Friday, February 02, 2007

Boleh

Islam, adalah satu agama yang mudah. Ianya melambangkan kesejahteraan kepada penganut penganutnya. Islam itu sendiri tidak susah. Contohnya bersembahyang. Sembahyang ini perkara wajib. Salah satu rukun Islam. Bagi yang tegar, maka tidak susah untuk melakukannya. Bagi yang benci kepadanya maka susahlah utnuk melakukannya. Kita ambil contoh sembahyang ini, yakni bila ketiadaan air. Nak sembahyang kena wuduk. Nak wuduk kena ada air. Kalau masa air takde macammana nak sembahyang? Susah bukan, air tak ada. Dan datangnya alternatif dari Islam itu sendiri, tayamum (kalau salah eja, minta maaf). Maka mudahlah jadinya nak bersembahyang bukan?

Namun ada segelintir penganut Islam merungut rungut. "Lecehlah Islam ni. Tak boleh minum arak, tak boleh judi tak boleh itu tak boleh ini!" Kalau ayat ini dikeluarkan dari mulut orang bukan Islam tak apalah, pasal dia tak faham. Tapi bila dari mulut orang Islam sendiri, mengucap panjanglah kita. Cuba kita renung, betul ke Islam ini susah?

Kenapa ada orang rasa Islam ini susah? Dia rasa begitu kerana dia tengok yang 'tidak boleh' sahaja. Dan secara tidak langsung juga, Islam memberi penegasan kepada banyak perkara yang tidak boleh dilakukan, seperti membuka aurat, judi, zina, arak dan macam macam lagi. Tapi cuba kita renung dalam dalam.

Kenapa Allah banyak menyebut banyak perkara yang 'tidak boleh' ini? Kerana yang 'boleh' itu terlalu banyak. Boleh minum air pakai sudu, boleh ketip kuku, boleh potong rambut, boleh makan aiskrim, boleh makan burger, boleh tidur tidur ayam, boleh mian tennis, boleh silang kaki, boleh berlari, boleh duduk, boleh mandi pakai sabun, boleh mandi tak pakai sabun, boleh jogging, boleh memancing, boleh makan mihun, MasyaAllah, kalau nak menyenaraikan benda yang boleh ini, tak cukup tempat rasanya.

Kita ambil pendekatan lain. Kita ambil dari segi bercukur.
Kita boleh :
1. Gunting rambut
2. Cukur misai dan janggut
3. Cukur bulu kaki (bagi perempuan)
4. Cukur bulu ketiak
5. Cukur sideburn
6. Cukur bulu ari ari
(kalau ada yang tertinggal sila tambah)

Yang tak boleh :
1. Cukur bulu kening.
(kalau ada yang tertinggal sila tambah)

Nampak tak? Dalam 1 aspek 6 perkara dibolehkan hanya satu perkara tidak boleh. Kita ambil aspek lain pula. Aspek minum.

Kita boleh :
1. Minum teh
2. Minum kopi
3. Minum susu
4. Minum air gas
5. Minum air sejuk
6. Minum air panas
7. Minum air oren
8. Minum sirap bandung
9. Minum air herba
10. Minum air oren campur sirap

Yang tidak boleh :
1. Minuman yang merebahayakan kesihatan seperti racun, air longkang, lopak.
2. Minuman yang memabukkan seperti arak dan lain lain.

Nampak, dalam aspek minum sahaja, yang dibolehkan itu banyak (saya hanya senaraikan 10 sahaja) manakala yang tidak boleh 2 sahaja (kalau ada lagi sila tambah mungkin saya lupa). Ini belum aspek aspek lain lagi. Tengok betapa mudahnya Islam ini. Betapa Islam ini satu gaya hidup yang sempurna dan hebat. Betapa agungnya Allah swt. Namun masih ada yang suka mempertikaikannya. Itulah kalau dah sekular sangat jadilah macam perempuan ini. Sayang sungguh. Memang sayang kerana ia keluar dari mulut orang Islam sendiri. Sangat menyedihkan.


0 Bangsawan Menatang Sembah: