Monday, December 11, 2006

Sesat






"Sesat di Kuala Lumpur, pahala dan dosa bercampur, tapi kita perlu hidup, kita perlu terus hidup..."












"King! King!" jerit Pian dari dalam bengkel.

"Amende?" aku, dalam spray room.

"Oi kau bawak burung hantu ke opis ke?" tanya Pian.

Aku yang sedang memberi nyamuk makan sedikit pelik dengan pertanyaan dia. "Burung hantu? Ada burung hantu ke?"

"Ada kat dalam stor tu aku ingat patung, bila aku tengok betul betul sekali dia bergerak. Bukan kau bawak ke?" Pian.

"Hoi apa halnya plak aku nak bawak burung hantu." Aku, sambil membontoti Pian masuk ke dalam bengel. Betul, ada burung hantu tersesat masuk dalam bengkel. Cantik. Untuk sementara aku dan Pian biarkan je burung tu dalam stor. Petang sikit, bermulalah operasi menghalau burung hantu.



Jeling dia kat aku yg tengah membuka 4 biji tingkap sebagai laluan keluar.


Aku lupa buka tingkap yang ini, sebelah tu dah terbuka, yang itu juga dia nak lalu.

Oi oi tak boleh lah kat situ, sebelah tu kan dah terbukak?!


Selamat tinggal beb, jaga diri baik baik. Jangan tersesat lagi ya!


P/s : Orang kata, kalau rama rama masuk pejabat, tandanya bos nak datang melawat. Kalau burung hantu masuk pejabat siapa yang nak datang?

14 Bangsawan Menatang Sembah:

tuan tanah said...

patutnya king boleh suruh ia jadi posmen.

p/s: harry potter kot yang nak datang? :)

neeziee said...

tu maknanya hantu nak datang.

INDERA KENCANA said...

Aku sepakat ngan Landlady, maknanya Harry Potter, eh bukan... Prof. Dumbledoor yang nak datang...

Aku tertanya-tanya, spesis Burung Hantu tu spesis Malaysia ke ye..?? Sebab muka dia ganas satu macam je..
Burung Hantu ni bukan burung penghijrah ke..?? Manalah tau kalau-kalau dia datang dari Benua Afrika ke, Antartica ke..??

INDERA KENCANA said...

Aku baru je dapat jawapan kenapa burung tu ada kat situ. Aku tahu, aku tahu...

Makanan utama burung hantu ialah tikus. Boleh jadi stor bengel tu banyak tikus, tu pasal dia masuk sampai ke situ..

Baik ko hati-hati bang. Tu baru burung hantu yang masuk kat situ cari tikus.. Dibuatnya ular yang masuk cari tikus kat dalam tu...??? Hiiieee... naya!!

blue_cherry said...

hamboi indera.. terer betul, penah jadi burung antu ker?

Sapa nak datang? jeng jeng jeng.. tungguuuuu..

blue_cherry said...
This comment has been removed by the author.
gitartong said...

terlepas dari zoo agaknya. cantik.

13may said...

aku rasa itu burung hantu jadian la....hahahaha...

fiqroorganisma said...

seram gak tgk muka dia. heheheh

INDERA KENCANA said...

Blue_cherry
Hahahhaha...
Kenapa saya tak dapat nak meninggalkan komen dalam kotak komen anda?

queserasera said...

Ada kat dalam stor tu aku ingat patung, bila aku tengok betul betul sekali dia bergerak. Bukan kau bawak ke?" Pian.
<-- camne si Pian ni bleh terpikir king yg bawak burung hantu ni eh? hehehehe... kompius jugak, hehe..

jowopinter said...

Bertuah kau dapat tengok burung hantu secar live...

Qasseh-Hati said...

bukan burung hantu penglihatan dia tak begitu bagus pada waktu siang ke? mungkin sesat kot.

kingbinjai said...

semua semua : hahahaha