Wajarkah?
Ayat ayat Al Quran yang diwarisi kepada kita dari Nabi Allah Muhammad saw adalah satu perkara yang begitu suci kepada kita umat islam. Kesucian ia berdasarkan kepada fakta yang Al Quran itu adalah kalamullah, iaitu kata kata Allah. Persoalan adakah wajar atau sesuai atau perlu ia dijadikan ringtone menimbulkan pelbagai reaksi dari setiap pihak.
Itu pendapat beliau. Saya amat menghormatinya. Lalu saya persoalkan beberapa perkara :
1. Penjualan.
2. Kesucian.
3. Keberkesanan.
4. Propaganda.
1.Penjualan
- Dari konteks ini, bagaimana atau apakah hukumnya aktiviti dan hasil penjualan tersebut? Kerana kita tahu rata rata yang menjual ringtone Al Quran ini bukan terdiri dari umat islam? Apakah boleh, orang orang bukan islam melakukan penjualan ini?
2. Kesucian
- Ayat ayat Al Quran adalah suci. Sedangkan Al Quran yang berbentuk buku itu, hukumnya untuk kita meletak di satu satu tempat mestilah lebih tinggi dari paras pinggang. Bagaimana dengan ringtone ini atau ayat Al Quran dalam bentuk CD? Jika ia dijual oleh orang bukan islam, tahukah dia tentang hukum ini? Bagaimana kalau dia meletak CD CD yang mengandungi ayat ayat Al Quran ini merata rata dan sekali sekala terpijak pula CD tersebut?
3. Keberkesanan.
- Dari faktor ini, jika isu ini bertujuan untuk mendidik umat islam supaya mendekatkan diri dengan ayat ayat Al Quran, sejauh mana keberkesanannya?
- Kita ambil contoh pembelajaran mengaji Al Quran di dalam bentuk CD. Sejauh mana keberkesanannya? Apakah seseorang yang tidak pandai mengaji boleh 100% pandai setelah melalui usaha ini? Tidak dinafikan ini satu usaha yang baik, tetapi berapa peratus yang bacaan seseorang itu betul sebutannya? Kerana jika dia tersilap CD CD tersebut tidak dapat menegurnya.
-
4. Propaganda.
- Kata kata Ustaz Hafiz itu ada kebenarannya. Tetapi saya lebih suka memandang di luar kebenaran itu sendiri. Seperti kata beliau, umat umat islam di negara ini, memang tidak banyak yang mendekati Al Quran apatah lagi menghafalnya dan mengetahui selok belok bahasa, sebutan, sejarah dan maksud sesuatu ayat Al Quran itu.
- Jesteru itu, apakah kita tahu, nanti jika ayat ayat Al Quran ini, suatu masa akan dipesongkan? Persoalan ini saya ambil dari faktor ringtone itu kebanyakannya dijual oleh bukan orang islam. Kita perlu ingat, musuh kita adalah orang orang bukan islam. Walau tiada tentangan secara terang ia tetap ada secara halus. Bukankah ini memberi peluang kepada mereka untuk merendah rendahkan dan menghina kesucian Al Quran?
- Satu syarikat telekomunikasi, memberi satu perkhidmatan, di mana boleh mendapat maklumat tentang hadis, doa doa dan ayat ayat Al Quran hanya melalui sms. Dari satu sudut memang ianya baik. Tetapi
Cadangan.
1. Usaha yang digalakkan ini bukanlah perkara yang tidak baik. Akan tetapi sekiranya ia tidak dikajiselidik dengan betul maka perkara perkara tidak baik mudah sahaja untuk berjangkit. Perlu diingat kita mempertaruhkan kesucian Al Quran itu sendiri. Oleh itu saya mencadangkan jika bersungguh benar mahu menjadikan ayat ayat Al Quran sebagai ringtone, maka wujudkan satu ketetapan dimana, ringtone hanya boleh dijual dan dibeli oleh kaum muslim sahaja. Pemantauan harus dijalankan dan adakan hukuman kepada setimpal sekiranya berlaku penyelewangan.
2. Adalah lebih baik memperbanyakkan madrasah madrasah mengaji Al Quran, dengan ini umat islam boleh mempelajarinya dengan seorang guru yang lebih arif dan cara ini tentunya lebih berkesan. Sebagai permulaan berilah bantuan kembali kepada SAR. Tak rugi pun. Takut apa?
3. Perbanyakkan program program ilmiah. Kurangkan hiburan yang berleluasa seperti Sure heboh, AF, Mentor dan yang seangkatan dengannya. Beringatlah, dunia sudah tua.
4. Beri perhatian dan liputan media sekiranya ada dikalangan umat islam yang menang berzanji, yang menghafal Al Quran dalam usia muda, beri bantuan sewajarnya. Dengan cara ini ianya dapat menimbulkan kesedaran dan menaikkan semangat umat islam serantau dan ianya lebih efektif berbanding dengan menjadikan Al Quran itu sebagai ringtone yang nanti akan berbunyi di dalam tandas, atau para bapa tidak lagi mengazankan anak dengan suara sendiri sebaliknya menggunakan ringtone sahaja, atau disimpan di dalam folder yang mengandungi perkara perkara lagha, atau CD CDnya disimpan dalam satu bekas dengan CD CD lucah!