Friday, December 29, 2006

Pintas

"Kita hidup mesti ada matlamat! Dengan matlamat baru kita nampak apa yang kita nak. Dan ketika itu kita akan go for it!"
-
Ustaz Hafiz.


Kata kata itu masih terngiang ngiang di dalam telinga aku hingga ke hari ini. Apa matlamat aku? Dulu kita belajar, matlamat kita mahu score dalam exam. Mahu kerja. Tak mahu belajar dah. Pening dengan assignment. Selepas bekerja apa pula matlamat kita? Kahwin? Enjoy? Tak kurang juga ada yang mahu sambung belajar semula. Taknak kerja, tensen! Namun ada yang bermatlamat mahu hidup senang. Siang malam cari duit demi menjamin masa depan sendiri. Apa matlamat hidup aku? Aku sudah lupa tentang itu. Dalam aku kesibukan dengan kerja serta hanyut dengan permasalahan hidup. Aku tidak lagi fikir tentang matlamat hidup aku. Apa nanti nasib aku ketika tua? Jika aku tidak bertindak sekarang, kelam sahaja nanti yang menemani.

"Pasai apa kita sekarang rasa tidak bermaya?" Soal Ustaz Hafiz. "Kita pergi kerja balik kerja, sampai rumah makan tidur. Itu sahaja. Apa matlamat hidup kita? Mahu jadi senang? Mahu jadi jutawan? Mahu berjihad? Tanpa matlamat kita memang tidak bermaya, kita hilang arah tuju. Bila kita setkan matlamat. Kita tahu apa yang kita mahu dan kita akan go for it!"

Apa matlamat aku? Mahu hidup senang? Jadi jutawan? Ahhh... tipikal. Semua orang mahu jadi begitu. Kalau boleh mahu tidur je kat rumah 24 jam tapi bulan bulan duit masuk. Aku renung wajah anak aku dalam dalam. Apa masa depan dia? Masa depan dia adalah caturan dalam hidup aku. Dia adalah king dalam permainan catur kehidupan. Aku sebagai askar, knight, castle dan bishop perlu menjamin masa depan dia yang cerah. Ya! Matlamat hidup aku adalah kemenangan. Aku mahu menang! Aku mahu tundukkan king di pihak lawan.

Tuhan, adakah aku akan berjaya? Bantulah hambaMu.

"Sesungguhnya tiada jalan pintas dalam kehidupan."
- kingbinjai.


11 Bangsawan Menatang Sembah:

Rie said...

motivasi ni

kingbinjai said...

tanah seberang beb!

Bunga Rampai said...

Salam,

Huh, baru muncul menatang sembah ni :) Meh air basuh tangan tu, lama benar tak cuci tangan kat sini. Masa nak santai sikit ni pula internet buat hal..

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

bluecherry @ fai said...

Pernah rasa dah..

Buat yang terbaik untuk mereka jadi terbaik, walau tiada jaminan tp at least kita telah lakukan tanggungjawab kita.

Betul ker apa sy ckp nih?

kingbinjai said...

br : ya, betul. internet agak slow skang. gara gara gempa bumi di taiwan

blue : betul kot he he he

13may said...

selamat hari raya haji & selamat tahun baru 2007... hohohoho!

kingbinjai said...

tak nak beli buku?

INDERA KENCANA said...

Fokus babe, fokus. Kemudian go for it...

(Amboi, dah macam coach bolasepak pulak aku..)

kingbinjai said...

kau sebut perkataan fokus tu teringat aku pada cerita baginda lakonan jalil hamid ha ha

hakim dirani said...

Lawn kita ialah syatan dan nafsu, perangi mereka!!!!!!

kingbinjai said...

yeah!!!!!! eh, kau bila nak beli buku?