1 Trillion! Mana?!
2 hari ini kecoh di akhbar, forum tv dan berita tentang angka 1 trillion. Nilai dagangan eksport kita mencecah 1 trillion. Yakni kenaikan sebanyak 10.5% dari 2005. Wow! Ini bermakna terdapat banyak permintaan dari negara kita. Dan kapasiti untuk memenuhi tuntutan nafsu dunia telah mencecah 1 trillion. Hebat bukan? Hebat kalau kau pandang dari sudut titik buta.
Aku cuma nak bawa kau orang tengok dari 2 sudut. Sudut Makro dan sudut Mikro.
1. Sudut Makro.
Apabila satu satu negara dan negara yang lain berurusniaga, mereka mengunakan konsep sistem barter. Jika negara A perlukan sesuatu dari negara B contohnya teknologi, maka negara B akan meminta perkara lain seperti contoh minyak, untuk ditukarkan. Namun jika kita mahu melihat adakah 1 trillion ini menguntungkan atau tidak, kita kena lihat nilai import berapa pula. Jika nilai eksport 1 trillion manakala nilai import adalah setengah trillion maka bolehlah ditarifkan negara kita untung setengah trillion. Jika nilai import melebihi nilai eksport, apa yang nak digembirakan. Setakat ini, belum ada kenyataan yang menyatakan berapa nilai import bukan?
2. Sudut Mikro
Di atas, adalah pandangan dari sudut Makro, sudut yang global dan besar. Sekarang mari kita lihat dari sudut yang lebih kecil atau mikro. Andaikan, nilai import adalah setengah trillion. Ini bermakna kita untung setengah trillion. Persoalannya, adakah kau, kau, kau, kau dan kamu menikmati keuntungan tersebut? Adakah apa apa perubahan kepada taraf kehidupan kita? Tiada bukan? Harga minyak tetap sama bukan? Tol tetap naik bukan? Jadi mana pergi keuntungan setengah trillion itu? Sama sama lah kita fikirkan.
Berjuang untuk rakyat konon... "Ptbhhhhhhh!"

0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment