Tuesday, September 04, 2007

Kompeni

2003

Aku dan Shazrul lepak lepak. Sambil menikmati keindahan malam. Dan juga ketidaksegaran tembakau Dunhill. Berkepul kepul. Asapnya kemudian yang telah dihembus itu menerawang perlahan di dalam kontena yang telah diubahsuai menjadi pejabat yang mana lantainya apabila dipijak tapak demi tapak akan mengeluarkan bunyi berkeriut. Sudah pasti jika bunyi keriut itu jika didengari dari bangunan usang yang menanti rebah sedang kau berada di dalamnya akan menimbulkan keresahan yang amat.

"Aku ingat nak bukak kompeni la." Kata aku mencelah lorong lorong kesunyian yang berliku di dalam pejabat kontena itu sekaligus memulakan perbualan.

"Uiks baguih tu." Sokong Shazrul dalam loghat Penangnya. "Hang nak bukak kompeni apa?"

"Aku nak bukak kompeni komputer. Menjual, memasang dan membaikpulih komputer. Ok tak?" ulas aku ringkas.

"Ok tuuuu. Hang nak buh nama apa?"

"Aku nak buh nama Binjai Dynamic Enterprise. Ok tak?"

"Tu dia aih. Apala nama tak syok langsung."

"Dah tu nak buh nama apa?"

"Sat aku pikiaq"

Dan lorong lorong kesunyian kembali menjalar di dalam pejabat kontena itu sambil kami berbalas hembus asap yang disedut yang kemudiannya,

"Ha aku tau, hang buh nama ni," dicelah oleh Shazrul.

"Apa dia?" tanya aku, berminat.

"Hang buh nama Lelaki Suci Enterprise."

"Chet! Apa kejadahnya nama syarikat Lelaki Suci?! Poodah!"

Dan gelak ketawa kami memenuhi setiap lorong lorong kesunyian sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas antara sunyi, batuk dan kuat tawa kami.

Ha ha.

0 Bangsawan Menatang Sembah: