Thursday, September 27, 2007

Khamis

Hari ini. Aku sedang mengemas. Hari ini aku nekad, aku nak blah. Atas saranan beberapa orang rakan dari blog hingga ke alam nyata, aku nekad akan blah. Lagipun gaji bulan ni dorang dah tak bagi. So gaji sebulan aku tu, cukup untuk membayar kembali kos kursus RM1500.00 tu malah ada lebih sikit lagi. Yang baki tu aku memang tak mampu nak bayar so tunggu pun apa guna? Jalan terakhir masuk court jelah.

Anyway, dengan tiadanya aku di syarikat ini, maka dengan rasminya isen ini adalah yang terakhir untuk minggu ini. Kat rumah takde internet so, lambatlah aku nak mengemaskini. Apa pun, harap korang terus kunjungi sini, aku akan cari masa untuk update.

Dikesempatan ini, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih pada kalian yang sudi membantu, menyokong dan memberi kata nasihat dan panduan. Segala jasa baik kalian, hanya Allah sahajalah yang mampu membalasnya. Ringan sikit beban aku. Semoga Allah ringankan juga beban kalian. Ada 2 minggu lagi kita di bulan Ramadhan, selamat berpuasa dan selamat hari raya. Aku mohon maaf di atas segala salah silap tutur bicara dan susunan kata. Yang baik semua dari Allah swt dan yang buruk itu semua dari UMNO dan BN, dan aku maintain kiut. Ha ha.

Sekian. Adios!

Tuesday, September 25, 2007

Berhenti

Minggu ni minggu terakhir aku bekerja. Aku sudah hantar surat perletakan jawatan pada 5 Sept 2007. Alhamdulillah, aku menerima satu tawaran yang menarik yang sukar untuk dilepaskan. Dan kerana itu syarikat aku sekarang sedang menuntut RM6000.00 dari aku sebagai ganti rugi dan juga kerana melanggar kontrak. Aku sedang buntu sekarang ini. Oleh itu, aku perlukan pendapat dan kalau boleh pertolongan kalian. Mari, aku sembahkan kronologinya.

April 2007
- syarikat aku menghantar aku berkursus di Subang selama 4 hari.
- kos kursus tersebut ialah RM1500.00
- sekembalinya aku dari kursus itu, aku dikehendaki menangani perjanjian kontrak selama setahun (bayangkan kursus 4 hari di Subang kontrak setahun kejam tak kejam kompeni aku ni. Kalau tak 3 tahun, itu pun aku dah lawan habis habisan dah).

Sept 2007
- aku pindah dari Gombak ke Sepang berikutan pejabat aku di Sepang jadinya permindahan ini bakal memudahkan aku dan sekaligus menjimat kos perjalanan.
- 4 Sept HOD aku panggil berbincang katanya jabatan aku kena pindah ke Subang selewat lewatnya Disember ini.
- Dan kebetulan pula selesai sahaja perbincangan tersebut, satu syarikat menelefon aku dan menawarkan pekerjaan dan yang menariknya syarikat tersebut di Sepang, ada kenaikan gaji, ada bonus, ada insuran dan ada medical. Jauh berbeza dengan syarikat aku sekarang yang tiada bonus, tiada kenaikan gaji, tiada insuran dan tiada medical.
- 5 Sept aku hantar surat perletakan jawatan dengan permahaman, aku perlu bayar kembali kos kursus terbabit iaitu RM1500.00
- pertengahan September, aku dipanggil oleh Legal Officer syarikat aku dan beliau menerangkan akibat akibat yang harus diterima sekiranya aku melanggar kontrak. Beliau menerangkan aku harus membayar pada syarikat sebanyak RM6000.00. Ini termasuk kos kursus RM1500.00 campur dengan claim mileage aku, gantirugi kerana aku berhenti dan kos pengambilan pekerja baru dari kos pengiklanan, temuduga dan latihan akan ditanggung oleh aku.

Jadinya sekarang aku tersangatlah blur. Aku perlukan legal advice. So ada sapa sapa yang kenal peguam yang boleh aku rujuk? Aku ingat nak blah macam itu je. Aku sanggup bayar balik RM1500.00 tu, tapi yang lain lain tu aku nak bayar kenapa? Kalau nak kata aku berhenti production stop, production apa? 2007 sahaja, dari Januari sampai September berapa barang je yang aku repair. Takde barang masuk so production apa? Pengambilan staff baru itu pula, pada Ogos 2007, sejumlah 14 pekerja baru masuk melaporkan diri. Sehari selepas aku hantar surat perletakan jawatan aku dah minta 2 orang untuk department aku untuk aku train habis habisan. Bila masuk meeting usul aku ditolak so? Lagi nak caj aku pula.

Aku nak tahu, apa akan terjadi kalau perkara ini masuk mahkamah. Please help, im very clueless right now. Terima kasih.

Sunday, September 23, 2007

Nurin

Jiwa jiwa kita pun merusuh tatkala busuk berita itu sampai ke telinga. Siapa angkaranya? Kita hanya berspekulasi, tak habis habis. Mulut hanya tahu berkata jijik! Kotor! Jahanam! Mencarut sana sini. Berapa nilai nyawa manusia? Adakah setanding menara tinggi? Adakah bersinar seperti pertunjukan bunga api atau berharga seperti banglo 2 tingkat seluas padang?

Sayang akal kita terpaksa ditunjal oleh mayat seorang kanak kanak untuk memberitahu yang nyawanya, nyawa kamu, aku dan kita semua hanyalah tidak lebih dari sebutir sampah. Tak perlu jari jari runcing itu, tidak perlu juih juih mulut mengejek menuduh sesuka hati. Sekarang ini yang patutnya di isi di dalam benak kita yang beku itu bukan persoalan siapa punya angkara tetapi apa tindakan sewajarnya?! Cukupkah dengan memberi hukuman yang paling berat kepada pesalah? Cukupkah dengan terlaksananya undang undang negara yang sedang berdiri dengan satu kaki? Cukupkah dengan berhati hati dan nekad menjaga perihal sendiri? Cukupkah?

Tuhan sudah tetapkan kepada kita hukum hukamnya yang wajib dilaksana, namun dengan bongkak dan bodoh sombongnya, kita memberi mandat perlaksanaan keadilan, kebebasan dan keselamatan kepada sekumpulan kera. Ucapkan terima kasih pada mawar itu, kerana memberitahu kamu manusia, ini akibat yang tersurat kerana hatimu redha dengan segala macam agenda, membelakangi tuhan! Dan lain kali jika terjadi lagi, tudingkan jari itu ke kepala sendiri.

Lelongan Di Pasar Metropolitan

jiwa manusia sudah
sehebat binatang
dan lupa pada tanah
asal kejadian malah
tempat menumpang

"manimu itu tika jatuh ke bumi
takkan diendah oleh ayam sekalipun,
jangan kau lupa!"

tuhan melihat
di pasar metropolitan
lelongan maruah
demi ringgit dan sen
syukur untukNya
hanya dihujung lidah

juadah di jagat nyata dan maya
menjadi rebutan
dan tuhan melihat betapa kita
menentang kebenaran
ketika dalam keimanan

Friday, September 21, 2007

Matinya Sekuntum Mawar

Untuk adik Nurin.

Matinya Sekuntum Mawar

sekuntum mawar
terbiar layu, dikurung
di dalam sempit kotak kain bertangkai
hilang nyawanya
tanda hilang manusiawi
khilaf, yang enggan diperbaiki

semadikan mawar itu
sekali lagi, semulianya
tacakkan kelibat ihsan
di kaki dan kepalanya
beradulah sayang
biarkan runsing
kami yang endahkan

jiwa kita melara
terperangkap dicelah celah
bangunan tinggi metropolitan
nyawa mawar itu
adalah harga yang harus dibayar
demi impian mengapai bulan
membelakangi tuhan

Kartun

Dalam isen yang lepas, aku ada beritahu yang aku suka Calvin & Hobbes. Well, saja nak share ngan korang. Aku ada separuh koleksi buku dia. Ada lagi separuh yang perlu aku kumpul. So, enjoy!







Thursday, September 20, 2007

Benda

Oh aku kena tag dengan seorang perempuan yang bernama Tiara-yang kata dirinya sangat cun melecun-yang hari tu dia tak pose dan makan MCd-yang bersuamikan seorang pemain bolasepak terkenal iaitu Beckham-yang tinggal berdekatan dengan kawasan perumahan aku tapi taknak kasi tau kat mana. Ya, dialah yang taq aku tu.

4 things that scare me
Labah labah
HOD aku
Interviewer
Rumah yang sudah kena tinggal lama

4 people who make me laugh
Adib
Calvin and Hobbes
Jerry Seinfield
Cerita Friends

4 things I love
Queen
Tido
Internet
Buku

4 things I hate
Udang
Semut
Bos yang kedekut nak bagi bonus macam bos aku sekarang
Datang lewat

4 things I don’t understand
Kenapa orang suka makan udang?
Kenapa KERAjaan bangang?
Kenapa orang nak undi dorang?
Kenapa suka tag aku?

4 things on my desk
PC (For surelah)
Bekas pen
Kertas
Pencungkil gigi

4 things I’m doing right now
Jawab taq ni (ulang 4X)

4 things I want to do before I die
Aiya susah nak jawab la ni

4 simple things to describe my personality
Baik hati
peramah
sedikit panas baran
kelakar

4 things I cannot do
makan udang
memandu lama lama
tak buang air pagi pagi
minum air ais

Wednesday, September 19, 2007

Adegan

2000.
BMI Gombak.

Satu :
Pada satu malam, aku menuju ke bilik sahabat sahabat sekelas aku. Nak mengajak makan malam.

"Kita nak makan mana malam ni?" tanya aku.

"Tapah jom?" kata seorang sahabat

"Tapah?! Kau gila ke! Apa, dah takde kedai dekat dekat sini kau nak pergi? Kenapa kau tak cakap London ke?! Russia ke?!" marah aku.

"Oi oi! Bukan Tapah Peraklah! Tu, kat Batu 6 tu Restoran Haji Tapah!" marah kawan aku balik.

"Ooooo" aku.

Yang lain hanya ketawa.

Dua :
Pada hari yang lain, sedang aku mengemas di dalam bilik. Teman sebilik aku sedang bersiap siap.

"Kau nak pergi mana ni?" tanya aku.

"Gombak Parade!" jawab dia sambil tersengih sengih.

"Gombak Parade?! Kat Gombak ni ada Gombak Parade ke?" tanya aku, musykil.

"Ada."

"Kat mana?!"

"Tu kat Batu 6 tu. Pasaraya Ong Tai Kim. Itulah Gombak Parade." jelas dia.

"Cheh!" aku.

P/s : kadang kadang bila aku fikir balik kehidupan aku di BMI, aku tersengih sendiri. Lebih lebih lagi bila aku teringat pada Queen. Siapa sangka 1 tahun setengah aku di Gombak, berulang alik dari BMI ke Ong Tai Kim, Restoran Haji Tapah tak pernah aku jumpa si Queen ni walhal dia duduk are situ aje. Bila aku dah kerja alih alih kahwin pulak dengan dia dan duduk di Gombak balik. Ha ha.

Tuesday, September 18, 2007

Kentut

2001
BMI, Gombak.
Minggu peperiksaan akhir.

Ramadhan waktu itu. Dan Final exam juga ketika itu. Subject : Electronic Principal. Dengar dengar katanya, subjek ini jumlah masanya ialah 3 jam. Tak hairanlah, subjek ini banyak kira kira. Silap haribulan boleh muntah jadinya. Malam sebelum peperiksaan subjek ini, aku mengulang kaji sendirian di dalam bilik aku. Aku praktis berapa lama masa yang aku perlu untuk menjawab keseluruhan soalan. Aku tak ingat berapa jumlah soalan. Tapi setelah lama praktis paling paling cepat aku boleh jawab ialah dalam masa 2jam 30 minit. Aku cuba banyak kali untuk dapatkan 2jam tapi tak dapat.

Oh ya, aku suka menjadi orang yang pertama keluar dari dewan peperiksaan. Aku suka dengar bunyi mereka mereka yang mengeluh dan melihat riak muka mereka tatkala aku melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Ha ha. Paling utama, jika aku keluar dulu, kantin akan lengang dan aku suka keadaan itu kerana ia memudahkan aku memilih lauk dan juga tandas asrama akan kosong dan aku boleh buang air tanpa sebarang bunyi bising. Ha ha.

Sahurnya, aku dan beberapa lagi rakan keluar makan. Kali ini kami melangkah jauh sedikit. Kami ke Restoran Haji Tapah untuk menikmati Ayam Tandoori Nan. Selesai makan kami pulang dan sambung mengulangkaji.

Esoknya tatkala sedang beratur untuk memasuki dewan peperiksaan, tiba tiba sahaja perut aku memulas. Aisehmen, ini mesti tandoori punya pasal ini getus hati aku. Aku tahan. Tapi makin aku tahan makin memulas pulak.

"Psst, Pian. Perut aku sakitlah." rintih aku pada kawan aku di hadapan.

"Isk kau biar betul? Nak masuk dewan dah ni. Tahanlah." Usul Pian.

Nak tak nak aku tahan. Entah kenapa aku malas betul nak ke tandas masa itu. Lalu kami pun masuk ke dalam dewan. Aku duduk di tempat aku. Dan entah macam mana rasa memulas itu pun hilang. Ah leganya. Kertas soalan di beri, kemudian kami pun mula menjawab. Entah macam mana tak lama lepas itu, rasa memulas datang semula. Aduhhhh sakitnya perut. Puaslah aku mengepit kaki kejap ke kiri kejap ke kanan. Tak senang duduk jadinya. Dan tanpa dapat aku tahan, tanpa ada sebarang amaran, dan tanpa dapat aku cuba untuk melindunginya, tiba tiba... aku terkentut.

Terkentut bukan yang kuat. Tapi yang sangat perlahan dan panjang. Dan tak sampai beberapa saat, bau busuk pun melingkari udara dewan peperiksaan. Urghhh. Busuk siot! Aku jeling jeling mereka yang duduk disebelah kiri kanan aku, dua dua menutup hidup. Mamat di depan aku asyik pandang kiri dan kanan seolah olah mencari siapa yang punya angkara. Oh aku tak dapat bayangkan mamat kat belakang aku itu.

Lalu tanpa lengah, dengan penuh perasaan malu dan bersalah aku menjawab semua soalan dengan pantas sekali. Dan akhirnya aku dapat jawab semua soalan dalam masa 2 jam. Aku takde nak semak semak dah. Lantaklah, aku angkat tangan dan terus meluru keluar. Waktu itu aku tak fikir apadah yang aku tahu aku nak membuang. Dan terbitlah suara suara mengeluh memenuhi dewan peperiksaan itu. "Aaaaaaaaa", seolah olah memprotes kepemergian aku yang amat cepat itu.

"Aku sakit perutlah mangkuk!" jerit aku dalam hati.


Monday, September 17, 2007

Tanya

Di suatu petang, ketika Ramadhan belum pun tiba, ketika itu langit agak cerah dengan rona yang menghampiri senja itu, aku membawa Adib ke taman permainan. Kami berjalan kaki sahaja. Saja aku nak bagi Adib penat. Bila dia penat dia nak tido. Bila dia tido dapatlah aku dan Queen buat apa apa yang patut seperti mengemas rumah, masak air atau apa apa sahaja.

Dari rumah ke taman permainan itu, kami melewati beberapa rumah lagi. Jiran jiran kesemuanya. Dan aku terjumpa dengan seorang jiran ini sedang mendukung anaknya, lalu kami pun berbual. Soalan soalan lazim pun berbalas jawapan seperti kerja di mana, anak berapa orang, orang rumah kerja ke tak, anak umur berapa tahun, sudah sekolah ke belum dan sebagainya.

Lazimnya bila bertemu dengan orang baru, soalan soalan itu semua sudah tersusun elok di dalam kepala aku ikut turutan. Mula mula aku tanya kerja mana, lepas itu orang rumah kerja ke tak dan seterusnya. Entah macam mana selepas dia menjawab soalan aku anak berapa orang tidak semena mena aku pun bertanya soalan ini,

"Anak kerja mana?"

"Err yang mana? Yang sulung tu ke?" tanya jiran aku itu dengan muka yang tak beberapa faham soalan aku.

"A.ah yelah." jawab aku. Takkan anak kau yang tengah kau dukung ni yang baru umur 4 bulan ni aku nak tanya kerja mana getus hati aku yang juga tidak dapat menangkap maksud kesalahan soalan aku itu.

"Eh belum kerja lagi baru umur 4 tahun. Tadika baru." jawab dia.

"Ooo" jawab aku. Kemudian aku berfikir, apa yang aku tanya tadi? Lalu otak aku pun rewind semula senario itu. Ooo patutlah mamat ni blur semacam je, aku nak tanya anak dah sekolah ke belum, macam mana pula boleh tertanya anak dah kerja ke belum. Isk isk isk.

Balik aku cerita pada Queen, dan dia hanya tergelak sahaja.

Saturday, September 15, 2007

Ikan

Ikan oh ikan kenapa engkau mahal? Macam mana aku tak mahal, kami pun politik juga. Kami pun politik juga!

Singgah lagi pasar Ramadhan di Bandar Baru Salak Tinggi petang semalam. Mulanya ingat nak beli nasi tomato sahaja, tapi teringat pula yang Queen nakkan ikan bakar. So aku pun singgahlah di sebuah gerai yang menjual ikan bakar.

"Kembung berapa?" tanya aku.

"RM3.00 bang." kata mamat itu.

Isk isk aku tengok kembung dia kecik je. Setakat bakar bakar gitu pastu kepil dengan kuah asam, takkanlah RM3.00. Aku tengok ada Talapia. Ok juga saiznya. Belum sempat aku tanya mamat kat sebelah aku berminat pula, dia tanya harga dan terus beli. Aku tengok ada seekor lagi talapia tapi hangus dan kecik amat.

"Berapa talapia yang ni?" tanya aku.

"Sama bang, RM3.00"

Cit. Talapia sebesar tapak tangan aku ni kau jual RM3.00. Aku nampak Cencaru. Boleh tahan saiz dia.

"Caru ni berapa?" tanya aku.

"RM4.00"

Bolehlah tu. Aku setuju dan terus membeli. Jalan jalan jumpa satu lagi gerai ikan bakar.

"Kembung berapa bang?" tanya aku.

"RM4.00"

Mak aiii. Gilos betullah! Tak jadi aku nak tanya ikan ikan lain.

Sudahnya aku sekadar beli Cencaru seekor, Gelama seekor, Kuih RM2.00, Soya panas satu dan kerabu mangga. Petang ni aku nak try kerabu sotong pula nampak cam sedap.

Friday, September 14, 2007

Rumah

Alas! Seperti yang dijanjikan, di sini aku kepilkan beberapa gambar rumah baru aku dan Queen untuk tatapan nafsu lapar kalian. Ha ha.

Pandangan dari depan

Ruang Tamu

Ruang Makan

Internal Garden yang telah diubahsuai menjadi tempat komputer

Dapur. Sorry ler, ruang kecik susah aku nak ambil gambar.


Bahagian belakang rumah.

Begitulah lebih kurang rumah rumah kami di Taman Ixora Bandar Baru Salak Tinggi. Sederhana sahaja. Kalau ada yang tinggal berdekatan jemputlah ke rumah. Kalian yang lain pun jemputlah jangan segan segan. Ingat, bawak makanan tau ha ha.

Thursday, September 13, 2007

Sambut

Salam Ramadhan! Selamat berpuasa semua dan selamat beramal ibadah. Beberapa hari lalu, aku ada masuk ke blog Bunga Rampai. Dan seperti biasa, kata kata yang dicoretkan di situ memang indah indah belaka. Aku dihidangkan dengan satu isen terbaru yang bertajuk Mencari Nur Qalbi, Allah betapa indah ilham yang telah Kau hadiahkan kepada Bunga Rampai. Dan seperti selalu jua, aku meminta izin dari beliau untuk menyajakkan isennya. Dan di bawah aku hidangkan kepada kalian 2 sajak yang telah aku olah dari isen Mencari Nur Qalbi oleh Bunga Rampai.

Di Ambang Ramadhan

di ambang Ramadhan
ada kaki yang kecundang
melintasi qalbi
mencari mutiara hati
tersembunyi di dalam kolam yang keruh
jemput si undan singgahnya tiada
memanggil kedidi terbang menjauh

sepekan sudah waktu bertemankan sunyi
merimbun duka mengait syair terpinggir
mengharap rahmat titis air langit
menangis, renyai berderai harapkan
sudahnya terik mendung bertamu enggan
pula bayu membisu

kian hari hati merekah gersang
dalam diam relung hati rajuk berbisik
kata pujuk mana dirujuk, di situ pulang hampa
diam saja bermuram durja
melangut di antara malam
mencari hilang penglipur lara

tafakur jua dalam akur
dulu lupa, kini kembali
pada sejdah usang itu jua
tersambut titis kesal airmata

Mencari Nur Qalbi

suluh bagai bersungguh mahu
cari mana sembunyi
di antara satu ruang cahaya
bertompokan di dalam gelap
cari di mana, redhaNya

begini lagaknya, malam semarak
berarak gelita menutup seroja
putih kelopaknya kering
kian, merasa waktu memamahnya
bakal punahkah ini kala menuju
ketenangan

sudahlah, sunyi meluka nurani
melompang puri sanubari
tercalar sehalus rambut
membuka luka jiwa
tuhan, singkapkan sekali lagi
indah cinta nur qalbi
riasan kalbu hingga bisa
terbang mengawan segala rewan

Salam Ramadhan.

Tuesday, September 11, 2007

Bising

Berapa lama dah aku pindah? Nak masuk 3 minggu rasanya. Dalam tempoh itu, baru semalam dapat tengok tivi. Bukan sebab baru semalam beli tivi, tapi sebab baru semalam pasang Astro. Ini kerana kawasan aku tu teruk betul penerimaan gelombang VHF/UHFnya. Sangat teruk!

Baru semalam juga dapat aku tengok berita setelah sekian lama. Dan kalau kau orang pun tengok sama, pasti kau orang tahu tentang yang bakar bendera tu. Kecoh ek? Pasal orang bakar bendera nak bising, yang dia orang tu bakar hati rakyat tak bising? Roboh masjid tak bising? Mempermainkan hukum Allah tak bising? Tak ambil tindakan isu murtad tak bising? Tak ambil tindakan masa masjid di Melaka kena baling dengan bangkai babi tak bising? Ha? Ha? Kes Memali tak bising? Kes jual air murah kat Singapura tak bising?

Kecoh!

Monday, September 10, 2007

Maskara 4

Aku tak pergi pun. Ya, betul. Aku tak pergi pun. Tapi aku nak taip juga tentang Maskara 4. Bukan tentang kelancaran majlis itu tetapi kenapa aku tak pergi.

Sebulan sebelum Maskara 4, aku, Elmaaniq dan Esis sudah berbincang. Untuk persembahan Narayuda nanti kami nak membaca sajak secara bertiga dan dalam bentuk theater. Kami semua setuju. "Aku sunat kau orang kalau tak jadi!" gertak aku. Elmaaniq dan Esis hanya tertawa.

3 minggu sementara menunggu tarikh keramat itu, bermacam macam hal berlaku. Aku cuba nak tetapkan masa untuk kami bertiga berjumpa dan berlatih sajak yang bakal kami sembahkan itu. Tetapi, macam aku taip awal tadi, macam macam hal berlaku. Aku dengan aktiviti pindah rumahnya dan Esis dengan shootingnya. Nampaknya kali ini Elmaaniq yang menjadi penunggu sejati. Last last kami berpakat, berjumpa terus di Rumah Pena pada 8hb itu yakni pada hari Maskara 4 akan berlangsung. Kami berpakat jumpa seawal 3 petang dan berlatih sampai malam.

Tapi Allah lebih berkuasa, seminggu sebelum tarikh itu, yakni minggu lepas, pada hari aku menerbitkan isen "Panel", keesokannya aku demam. Aku MC Khamis dan Jumaat di mana MCnya aku perolehi dari 2 klinik yang berasingan. Terer tak aku? He he he. Namun disebabkan aku berpegang teguh pada janji, aku gagahkan juga datang kerja pada hari sabtu sebab aku fikir sabtu aku setengahari lepas tu teruslah aku shoot ke Rumah Pena. Tup tup pukul 11 pagi macam itu Esis menghantar sms memohon ampun kerana tak dapat lari dari shootingnya. Jadinya tak dapatlah dia datang. Lepas membaca sms itu terus aku pun lemah semangat. Aku call Elmaaniq, kami berbincang dan aku beritahu dia, aku demam. Jika 8:30 aku takde maka takde ler. Sudahnya, memang aku tak pergi pun.

Aku tahu aku sepatutnya menghubungi Vovin untuk memaklumkan hal ini, dan entah macam mana aku terlupa. Pukul 8 malam Vovin call aku. Alamak ei, rasa bersalah betul aku. Aku minta maaf banyak banyak Vin, aku memang demam hari tu. Nampaknya, Elmaaniqlah yang akan menyunatkan aku dan Esis. Owh!

Apapun aku pasti, malam itu Maskara 4 berjalan dengan lancar. Dalam diam aku frust juga tak dapat pergi. Tak apalah lain kali insyaAllah. So jika ada sesapa yang datang malam itu untuk melihat aku maaf lah kerana mengecewakan kalian. Lain kali aku datang. He he he he.

Saturday, September 08, 2007

Mehla

Isk korang ni, dah sampai Maskara ke 4 dah ni. Meh la ke sana taknak jumpa aku ke? Isk isk isk.

Mehla wei!!!

Wednesday, September 05, 2007

Panel

Aku rasa tidak selesa. Di bahagian tekak terutama. Sekejap panas sekejap sejuk. Ya, seram sejuk. Jemariku panas, badanku sejuk. Oh, aku rasa macam nak demam. Malasnya nak ke klinik. Jauh. Paling paling MC pun 1 hari je.

Alangkah baiknya kalau bloggers ada klinik panel. Kan bess. "Ya dari mana? Blogspot, Blogdrive atau wordpress?" tanya jururawat yang manis-putih melepak-rambut ikal mayang-hidung bak seludang-berlesung pipit-dan oh, dah kahwin rupanya.

Alangkah baiknya kalau bloggers ada klinik panel. Sudah pasti doktor itu sangat memahami. "Baik, awak ni tak sihat. Saya bagi MC 1 minggu tak payah makan ubat, just berblog sahaja setiap 3 jam. Ok?"

"Ok doktor! Saya akan ikut cakap doktor!"

Hai. Alangkah baiknya kalau bloggers ada klinik panel.

Tuesday, September 04, 2007

Kompeni

2003

Aku dan Shazrul lepak lepak. Sambil menikmati keindahan malam. Dan juga ketidaksegaran tembakau Dunhill. Berkepul kepul. Asapnya kemudian yang telah dihembus itu menerawang perlahan di dalam kontena yang telah diubahsuai menjadi pejabat yang mana lantainya apabila dipijak tapak demi tapak akan mengeluarkan bunyi berkeriut. Sudah pasti jika bunyi keriut itu jika didengari dari bangunan usang yang menanti rebah sedang kau berada di dalamnya akan menimbulkan keresahan yang amat.

"Aku ingat nak bukak kompeni la." Kata aku mencelah lorong lorong kesunyian yang berliku di dalam pejabat kontena itu sekaligus memulakan perbualan.

"Uiks baguih tu." Sokong Shazrul dalam loghat Penangnya. "Hang nak bukak kompeni apa?"

"Aku nak bukak kompeni komputer. Menjual, memasang dan membaikpulih komputer. Ok tak?" ulas aku ringkas.

"Ok tuuuu. Hang nak buh nama apa?"

"Aku nak buh nama Binjai Dynamic Enterprise. Ok tak?"

"Tu dia aih. Apala nama tak syok langsung."

"Dah tu nak buh nama apa?"

"Sat aku pikiaq"

Dan lorong lorong kesunyian kembali menjalar di dalam pejabat kontena itu sambil kami berbalas hembus asap yang disedut yang kemudiannya,

"Ha aku tau, hang buh nama ni," dicelah oleh Shazrul.

"Apa dia?" tanya aku, berminat.

"Hang buh nama Lelaki Suci Enterprise."

"Chet! Apa kejadahnya nama syarikat Lelaki Suci?! Poodah!"

Dan gelak ketawa kami memenuhi setiap lorong lorong kesunyian sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas antara sunyi, batuk dan kuat tawa kami.

Ha ha.

Monday, September 03, 2007

Nangis

Hari ini secara rasminya, Adib akan tinggal di TASKA di sepanjang waktu aku dan Queen berkerja. Seawal pukul 7 pagi, kami telah menghantar Adib. Dan dia bagai tahu kami akan meninggalkan dia di situ lalu dipeluknya aku kuat kuat. Taknak lepaskan. Hatta jika aku lepaskan tangan, maka dia akan beralih pula kepada ibunya.

Namun masa tidak mengizinkan kami untuk berlama lama di situ. Maka terjadilah saat perpisahan. Dan Adib pun meraunglah sekuat hati. Yang aku marah betul ni, budak TASKA tu pun, bawaklah Adib tu masuk dalam rumah, ni tak duk kat luar lagi memang lamalah dia nangis.

Kendatipun begitu, lama lama nanti oklah Adib tu. Dia senang dipujuk, kalau pandailah. Tak lama petang nanti ambil semula. Oh ya, aku asyik terlupa je nak ambil gambar rumah. Nantilah aku cuba ingat petang kang esok lusa boleh upload kat sini. Apa nak buat, pokcik dah tuo...