IKM Siri 3 : Video
kiSetiap kejadian dijadikan pasang pasangan. Begitulah dengan tivi yang kami miliki itu, sibuk hendak kami pasangkan. sementelah dengan nafsu muda kami yang suka pada perkara lagha, maka risik risiklah kami mencari jodoh tivi itu yang berpadanan.
Suatu hari, Burberg membawa balik video. Wah, ini sudah baik. Hajat untuk menjodohkan si tivi itu pun tercapai. Maka bertambahlah lagi aktiviti kami. Belajar, meronda dan menonton video. Apa yang nak jangka? 22 orang pemuda dalam satu apartment berkongsi 3 bilik dan 2 bilik air sudah tentu video biru menjadi pilihan. Walaupun ianya akan ditengok selama 10 minit sahaja, namun video jenis itu tetap juga disewa setiap kali ke kedai video. Namun video Burberg macam biskut. Kejap dia bawa balik Gombak, kejap dia bawa balik ke Shell. kejap Gombak kejap Shell. Bosan dengan kaedah ini, Payat mengambil inisiatif. Meminjam video dari abang iparnya (rasanyalah, entah aku pun dah lupa). Tapi hampa. Vidoe itu sudah rosak dan perlu pembaikan. Video itu kemudian dihantar ke kedai membaiki alatan elektronik.
Hari berganti hari berganti hari sudah seminggu. Setiap utusan Shell yang dihantar, membawa pulang berita yang tak sedap didengar "Belum siap!". Darah muda mula bergolak. Maki hamun mula meniti di setiap bibir. Utusan yang kesekian kali di hantar. Jawapan yang berbunga diterima "Esok siap!". Wah masing masing berbunga. Sudah terlintas di kepala masing masing cerita apa nak sewa.
Esok selepas habis kelas. Poyak di tugaskan untuk mengambil video tersebut. Manakala kami ke kedai video. Aku sibuk di rak rak mencari cerita movie yang belum aku saksikan. Yang lain sibuk di kaunter. Membelek katalog cerita cerita biru. Aku malas nak komplen. Pada aku lebih baik menyewa cerita cerita filem dari biru yang hanya akan ditengok selama 10 minit sahaja selepas itu masing masing akan buat hal sendiri, pergi minumlah, tidurlah, apalah, akhirnya tivi itu yang beraksi sengsorang. Namun itu peluang baik pada aku. Kerana aku tak perlu tunggu 2 jam atau 1 jam setengah untuk melihat cerita cerita pilihan yang telah aku sewa.
Kami di rumah menanti Poyak dengan penuh debaran. Pulang sahaja Poyak dari kedai, tak perlu lama, hampa segera menyinggah bila melihat tiada video ditangan poyak. "Tadak! Belum siap!" kata Poyak. Kekecewaan menyelubungi segenap ruang.
"Apa dia cakap?" soal Buyung.
Dan Poyak menceritakan segalanya...
"Belum lagi la. Banyak barang rosak." tauke.
"Apa ni tauke?! Lu cakap semalam hari ini siap. Sekarang tak siap lagi? Apa ni?" marah Poyak.
"Nantilah itu spare part belum sampai."
"Ahhh saya tak kira. Esok mesti siap! Esok saya datang, itu video mesti siap kita orang mau tengok blue tau ka?!"
Dan tauke itu hanya tersengih tersipu malu. 2 hari selepas itu, si tivi tidak lagi kesunyian.
P/s : Maaf, jika menyinggung mana mana pihak.

* * *
"Alo tauke, saya mau angkat itu video sudah siap ka?" Tanya Poyak."Belum lagi la. Banyak barang rosak." tauke.
"Apa ni tauke?! Lu cakap semalam hari ini siap. Sekarang tak siap lagi? Apa ni?" marah Poyak.
"Nantilah itu spare part belum sampai."
"Ahhh saya tak kira. Esok mesti siap! Esok saya datang, itu video mesti siap kita orang mau tengok blue tau ka?!"
Dan tauke itu hanya tersengih tersipu malu. 2 hari selepas itu, si tivi tidak lagi kesunyian.
P/s : Maaf, jika menyinggung mana mana pihak.
0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment