Friday, September 22, 2006

Naik Bot

Aku kenal dengan Shazrul, yang tinggi lampai, kulit kuning langsat. Segak. Masih bujang kalau berkenan. Pada tahun 2002. Satu bahagian. Satu shift.

"Hang tau dak?" Shazrul.

"Dak" aku. Pantas.

"Ha la, aku tak kasi tau lagi!" Shazrul. Nada sedikit tinggi.

"Ha ha. Apa dia?" aku.

"Aku tak pernah mai KL hang tau dak. So masa aku mula mula sampai sini dengan 4 orang member. Kami jumpak ngan sorang lagi yang dah lama dok sini. So dia bawak kami pi jalan jalan." Shazrul.

"Hang jalan mana?" aku.

"Aku pi KLCC, Petaling Street. Semua la aku pi. Pastu member aku yang dok KL ni, ajak pi satu tempat bess. Dia kata syok boleh naik bot. So aku pun pi la ngan rama ramai ni. Ingat syok aa naik bot laju. Hang tau kita orang naik bot kat mana?"

"Mana?"

"Tu, kat Mines tu!" Shazrul

Aku tak tahan. Aku gelak sungguh sungguh. Shazrul pun ikut gelak sama.

"Hang tau dak? Aku berpuluh tahun dok KL ni, sekali pun tak terlintas nak naik bot kat Mines tu. Bess ke?" aku. Dalam ketawa.

"Hmph! Bess apa? Kami lepas kuaq dari bot tu tak bercakap! AKu bengang sungguh!" Shazrul.

"Ha ha ha" aku dan dia.

2004 Shazrul balik Penang.

2006 aku ke Butterworth ada urusan kerja.

"Wei wei, aku nak pi Butterworth ni!" aku. Dalam talipon bimbit.

"Bila? Dok hotel mana? Sampai nanti habaq mai la aku bawak ronda." Shazrul.

"Wei wei." aku.

"Awat?" Shazrul.

"Aku tak pernah pi Penang ni, aku nak hang bawak aku naik bot!" aku.

"Wa ha ha ha!" Shazrul. Bersungguh.

12 Bangsawan Menatang Sembah:

amanitium said...

kau pun orang utara ke king? hoh. aku pun tak pernah naik bot mines tu. pegi mines selalu tgk mende lain, haha.

kingbinjai said...

tak tak aku cuma terikut hahaha.

kau memang.

arianna adrizal said...

hahahaha.. mmg kelakar!

sy, tak penah pi penang pun..

INDERA KENCANA said...

Bot yang ada macam-macam bentuk tu ka..?? Had ada macam beruang panda, macam ikan duyung, macam ikan lumba-lumba tu ka?? ka?? Ka..??

kingbinjai said...

anne : jom! chewah :p

indera : ya kot?!

arianna adrizal said...

king,
takmo la. sat g kak queen kejar sy dgn senduk! muahaha.. gurau jek. ampunnn ya.

o, ya! sampai bukit bendara jgn lupa tulis nama atas batu ya ;)

kingbinjai said...

ha ha

Lan Rambai said...

jadi.. ko naik bot apa kat penang? atau ko naik feri?

kingbinjai said...

ha ha tentunya feri! ha ha

BooK said...

tak silap aku
bot kat mines tu mahal gile
ye ke?

bunga rampai said...

Gelak baca entri, gelak baca komen-komen :)))

Ada lagi cerita pasal Shazrul?

Salam Ramadhan.

kingbinjai said...

book : mahal mungkin. gila tu tidak la.

bunga rampai : habis dah kot. kalau nak tau lebih pasal shazrul kene suh dia bukak blog la hahahaha