Wednesday, May 30, 2007

Tinggal

Aku menumpang Ustaz Hafiz semalam. Semasa menghidupkan enjin kereta dia menyuruh aku baca SMS yang diterimanya dari Petronas. SMS itu mengingatkan dia tentang peraduan Car Craze yang dimasukinya.

Di dalam kereta Ustaz Hafiz berangan angan mahu memenangi sebuah kereta. Anganan Ustaz Hafiz di sambut baik oleh aku, kami bergelak ketawa sambil mengubat hati yang duka kerana gaji belum masuk (poodah!).

Kami melepasi Dengkil, Putrajaya dan menuju ke Serdang. Selepas simpang ke UPM Ustaz Hafiz mengisi minyak di BHP. "Aku isi RM10.00 dulu kat sini, sat gi baru pi cari Petronas. Kering dah ni." Katanya. Aku mahu mengangguk. Aku lihat Ustaz Hafiz menggunakan kredit kad untuk mengisi minyak.

Perjalanan diteruskan. Ustaz Hafiz mengajak aku ke TESCO bagi mencari Hadiah untuk isterinya. "Hari ini Anniversary aku." Katanya sambil tersengih. Aku ok je. Sampai di TESCO usha sana usha sini, jumpa kedai cenderahati. Ustaz Hafiz membeli skeeping kad yang bapak besar. Lepas itu ada gerai menjual cincin perak. Ustaz Hafiz membelek cincin cincin yang tersusun kemas di dalam kotak. Sudah tentu yang perempuan punya. 2 orang amoi memerhatikan gelagat kami. Aku tengok amoi tu, amoi tu pun tengok aku. Aku tengok Ustaz Hafiz sedang mencuba cincin di jari kelingkingnya.

"Err... dia mau pakai." kata aku pada amoi itu. Lantas amoi itu tersengih. " Tak apa, boleh pakai." jawab amoi itu.

Aku tersenyum mendengar jawapan amoi itu. "Dia punya hati banyak lembut." Kata aku lagi. Kali ini aku menang, amoi itu tergelak. "Hoi, aku beli untuk isteri aku la, hang ni." jerit Ustaz Hafiz. Aku hanya tergelak.

Selesai urusan jual beli, kami bertolak menuju ke Gombak melalui MRR2. Angan angan di sambung lagi. Macam macam perkara yang tak logik di utarakan. Masing masing terhibur. Sampai di Taman Melati Ustaz Hafiz membelok menuju ke Petronas. Enjin kereta dimatikan. Dia turun dari kereta dan mula menguruskan urusan mengisi minyak. Tiba tiba dengan kalut Ustaz Hafiz membuka pinta KIA Sportagenya, "Allah wei! Kredit kad tertinggal kat BHP Serdang tadi la!: jerit dia. Aku jadi terkejut, alamak ai macam mana ni?

"Hang pi telefon bank tu cepat suh dia block kredit kad hang. Pastu hang pi balik la stesen minyak tu." cadang aku. Ustaz Hafiz dengan keadaan kalut, masuk semula ke dalam kereta, dan meraba raba seluruh badannya. Kemudian dia keluar semula dari kereta dan menyeluk segala poket poket yang ada. Dia kemudian menyeluk poket baju, dan menarik keluar kredit kadnya.

"Ya Allah, fuh lega kalau tidak naya." kata Ustaz Hafiz penuh kelegaan. Aku yang melihat drama suspen itu pun menjadi lega.

"Ha! Tula, berangan lagi." usik aku. Dan disambut dengan ketawa oleh Ustaz Hafiz.


0 Bangsawan Menatang Sembah: