Friday, December 22, 2006

Tujuh Taman

Aku dediakasi kan ini, untuk kalian di esastera dan para bloggers yang ku kenali dan yang mengenali diri ini. Semoga dirahmati, dimurahkan rejeki dan di lindungiNya selalu.

Tujuh Taman

tanah rata merah tanpa debunga
sirami air biar mengalir hilang rintih
penat jerih biar becak basah terendam
rumpur rumput pun tumbur subur mengharum
bersama cekal tapak ini asasnya

benih benih ditabur impian setinggi langit
cita cita nanti biar berbunga mekar setaman
usaha dan daya, sabar tawakal kita laksanakan
hurung sumurung meruak di laman
rena kencana istana harapan kita hiaskan

lima tiang serinya kita dirikan
kukuh luhur niat kita teraskan
ilmu dan iman menjadi bumbung berteduh
takwa kita lurut menirai jendela pedoman
citra impian jadi hiasan di dinding awan

di sini, lelah letih sesegara kita rehatkan
tujuh taman disuluh bintang lubruk disembahkan
di sini, kita sahabat sebesi halangan kita lenturkan
datang seteru usir tidak, kita tamukan
semoga bercambah matang mewangi seluruh zaman

8 Bangsawan Menatang Sembah:

hakim dirani said...

Wah! puisi yang menarik.

kingbinjai said...

wahhh! lama tak nampak!

Aku Bukan Bidadari said...

Wah puisi yang tersirat dengan maksud yang tersurat,

Semoga kita semua bertemu
Di langit ketujuh jua
Dengan izin dan redhaNYA

kingbinjai said...

amin

BooK said...

puisi kau ni terlalu advance. bagi budak-budak macam aku. ha ha.

kingbinjai said...

manaaa

Qasseh-Hati said...

king: alangkah indahnya jika dunia imaginasi ciptaan mu ini dapat dijadikan satu realiti.

kingbinjai said...

jom kita laksanakan