Gatal
Adoilah, panas ek sekarang ni. Maklumlah dah kemarau. Namun, semalam hujan. Alhamdulillah. Sejuk sikit. Kau orang takpelah, kerja dalam kantor berhawa dingin. Tidak terasa sangat.
Aku? Kerja dalam bengkel yang besar berbentuk segiempat sama. Ada 9 biji aircond. Satu je yang berfungsi. Yang lain semua out! Dan ini memaksa aku membuka semua tingkap dan pintu belakang. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi memandangkan bengkel aku adalah bengkel berjenis "Clean Room." Tapi memandangkan cuaca yang panas, maka aku terpaksa buat begitu. Setakat ini belum ada yang berani tegur. Macam tahu tahu sahaja, aku akan sembur dengan kata makian jika ditanya mengapa buka semua tingkap.
Cuaca yang panas seperti hari hari lain, telah mengaktifkan alahan aku. Ya, aku alah kepada panas. Bukan bermaksud aku Putera Lilin. Cuma aku tak boleh tahan cuaca panas yang melampau kerana ia menyebabkan aku kegatalan terutama di bahagian tengkuk dan belakang. Dan jangan kau cuba nak berkata "Alah neraka lagi panas!" Memang la neraka lagi panas ngok! tapi ini cerita dunia so letakkan minda kau orang di dunia.
Aku menggaru dengan penuh kelecehan. Tangan aku walaupun panjang, namun ada sesetengah bahagian di belakang badan tidak tercapai oleh aku. Maka terkial kial la aku menggunakan pelbagai jenis alat seperti, pen, pembaris, pensil, flier dan macam macam lagi, semata mata mahu menggaru tempat yang gatal.
"Hafiz." Panggil aku. Dan Hafiz memandang aku. "Tolong skit boleh?" Tanya aku.
"Tolong apa?"
"Tolong garu belakang aku jap. Gatal lah. Tak tahan." Dan permintaan tulus ikhlas aku disambut dengan gelak ketawa Hafiz. "Cepat la wei!" jeirt aku.
"Ha ha macam sial! Kau ingat aku adik kau ke?" Gelak Hafiz sambil keluar dari bengkel.
Ceh!

0 Bangsawan Menatang Sembah:
Post a Comment