melakukan sesuatu bagi memastikan perniagaan mereka tidak rugi. Jika semua kos kos kenaikan yang disebut di atas tidak mereka imbangi maka kerugian mereka siapa nak tanggung? Kau kah? Sudah tentu tidak. Cuba fikir lagi jika kita semua sepakat mahu melancarkan perang kepada pengilang, pemborong, peniaga runcit dan peniaga makanan. Dan berjaya menghalang mereka dari menaikkan harga barang, apakah tindakan mereka untuk menampung kenaikan kos tersebut? Nak tak nak terpaksalah mereka memberhentikan sebilangan pekerja atau tidak menaikkan gaji pekerja, atau menarik balik kemudahan klinik panel atau tidak memberi bonus dan sebagainya. Dan tidakkah ini menyebabkan kita menjadi zalim hingga memaksa mereka bertindak sehingga tahap itu?

Pengguna yang bijak bukan sahaja menggunakan kuasanya memerangi kezaliman peniaga tetapi juga harus tahu dan mengkaji faktor faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang. Jika hanya ditempat anda sahaja harga barang naik, maka wajarlah peniaga itu diserang. Tetapi kalau seluruh Malaya? Fikir fikirlah.

Kita ambil contoh Thailand, di sana mereka juga ada lebuhraya, tetapi kerajaan mereka tidak mendirikan tol. Mengapa? Kerana jawab mereka lebuhraya itu untuk kegunaan rakyat. Di Australia, juga tiada tol dan harga minyak juga diturunkan. Kerajaan mengatakan harga minyak di Malaya masih yang terendah di dunia selepas kenaikan. Bagaimana dengan Brunei? Hakikatnya merekalah yang paling rendah sekali.

Dalam kita sibuk sibuk menentang peniaga yang zalim (kononnya) bagaimana pula dengan kerajaan yang zalim?


Friday, May 25, 2007

Ganggu

Semalam aku dan Ustaz Hafiz, menemani seorang sahabat berubat dengan perubatan islam.

Aku dan Ustaz Hafiz menemani dia sehingga masuk kedalam bilik perubatan sekali. Ustaz menjalankan tugasnya. Aku duduk di satu sudut bilik itu, Ustaz Hafiz duduk disebelah aku. Kami memerhati keletah ustaz itu mengubat sahabat aku menggunakan ilmu tasawuf. Namun aku duduk dengan tidak senang. Kerana malam itu, gigi aku yang sakit itu berdenyut denyut dengan kuat.

Sementera itu, sahabat aku mengerang ngerang menahan kesakitan hasil dari ilmu ustaz tersebut. Dan kebetulan pula masa itu, kesakitan gigi aku tiada dapat tertahan. Aku yang duduk itu pun terhuyung hayang, badan aku kedepan ke belakang, sekejap aku bersimpuh, sekejap aku duduk senget, sekejap aku rebahkan kepala aku ke lutut, kejap aku hentak kepala aku ke bahu Ustaz Hafiz dan pelbagai lagi aksi aku menahan kesakitan.

Dan aksi sarkas aku itu pun disedari oleh ustaz itu.

"Ni kenapa? Ada gangguan juga ke?" tanya ustaz itu. Mungkin khuatir bacaan yang dia baca menggugat aku sekiranya aku ada jin dalam badan.

"Errr tak tak ustaz. Saya sakit gigi." jawab aku.

"Ooo sakit gigi, makan panadol." jawab ustaz itu dan menyambung tugasnya.

Ustaz Hafiz disebelah aku ketawa mengekek ngekek.

Cis!

P/s : aku akan ke klinik gigi sekejap lagi. Doakan supaya doktor itu murah hati dan tidak mengenakan caj yang mahal mahal. Amin.

Thursday, May 24, 2007

Gigi

Aku.

Sakit. Gigi.

Nyut nyut nyut. Berdenyut denyut. Tambah kuat bila nak tidur malam. Sakit kepala aku. Rasanya dah lama berlarutan. Gigi geraham bongsu aku itulah, dah berlubang di tengah tengah. Nak pergi cabut, kosnya RM180.00. Mahal. Hujung hujung bulan ni, hai. Rasa macam nak ambik plier dan cabut sendiri je gigi tu. Dan semalam, semakin kuat pula sakitnya, habis aku sapu garam, tak hilang. Lalu aku sapu dengan minyak cengkih, kurang sikit sakitnya.

Pagi ini di opis, sakitnya bertambah tambah pula. Konsentrasi aku pada kerja pun hilang. Di hadapan aku ada plier. Lama aku merenung plier itu. Dan tanpa disedari aku telah memegang plier tersebut. Aku halakan pada mulut aku. Aku buka mulut aku luas luas. Aku pejamkan mata. Terasa ngilu apabila plier besi itu berlaga dengan gigi aku yang dah rosak itu. Aku mula teragak agak, nak cabut ke taknak. Di belakang aku terdengar satu suara sorakan bagaikan ada pom pom girl sedang menari "Cabut! Cabut! Cabut!" jerit mereka. Sakitnya sudah tidak tertanggung. Aku gagahkan diri. Aku ketip gigi yang rosak itu, terlepas. Airmata mula mengalir. Aku cuba lagi. Kali ini aku kejap kepitan plier itu kuat kuat. Terasa sakitnya menular kesana kemari, airmata makin banyak mengalir. Aku perah segala kekuatan dan menarik keluar gigi tersebut. Sakit. Air hingus dan air liur menjejer keluar. Aku cuba lagi. Terdengar suara sorakan dibelakang "Tarik! Tarik! Tarik!" aku mendengus keras, terasa ada cecair panas mula mengalir di dalam mulut aku. Air liur dan hingus makin banyak menjejer. Terasa gigi itu semakin longgar. Aku kuatkan semangat. Dan dengan satu rentapan, maka tercabutlah gigi itu bersama jeritan aku melolong di tingkat atas. Aku biarkan mulut aku terbuka. Aku mendengus dengan kuat, dapat aku lihat disebalik mata aku yang diselindungi airmata cecair berwarna merah pekat berhambur keluar dari mulut aku. Aku tekap tapak tangan kiri aku di pipi. Aku genggam meja dihadapan ku sekuat hati menahan kesakitan. Airmata, darah, hingus dan airliur semakin banyak yang keluar. Seketika kemudian, kesakitan itu mula reda. Aku mengsat airmata aku, hingus aku. Aku melangkah longlai mencapai tisu dan mengelap mulut aku. Terlihat banyak kesan darah di baju dan seluar aku. Namun aku senyum puas bila kesakitan itu telah hilang.

Ah! Andainya aku mampu berbuat seperti di atas. Apakan daya, aku tiada keberanian. Ha ha. Di belakang aku terdengar suara sorakan, "Cabut! Cabut! Cabut!"

"Diammmmm!!!"

Wednesday, May 23, 2007

Kasut Baru Seorang Menteri

dinihari menampakkan diri
di hadapan cermin hari
seorang menteri
tersenyum sendiri
menggilap kasut baru dibeli

disarung perlahan berhati hati
hingga penuh tapak kaki
berbunga jiwanya seorang menteri
terngiang kata pakar motivasi
kasut baru,
penambah keyakinan diri

soerang menteri
hari ini di dinihari
salam dilontar hormat diberi
disambut dengan cuka
masam dimuka

ah sayang,
kasut baru penambah keyakinan diri
belum lagi tengahari
sudah terpijak tahi

Monday, May 21, 2007

Terjun

Apa cerita Mat Rempit kita yang dikatakan nak terjun di Mekah? Jadi ke tak jadi? Elok la tu, gi buat umrah atau Haji sekali. Senang.

Tapi, tak baik jugalah rasa aku. Tempat tu tempat ibadah. Samalah rasanya macam kau bersembang kosong dalam masjid. Tak elok. Dari kau orang terjun kat Mekah, ada baiknya aku rasa kau orang terjun kat Palestin. Bawak senapang seporang satu, atau Malokov Cocktail sorang seguni, gi bantu mereka lawan Israel.

Untung untung kawan, dapat kau mati syahid.

P/s : Tahniah buat kakitangan kerajaan di atas kenaikan gaji yang lumayan. Nak PRU katakan. Swasta? Macam itu juga ler...

Tepung

Ha! Tepung dah naik 15 sen. Aku tunggu juga kot kot ada menteri yang nak kata "Kalau tak suka jangan makan tepung." Takde. Nampaknya kali ini sahaja dia menjadi bijak. Ha ha.

Namun, alasan yang biasa tetap ada, "Harga tepung dah lama tak naik, sejak dari 1998 lagi." Apa kejadah pula? Kalau macam tu harga pelacur kau taknak naikkan ke? Bengong! Itu bukan alasan untuk kau membenarkan harga tepung naik. Hakikatnya, kau berkata begitu pasal kau nak sorok perkara sebenar iaitu harga tepung naik disebabkan harga benda lain naik seperti minyak, tol, bil air dan api.

Jadi jangan nak berdolah dalih mengatakan kenaikan harga minyak, tol, bil air dan api tiada kena mengena dengan menyebabkan harga tepung naik. Mesti la ada kaitan, mesin yang digunakan tu pakai elektrik, pekerja pekerja nak basuh tangan pakai air, nak hantar tepung ke sana kemari pakai minyak dan dikenakan tol. Semua benda ini dipanggil kos. Kalau kos naik, mestilah harga barang naik. Siapa nak meniaga rugi? Kalau harga tol naik disebabkan harga tepung naik itu baru dikatakan tiada kena mengena!

Dolah, aku sarankan kau dan anak anak buah kau pi belajar ekonomi, ok?

Saturday, May 19, 2007

Baca

Pernah Tok Mudin bercerita yang dia membacakan untuk anaknya kisah Laksama Cheng Ho ketika anaknya hendak tidur. Aku sangat mengagumi tindakan beliau itu. Jadi suatu malam 2 minggu lepas aku ingin mengikuti jejak langkahnya. Aku ingin membaca satu cerita pada Adib. Tetapi aku tiada cerita Laksamana Cheng Ho. Aku belek timbunan buku aku dan terjumpa satu kisah Arab, Hikayat Umar Umaiyyah. Bolehlah ni.

Lalu aku membawa buku itu masuk ke bilik peraduan. Adib pun dah sedia landing. Aku baring disebelah dia, dan mula membaca...

Tak sampai pun 2 perenggan aku baca, Adib dengan tiba tiba dan dengan selamba dia bangun dan merampas cermin mata aku sambil ketawa.

Cis!

Wednesday, May 16, 2007

Mahal

Pernah aku di Ampang Park, kehausan. Kebetulan masa tu aku dah nak balik. Jadinya, aku fikir bayar dululah parking lepas tu baru cari air. Dan aku pun menghampiri mesin bayaran parking itu. Dan kebetulan pula, sebelah mesin tu ada booth kecil, Dunkin Donuts. Ada deretan ait tin di atas kaunter. Wah menarik, lepas bayar bolehlah beli bisik hati aku.

Aku pun membuat bayaran. Selesai upacara itu, maka aku pun menuju ke booth Dunkin Donuts itu. Dan ternampak air tin jenama Fruit Tree.

"Berapa ni dik?" Soal aku sambil menunjukkan kepada air pilihan hati aku itu.

"RM2.73 sen" jawab awek itu, ringkas.

"Eeee mahalnya?!"

"Emm pasal dia ada Nata De Coco dalamnya" jelas awek itu.

Ek eleh. Apa, kau ingat aku baru ni nak minum air Fruit Tree ni? Tempelak hati aku.

"Eleh tempat lain RM1.50 je tau. Taknak lah mahal!." kata kau sambil berlalu.

Aku kemudian menuju ke bahagian belakang, ada gerai buku mamak dan ada jual air tin. Aku pilih air kotak soya dan ternampak air tin Fruit Tree. Semasa membuat bayaran aku tanya mamak itu,

"Bos, itu air Fruit Tree berapa?"

"RM1.60" jawab mamak tu.

Kau tengok? Berapa punya jauh beza. Kau ya pun nak pergi haji cepat jangan lah macam ni. Dah lah tepung naik harga. Cis!

Tumpah

Aku balik dari pejabat semalam dengan penuh kelaparan yang amat sangat. Tiba di Serdang ada satu stesen minyak BHP di situ. AKu jeling meterminyak, tengokminyak pun dah kurang. Oklah, boleh isi minyak dan perut aku seketika. Lalu aku membelok dengan berhemahnya menuju ke stesen minyak itu.

Selepas berhenti di stesen minyak, aku masuk kedalam dan membeli cokelatr bar Muchies setin air dan membayar harga minyak RM20.00. Ake kemudian mula mengisi minyak. tatkala ini aku kuncikan pemicu minyak itu kerana aku mahu membuka balutan cokelat Munchies itu. Sedang aku sibuk membuka balutan tersebut, dan saat aku mahu memasukkan ia kedalam mulut kau entah macam mana nozzle minyak tersebut terlepas dan berhamburlah minyak ke seluruh bahagian badan aku yang sebelah kiri sebelum ia tumpah ke lantai. Dan cokelat Munchies juga habis kena minyak.

Dan belakang aku seorang awek di dalam kereta kancil menyaksikan segalanya. Cais!!!

Monday, May 14, 2007

Ugut

Sabtu, 12 May 2007.
Aku ke Ampang, seperti selalu. Berita yang diterima kali ini, adik aku diugut oleh majikannya. Bukan hari ini, tetapi selalu. Adik aku yang perempuan ini dikerah bekerja hingga pukul 11 malam, termasuk hari sabtu. Sudahlah bekerja sampai larut malam, esok paginya mesti hadirkan diri di pejabat sebelum pukul 7:30 pagi. Setelah beberapa bulan begitu adik aku pun tak tahan. Maka berkira kiralah dia mahu berhenti. Agaknya, gerak hati adik aku itu telah dibaca oleh majikannya dan dia pun menghamburkanlah kemarahannya. Dan diugut adik aku kata kalau adik aku berhenti dia akan cari adik aku walau dimana juga. Dan katanya lagi dia akan report pada polis.

Maka hari Sabtu dan Ahad itu jenuhlah aku meyakinkan adik aku supaya jangan takut. Dia tak boleh buat apa apa. Lalu adik aku terus siapkan surat berhenti. Notis 24 jam. Aku kata notis 24 jam ni leceh. Tapi disebabkan dia tak tahan, maka aku pun relalah dia menghantar surat berhenti 24 jam setelah airmata yang bergenang itu terbit sedikit demi sedikit. Tampak jelas di wajah adik aku, depresi yang melampau akibat tekanan secara mental yang diberikan oleh majikannya. Aku sarankan supaya aku dan abah mengikut sekali waktu dia menghantar surat ityu. Dan dia bersetuju.

Ahad, 13 May 2007 pukul 23:00hrs
Abah telefon katanya, tak perlu ikut. Adik aku akan letak notis itu di dalam bilik bosnya dan akan keluar secepat mungkin bagi mengelakkan dari di soal. Aku ikut jelah walaupun aku tak beberapa setuju dengan rancangan itu.

Isnin 14 May 2007, pukul 06:00hrs
Aku bersiap siap hendak ke pejabat. Hati aku tidak tenang. Mahu saja aku menemankan adik aku itu. Tapi pada fikiran aku, takpelah abah ada. Aku pun terus je pergi kerja. Sampai di pejabat, pukul 9 pagi aku telefon ayahanda tanya keadaan. Ayahanda kata adik aku kena tahan. Tak sempat keluar. Aku tanya ayahanda aku dia di mana? Di pejabatnya katanya.

"Laaa kenapa abah tak ikut?!" soal aku

"Dia kata boleh handle?" jawab ayahanda aku.

"Tak kira la seelok eloknya biarlah abah ada kat situ takut apa apa terjadi!" kata aku

Pukul 11, ayahanda telefon dia suruh aku telefon adik aku. Aku dengan pantas menelefon adik aku. Terdengar suara tangisannya ketika dia menjawab panggilan telefon. Adik aku jelaskan mereka meminta dia menandatangani surat perjanjian mengatakan dia akan membayar dua bulan gaji disebabkan notis 24 jam. Aku tidak mengizinkan adik aku sign borang itu. Dia kata tak tahan dah dorang ugut ugut dia. Aku sekeras kerasnya tak bagi dia sign. Aku suh dia tunggu, aku on the way ke pejabat dia. Kemudian aku msg kepada ayahanda suruh dia pergi dulu ke pejabat adik aku. Aku kemudian meminta kebenaran dari HOD aku untuk mengambil half day.

Pukul 12.10 tebngahari aku pecut dari Sepang ke Jalan Ampang. Pukul 1:20 ayahanda telefon aku kata dah settle. Adik aku tengah turun dari pejabatnya jumpa di Ampang park. Sejurus aku sampai di Ampang Park, terus berjumpa dengan mereka dan adik ceritakan segalanya. Katanya mereka paksa sign. Bila adik aku kata tunggu abah datang, majikannya kata buat apa beritahu abah? Kalau abah you datang kita tak akan bagi dia masuk. Dan adik aku cerita lagi ugutan ugutan majikannya. Berikut adalah ugutan mereka :

- Lepas ini I akan cari your new boss than I'll inform dia apa yang dah you buat kat I.
- Kenapa you nak jawab call? (sewaktu ini adik aku nak menjawab panggilan aku dan ayahanda) sign je tak payah nak jawab jawab call.
- you tak boleh resign 24hours. Kerana kerja ini you sorang je buat.
- Kalau nak masuk court pun masuk courtlah! I nak report polis.

Akibat di asak bertalu talu secara mental, adik aku pun mengalah dan sign. Aku menjadi sangat bengang mendengar cerita adik aku. Dahlah dikerah tenaga adik aku sesuka hati, diugut lagi pastu nak berhenti buat macam ni pulak. Manusia bangsat apa macam ni? Kalau ikut hati aku yang gila ni mahu sahaja aku ke bangunan MCA itu dan amukkan segalanya. Aku yakinkan adik aku suruh lawan. Ayahanda aku pun begitu. Aku suruh ayahanda aku bawa adik aku pergi ke Jabatan Perusahaan dan buat report atas kesalahan :

1. Peras ugut
2. Mentally torture
3. Trauma

If they want to fight, lets fight! Walaupun termaktub dalam undang undang Jabatan Buruh, pekerja yang mempunyai tangga gaji lebih dari RM1500.00 tidak berhak claim overtime tapi wajarkah kalau tiap tiap hari selama beberapa bulan dikerah utnuk bekerja dari 7:30 pagi sampai ke 11 mlm hatta sabtu sekalipun? Yang menjadi lebih menyakitkan hati, apsal nak uguit ugut adik aku?! Aku berkira kira mahu membuat aduan samada di TV3 atau suratkahbar. Apa pandangan kalian? Sila berikan pendapat yang bernas supaya dapat aku gunakan untuk melawan bangsat bangsat itu. Oh ya, ada sesiapa yang kenal peguam? Boleh aku guna untuk minta nasihat.

Nama kompeni yang bangsat itu : INTELEK, Your recruitment Specialist. Teletak di dalam Wisma MCA Jalan Ampang.

Friday, May 11, 2007

Asmara Kita

Untuk Queen, sempena hari ibu. Semoga menjadi ibu yang baik kepada Adib.

P/s : Hari Ibu berapa hari bulan ha?

Thursday, May 10, 2007

Sang Lir Sari


Siapakah Sang Lir Sari itu? Apa kaitannya dengan penulis? Cubalah teka, Mana mana jawapan yang betul bakal memenangi sekeping CD Oraza. Ha ha.

Wednesday, May 09, 2007

Dialog

2 orang sahabat, berkereta menuju ke Kelana Jaya melalu LDP. Seorang penyokong kuat PAS dan seorang lagi Peminat Mati Keras UMNO. Mereka berdua telah bersahabat sejak sekian lamanya. Dari bangku sekolah lagi. Berbeza ideologi politik tidak menghalang mereka untuk akrab. Profesional kata mereka. Politik politik la, sahabat tetap sahabat.

Seperti biasa di dalam kereta mereka berhujah, berfalsafah dan memberi pandangan masing masing tentang isu isu terkini. Seketika apabila kereta telah menghampiri Tol Penchala, mereka diam. Peminat Mati Keras UMNO sebagai pemandu, memperlahankan kereta, menurunkan tingkap dan membayar harga tol RM1.60 yang telah dinaikkan sebanyak RM0.60 sen. Setelah membuat bayaran dia pun merungut rungut,

"Celaka betullah, tol mahal sangat! Dah tu banyak pulak! Sini tol sana tol!" getus dia, tidak berpuas hati.

Kawannya yang penyokong PAS itu agak terpempan mendegar keluhan itu. Pertama kali dia mendengar sahabatnya berkata begitu. Setelah agak lama berdiam diri dia pun bertanya "Emm, betul cakap kau, tol ni membebankan. Tapi..."

"Tapi apa?" soal Peminat MAti Keras UMNO itu dnegan pantas.

"Tapi, di bawah pemerintahan dan kelulusan siapa tol ni ek?" tanya penyokong PAS itu.

Dan Peminat Mati Keras hanya mendiamkan diri dan terus memandu menuju ke destinasi. Dan penyokong PAS hanya tersenyum. Sememangnya dia tidak perlu menunggu jawapan itu, kerana diam sahabatnya itu sudah menjelaskan segalanya.

Ha ha

Tuesday, May 08, 2007

Suka

Aku dengar yuran bulanan ASTRO akan dinaikkan, ya?

Aku juga dengar ada menteri kata, "Kalau tak suka, jangan tengok ASTRO!"

Wah! Nampaknya menteri menteri kat Malaysia ni sangat berwibawa dalam menjawab rungutan orang ramai. Kata kata mereka sangat spontan, bernas dan sangat menunjukkan taraf pendidikan mereka yang rendah.

"Err, kau orang sekolah dulu berapa tingkat?" tanya kingbinjai.

"Lima!" jawab semua menteri serentak.

"Patutlah! Bodoh pun lima tingkat juga!"kingbinjai.


Saturday, May 05, 2007

Kira

Hafiz tekun menebuk lubang ke atas kepingan kepingan plastik keras yang telah dicetak nombor. Aku memerhatikan melakukan perkara itu. Hafiz tidak mengambil masa yang lama untuk menyudahkan kerja itu, sementelah dia menggunakan electric drill.

Kemudian, Hafiz mula mengira jumlah kepingan kepingan yang telah siap ditebuk. "1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10..."

"11, 12, 60, 78, 101, 35, 760, 59, 0, 80, 31, 71, 560..." Sampuk aku.

"Woi! Tengok, aku dah lupa berapa aku kira?! Siot betullah!" marah Hafiz.

"Ha ha ha" aku.

Wednesday, May 02, 2007

Fiesta

"Dude, jadi tak? Aku on the way." sms aku kepada Tok Mudin.

"Jadi! Aku on the way juga." Balas beliau.

Ya, ya, aku ada temujanji dengan beliau semalam, Rabu 2.05.2007. Aku ajak juga si Kemat, Zhouls dan Rudy. Tapi kemat dah pergi, manakala Zhouls dan Rudy balik kampung. Jadinya hanya aku dan Tok Mudin sahajalah yang berpesta buku di PWTC.

Senario? Rambang mata wooo! Banyak sangat buku. Sebelum sebelum ni aku banyak miss. Yang pergi pun pesta buku Dawama je kat Ulu Kelang tu. Disebabkan aku telah juga terlepas PC Fair, maka aku nekad mahu ke Pesta Buku PWTC pula. Alhamdulillah sampai hajat.

Sebelum bertolak, aku berkira kira mahu membawa kamera digital aku, tapi fikir fikir balik, nak tangkap gambar apa? Semua buku. Lainlah pesta kereta, ini kang aku tangkap gambar Tok Mudin, Tok Mudin tangkap gambar aku. Ah buat habis filem je nanti. Jadinya, aku hanya bawa handphone dan beg duit sahaja.

Berbalik pada PWTC, dewan pertama yang kami masuk adalah Karangkraft, banyak majalah. Ada juga offer 3 buku RM25.00. seterusnya, dah tak ingat booth apa, tapi banyaklah. Puaslah juga jalan. Banyak banyak booth, booth Dawama lah paling boring. Takde apa. Oh ya, kami jumpa satu buku tajuknya "Enskilopedia Kiamat". Seram wooo baca. Ada satu booth jual novel Inggeris. Aku belek belek satu rak tu ada banner : "Buy 1 free 1". Wah! Menarik pasal ada buku Stephen King!. Aku tengok buku Stephen King, The Bags Of Bone berharga RM35.90. Mahal. So aku terjumpa pula buku Sydney Sheldon, RM22.90. Ooo ok ni, beli buku ni amik buku Sthephen King. Buy 1 free 1 what? Bisik hati aku. Lalu aku tanyalah mamat yang jaga kedai tu,

"Boss, aaa buy 1 free 1 right?" tanya aku.

"Yes, this whole rack buy 1 free 1. But except Stphen King and Daniel Steel." kata dia.

"Laaaaaaa, so if i take this Sydney Sheldon, cannot take Stphen King la?!" soal aku lagi.

"He he he cannot." jelas dia.

"Ptbhhh!" aku. Dalam hati. Ntah apa apa ntah.

Kami teruskan perjalanan. Jumpa satu booth jual barang barang sains untuk kanak kanak. Aku beli satu permainan Clay, dia macam tanah liat, tapi bukan tanah liat. Diperbuat dari polyster yang telah digaulkan dengan gam. Menariklah juga, aku tengok contoh yang telah direka, seekor kumbang. Panjang lebar amoi tu terangkan. Balik rumah aku main dengan Adib. Bukan main seronok dia. Tapi hati aku jadi bengkek, pasal benda tu asyik terlerai je! Makin dibubuh gam makin telerai! Ptbhhh!

Kemudian kami jumpa satu booth, apa ntah nama syarikat dia. Ada banyak buku motivasi. tetiba aku terpandang satu buku, aku tak ingat tajuk penuh tapi tentang blogging. Ha ha ha aku tunjuk buku tu pada Tok Mudin, dan kami ketawa di situ juga. Ha ha ha.

Oh panjang dah aku tulis. Mudin, kau sambung la pulak, aku nak tido ha ha ha. Apa apa pun, pesta buku memang best.

"Ini kalau ada RM1000 baru syok belanja ni." kata aku dan disambung dengan ketawa Tok Mudin.

3 jam kami dalam tu, tiba masa untuk berpisah. Tok Mudin, terima kasihlah kerana sudi teman aku yang famous amos ni, he he he.

"Tahun depan kau bawak seribu ya!" kata Tok Mudin setelah kami bersalaman untuk pulang.

"Baik! Itu temujanji!" Kata aku.

Aku harap tahun depan boleh pergi lagi. InsyaAllah. Tahun depan Adib dah 2 tahun, so bolehlah bawa dia dan Queen. Harap bloggers yang lain boleh turut serta. Ok, dah 11:30 malam. Ubat selsema pun dah menampakkan kesannya. Aku tido dulu.

Salam.