Wednesday, February 07, 2007

IKM Siri 2 : Tivi

Di Shell, kami hanya ada sebuah tivi. Itu pun sudah rosak. Sejak sekian kami menonton tivi yang tidak memaparkan sebarang gambar kecuali bayang bayang kami. Bosan! Amat! Mujur ada radio. Namun ketiadaan tivi amat dirasai oleh aku dan Mie kerana kami berdua peminat fanatik X-File.

Akhirnya kami, 22 orang penghuni Shell sepakat mahu meminta tivi dari IKM. Usul dibuat dan dihantar. Alhamdulillah, seorang lecturer yang baru pulang dari German menghadiahkan sebuah tivi kepada kami yang dibelinya dari German.

"Tivi ni rosak sikit, kau orang repairlah ya, bila lagi nak praktis skill kan?" saran lecturer itu.

Tivi itu telah ditatang oleh kami dengan sepenuh hati. Bagaikan orang yang kemaruk bercinta tivi itu kami lap lapkan habuknya dan untuk seketika, kami bagai orang jakun. Proses membaik pulih pun bermula. Dari seorang ke seorang mula menunjukkan skill masing masing. Setiap tangan yang membaik pulih tivi tersebut, pasti sahaja ada komponen yang dibeli dan ditukar.

Setelah beberapa minggu, dengan 22 juruteknik, tibalah saat untuk di uji. Plug dipasang. Suis di aktifkan. Dan...

"Hooray!" jerit kami bila melihat cahaya putih bintik bintik hitam mewarnai skrin tivi itu. Keseronokan kami tidak terbayang melihat hasil kerja 22 orang berhasil. Agaknya beginilah perasaan doktor yang cuba menghidupkan Frankestein. Siaran mula dicari. TV1 dapat. TV2 dapat. Masa untuk mencari siaran TV3. Tiba tiba... muncul di skrin samar samar, warna biru dan sebaris tulisan : Mega TV. Kami semua terdiam. Mega TV? Biar betul?! Siaran dicari lagi perlahan lahan fokus kepada Mega TV yang kesamaran itu. Perlahan lahan, perlahan lahan, skrin menjadi terang dan kami menjerit kesukaan lagi. Kerana TV3 yang dicari kami, dapat pula siaran Mega TV - HBO. Pencarian diteruskan. Mana tahu, ada lagi siaran Mega Tv lagi. Hasilnya, satu HBO, satu Cartoon Network (yang hanya boleh ditengok ketika hujan lebat) dan satu siaran sukan yang memang menyeksakan mata bila melihatnya (walaupun ketika hujan lebat).

Selama 2 bulan, kami bersuka ria dengan HBO. Aktiviti ponteng kelas makin kerap. Malah pelajar pelajar dari Railway dan Kanagapuram datang menyinggah. Selama 2 bulan itu kami kufur nikmat. Sehingga pada suatu hari, Mat Nasir, dengan tangan yang gatal cuba mengelokkan siaran Cartoon Network.

"Tak payah la Nasir biaq pi la." kata aku.

"Sat la hang ni pun." balas Nasir.

Tiba tiba. "Krshhhhhhh" bunyi tivi tersebut. Sudah! Cartoon Network terus blur. Nasir gelabah. Aku suruh dia tukar channel. Sudah! HBO hilang. Check lagi, habis. Kompem semua hilang. Nasir gelabah. Aku sudah memaki hamun dia dari belakang. Nasir mencuba sedaya upaya mendapatkan siaran balik. Hasilnya amat mengecewakan. Tiada lagi siaran HBO. Nikmat telah ditarik balik. Sekembali yang lain lain dari kelas, perkara sebenar pun diketahui. Dan sejak hari itu, selama 2 minggu Nasir telah dipulaukan.

"Cari balik HBO tu, aku tak kira. Selagi tak dapat selagi itu kita orang tak nak bercakap dengan kau!" jerkah Buyung.




0 Bangsawan Menatang Sembah: