Jerut Dan Poligami
Seminggu lepas, kita dikejutkan dengan berita tentang seorang ibu yang menjerut mati 2 anak lelakinya. Perbuatan si ibu mengundang pelbagai reaksi. Riak riak kehairanan sangat tebal jalurannya, bara bara kemarahan sangat merah warnanya. Dan semarak keadaan ditambah bila berita diulas berkenaan si suami yang mahu kahwin lagi sekaligus dikatakan punca tekanan bagi si ibu. Pelbagai kata nista dan carutan didengari. Macam macam.
Aku mahu membawa kalian ke titik tengah. Kita duduk di sini sekejap. Dan kita lihat suasana kiri dan kanan. Apa sahaja perbuatan si ibu itu, salah. Itu memang betul tidak dinafikan. Tetapi aku rasa tidak wajar kita memaki hamun si ibu berlebih lebihan. Kita kena ingat, ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Yang paling penting, kita tidak tahu apa yang sebenarnya di alaminya. Bukan aku hendak menyokong si ibu, tidak. Tidak sama sekali. Tetapi dalam hal seperti ini, kita perlu mengambil sikap berkecuali, kerana tuduhan tuduhan yang kita lemparkan, jika tidak tepat balingannya, akan bertukar menjadi fitnah. Seperti aku kata tadi, kita tidak tahu apa yang dialami oleh si ibu. Namun apa sahaja alasannya, ia tidak membenarkannya si ibu memperlakukan anak anaknya sebegitu rupa. Itu betul. Tetapi kita kena ingat, apabila tahap tekanan seseorang itu sampai ke tahap yang melampau, maka bisikan bisikan syaitan akan memberi kesan yang sangat efektif dan ini akan memberi perubahan kepada pertimbangan wajar. Kita jangan letak keimanan lemah atau kuat sebagai alasan. Kadang kadang keimanan yang kuat tetapi jika dia cepat berputus asa, maka perkara perkara buruk senang sahaja berlaku. Sebelum kita pergi jauh, cuba letakkan diri kita dalam situasi si ibu, apakah kita mampu bertahan?
Dikatakan isu, si suami mahu berkahwin lain, menjadi punca kepada kejadian ini. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Namun hal ini tidak kurang juga hangatnya. Ada yang mencemuh si suami kerana sibuk nak berkahwin lagi, malah perkara ini semakin tidak terkawal bagaikan kuda putih liar yang terlepas dari kandangnya, umum lelaki semua dicemuh kerana mementingkan nafsu sahaja. Aku sangat teragak agak untuk mengulas perkara ini, kerana 1. aku malas, apa sahaja yang akan aku katakan kau orang (perempuan) akan berkata aku mesti menyokong lelaki kerana aku ini lelaki. 2. kerana perkara ini tidak seharusnya dibincangkan lagi kerana septutnya kita semua sudah faham. Namun aku ingin ulas juga, bukan kerana aku lelaki tetapi kerana hukum itu adalah ketetapan Allah. Setiap yang diturunkan oleh Allah untuk umat manusia adalah baik semuanya dan ini termasuklah hukum berpoligami. Jadi apakah hukum ini kau orang rasa tidak baik? Jika kau orang rasa begitu maka adakah Allah melakukan kesilapan kerana meletakkan hukum ini? Berani kah kau orang mengatakan hukum ini tidak baik untuk manusia yang sekaligus percakapan itu melanggar ketetapan Allah? Maka berhati hatilah bila membuat andaian. Apa sahaja yang Allah tetapkan adalah utnuk kesejahteraan umat manusia itu sendiri. Lebih lebih lagi untuk kita, umat Islam. Yang menjadi masalah ialah kita. Kita sendiri puncanya. Sebab itu bila si suami mahu berkahwin lain maka dia dikenakan syarat, bukan suka suka saja nak kahwin. Syaratnya antara lain ialah mesti berkemampuan. Berkemampuan di sini bukan dari sudut batin sahaja malah dari segenap aspek. Dan yang paling penting mesti berlaku adil. Mungkin dalam kejadian ini si suami mampu memberi segalanya bila berkahwin lain kita tidak tahu. Jika si suami tidak dapat berlaku adil juga kita tidak tahu. Jadi kalau dia mampu berlaku adil, apa salahnya dia berkahwin? Ia bukan satu dosa. Mana lebih baik, membiarkan dia berkahwin atau melakukan zina di luar? Walau apa sahaja keadaan si suami itu, kita tetap tidak wajar utnuk melemparkan pelbagai tuduhan kerana kita tidak tahu hakikat sebenarnya, salah tuduhan kita maka fitnahlah jadinya.
Apa pun, kepada sang lelaki, jika tidak berkemampuan dari segenap segi, tak usahlah berpoligami, ianya akan merosakkan keadaan. Jagalah amanah yang satu itu dahulu. Ingatlah pesan Rasulullah :
Kita lelaki, kita kena lebih berhemah. Jika berpoligami bakal mengundang cerai berai, pada pandangan aku tidak usahlah. Poligami adalah peraturan yang telah ditetapkan Allah, walau tidak suka sekalipun dimadu, hati hatilah melemparkan tuduhan, takut takut tuduhan itu bersabit dalam membenci ketetapan Allah.

"Hadiah yang terbaik dari seorang isteri kepada suaminya ialah, membenarkan dirinya untuk dimadu. Dan hadiah yang terbaik dari si suami kepada isterinya ialah, tidak memadukan isterinya"
Kita lelaki, kita kena lebih berhemah. Jika berpoligami bakal mengundang cerai berai, pada pandangan aku tidak usahlah. Poligami adalah peraturan yang telah ditetapkan Allah, walau tidak suka sekalipun dimadu, hati hatilah melemparkan tuduhan, takut takut tuduhan itu bersabit dalam membenci ketetapan Allah.
0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment