Keretapi Rakyat
keretapi rakyat
bergerak laju di horizon
bertentangan hala tuju
rupanya dibiayai begitu
keretapi rakyat
gegaknya merempuh ketetapan
jelajah malam dijajah bintang
destinasi : halimun
laju ia tanpa kesedaran
melepasi tanda had laju
dan amaran bahaya
cerun di hadapan
keretapi rakyat
belum ada tanda berhenti
mata mata dura bersuara
ah! pemandunya sedang sawa!
P/s : Hadiah misteri terpaksa dimisterikan terus ekoran tiada seorang pun yang memberi komen dalam bentuk jeliran lidah dalam isen semalam. Walaubagaimanapun, penganjur mengucapkan terima kasih diatas sambutan anda semua. Sila cuba lagi. Ingat! Mesti dapat nombor satu!
0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment