Thursday, February 22, 2007

Poodah! Dan Wajah

Kali ini, dua isen serentak. Alah, kiranya macam 2 lagu yang dimainkan secara terus menerus tanpa henti. Medley la.


Ok. Mula mula, poodah! Pada mamat ini yang dengan sengaja mengtagkan aku. Baiklah disebabkan aku kurang ide maka aku jadikan tag ini sebagai isen ha ha ha. Jaga jaga kau orang yang tengah baca isen aku ini, ada yang bakal ditagkan! Mari kita lihat siapa yang kena!

6 Perkara pelik tentang aku.
(Apsal kau nak tahu?)

1. Aku suka ratah lauk.

2. Aku suka kumpul tiket keretapi seperti MRT, LRT, Monorail. Namun aktiviti ini terhenti sekerat jalan kerana aku jarang jarang ke luar negara dan masalah tiada penderma. Jadi sesiapa yang ada nak ke luar negara bagi tau la boleh aku kirim tiket keretapi, tapi mesti yang tidak di pakai punya! Yang dah pakai nak buat amende?

3. Aku suka bengkokkan ibu jari kaki setiap masa. Dan sekarang Adib melakukan perkara yang sama ha ha ha.

4. Aku suka kritik bila berada di depan tivi.

5. Aku suka makan french fries cicah ngan aiskrim.

6. Aku akan update blog sekali sehari. Dan jarang jarang aku tinggalkan bersawang lebih dari 3 hari muahahaha.

So, aku nak tag sapa? Aku diberi pilihan untuk mengtag 6 orang hmmm. Kalau aku nak tag orang yang tag aku boleh kah? So mereka yang terkena adalah :

1. Indera (semestinya!)
2. Mudin001
3. Adikyah
4. Aeyjay
5. Afifi
6. Elmariachi

Ok. Habis satu isen.


Ini Adib. Kurang sikit dah selesemanya. Camne boleh selesema? Mungkin penangan air sungai di Bukit Belacan agaknya.

0 Bangsawan Menatang Sembah: