Monday, September 17, 2007

Tanya

Di suatu petang, ketika Ramadhan belum pun tiba, ketika itu langit agak cerah dengan rona yang menghampiri senja itu, aku membawa Adib ke taman permainan. Kami berjalan kaki sahaja. Saja aku nak bagi Adib penat. Bila dia penat dia nak tido. Bila dia tido dapatlah aku dan Queen buat apa apa yang patut seperti mengemas rumah, masak air atau apa apa sahaja.

Dari rumah ke taman permainan itu, kami melewati beberapa rumah lagi. Jiran jiran kesemuanya. Dan aku terjumpa dengan seorang jiran ini sedang mendukung anaknya, lalu kami pun berbual. Soalan soalan lazim pun berbalas jawapan seperti kerja di mana, anak berapa orang, orang rumah kerja ke tak, anak umur berapa tahun, sudah sekolah ke belum dan sebagainya.

Lazimnya bila bertemu dengan orang baru, soalan soalan itu semua sudah tersusun elok di dalam kepala aku ikut turutan. Mula mula aku tanya kerja mana, lepas itu orang rumah kerja ke tak dan seterusnya. Entah macam mana selepas dia menjawab soalan aku anak berapa orang tidak semena mena aku pun bertanya soalan ini,

"Anak kerja mana?"

"Err yang mana? Yang sulung tu ke?" tanya jiran aku itu dengan muka yang tak beberapa faham soalan aku.

"A.ah yelah." jawab aku. Takkan anak kau yang tengah kau dukung ni yang baru umur 4 bulan ni aku nak tanya kerja mana getus hati aku yang juga tidak dapat menangkap maksud kesalahan soalan aku itu.

"Eh belum kerja lagi baru umur 4 tahun. Tadika baru." jawab dia.

"Ooo" jawab aku. Kemudian aku berfikir, apa yang aku tanya tadi? Lalu otak aku pun rewind semula senario itu. Ooo patutlah mamat ni blur semacam je, aku nak tanya anak dah sekolah ke belum, macam mana pula boleh tertanya anak dah kerja ke belum. Isk isk isk.

Balik aku cerita pada Queen, dan dia hanya tergelak sahaja.

0 Bangsawan Menatang Sembah: