IKM siri 1 : Amaran
Di IKM kami para pelajar tinggal bertaburan di 3 tempat. Satu di rumah banglo dua tingkat yang di panggil Railway kerana berdekatan dengan landasan komuter. Dua di Jalan Klang Lama yang kami panggil Kanagapuram. Kerana diamnya rumah sewa itu di Taman Kanagapuram. Dan tiga, tempat penginapan aku bersama 21 pelajar yang lain, sebuah apartment 5 tingkat, yang kami panggil Shell kerana sebelah apartment itu ada stesen minyak Shell.
Alkisah, apabila 22 orang pelajar menginap di satu apartment 3 bilik dan 2 bilik air, maka banyaklah kerenahnya. Macam macam ada. Buyung selaku ketua yang amat tegas berjaya menyatu padukan kami dengan kegarangan dan maki hamunnya, kecuali dalam bab gotong royong mengemas rumah (tatkala ini semunya akan lari) dan dalam bab membasuh pinggan.
Jenuh sudah maki hamun di lontarkan, namun pinggan mangkuk, periuk belanga, cerek dan periuk nasi tetap tidak berbasuh selepas digunakan. Suatu hari aku, buyung, poyak, payat, senget dan jumadin berbincang untuk mengatasi masalah ini. Dan entah dari siapa terbit ide, untuk menampal sekeping amaran yang berbunyi begini :

"Sesiapa yang tidak membasuh pinggan, mangku, cerek dan periuk nasi selepas digunakan dia adalah BABI."
Kami ketawa mengekek ngekek bila sedang menampal poster itu di dinding dapur. Hasilnya? Semenjak hari itu dapur sentiasa kemas. Namun keamanan itu telah tergugat bila berlaku satu pergaduhan kerana seorang pelajar telah mengejek seorang lagi pelajar "babi, kerana tidak membasuh pinggannya. Dan di atas dasar keselamatan dan keharmonian, poster itu telah dibuang, dan dapur kembali berselerak seperti selalu.
Dan aku hanya mampu mengeluh di dalam hati, "Babi betul lah!" bila saat aku nak mentanak nasi, periuk nasi tidak berbasuh dengan nasi yang telah berkulat di dalamnya.

0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment