Wajarkah?
Ayat ayat Al Quran yang diwarisi kepada kita dari Nabi Allah Muhammad saw adalah satu perkara yang begitu suci kepada kita umat islam. Kesucian ia berdasarkan kepada fakta yang Al Quran itu adalah kalamullah, iaitu kata kata Allah. Persoalan adakah wajar atau sesuai atau perlu ia dijadikan ringtone menimbulkan pelbagai reaksi dari setiap pihak.
Itu pendapat beliau. Saya amat menghormatinya. Lalu saya persoalkan beberapa perkara :
1. Penjualan.
2. Kesucian.
3. Keberkesanan.
4. Propaganda.
1.Penjualan
- Dari konteks ini, bagaimana atau apakah hukumnya aktiviti dan hasil penjualan tersebut? Kerana kita tahu rata rata yang menjual ringtone Al Quran ini bukan terdiri dari umat islam? Apakah boleh, orang orang bukan islam melakukan penjualan ini?
2. Kesucian
- Ayat ayat Al Quran adalah suci. Sedangkan Al Quran yang berbentuk buku itu, hukumnya untuk kita meletak di satu satu tempat mestilah lebih tinggi dari paras pinggang. Bagaimana dengan ringtone ini atau ayat Al Quran dalam bentuk CD? Jika ia dijual oleh orang bukan islam, tahukah dia tentang hukum ini? Bagaimana kalau dia meletak CD CD yang mengandungi ayat ayat Al Quran ini merata rata dan sekali sekala terpijak pula CD tersebut?
3. Keberkesanan.
- Dari faktor ini, jika isu ini bertujuan untuk mendidik umat islam supaya mendekatkan diri dengan ayat ayat Al Quran, sejauh mana keberkesanannya?
- Kita ambil contoh pembelajaran mengaji Al Quran di dalam bentuk CD. Sejauh mana keberkesanannya? Apakah seseorang yang tidak pandai mengaji boleh 100% pandai setelah melalui usaha ini? Tidak dinafikan ini satu usaha yang baik, tetapi berapa peratus yang bacaan seseorang itu betul sebutannya? Kerana jika dia tersilap CD CD tersebut tidak dapat menegurnya.
-
4. Propaganda.
- Kata kata Ustaz Hafiz itu ada kebenarannya. Tetapi saya lebih suka memandang di luar kebenaran itu sendiri. Seperti kata beliau, umat umat islam di negara ini, memang tidak banyak yang mendekati Al Quran apatah lagi menghafalnya dan mengetahui selok belok bahasa, sebutan, sejarah dan maksud sesuatu ayat Al Quran itu.
- Jesteru itu, apakah kita tahu, nanti jika ayat ayat Al Quran ini, suatu masa akan dipesongkan? Persoalan ini saya ambil dari faktor ringtone itu kebanyakannya dijual oleh bukan orang islam. Kita perlu ingat, musuh kita adalah orang orang bukan islam. Walau tiada tentangan secara terang ia tetap ada secara halus. Bukankah ini memberi peluang kepada mereka untuk merendah rendahkan dan menghina kesucian Al Quran?
- Satu syarikat telekomunikasi, memberi satu perkhidmatan, di mana boleh mendapat maklumat tentang hadis, doa doa dan ayat ayat Al Quran hanya melalui sms. Dari satu sudut memang ianya baik. Tetapi
Cadangan.
1. Usaha yang digalakkan ini bukanlah perkara yang tidak baik. Akan tetapi sekiranya ia tidak dikajiselidik dengan betul maka perkara perkara tidak baik mudah sahaja untuk berjangkit. Perlu diingat kita mempertaruhkan kesucian Al Quran itu sendiri. Oleh itu saya mencadangkan jika bersungguh benar mahu menjadikan ayat ayat Al Quran sebagai ringtone, maka wujudkan satu ketetapan dimana, ringtone hanya boleh dijual dan dibeli oleh kaum muslim sahaja. Pemantauan harus dijalankan dan adakan hukuman kepada setimpal sekiranya berlaku penyelewangan.
2. Adalah lebih baik memperbanyakkan madrasah madrasah mengaji Al Quran, dengan ini umat islam boleh mempelajarinya dengan seorang guru yang lebih arif dan cara ini tentunya lebih berkesan. Sebagai permulaan berilah bantuan kembali kepada SAR. Tak rugi pun. Takut apa?
3. Perbanyakkan program program ilmiah. Kurangkan hiburan yang berleluasa seperti Sure heboh, AF, Mentor dan yang seangkatan dengannya. Beringatlah, dunia sudah tua.
4. Beri perhatian dan liputan media sekiranya ada dikalangan umat islam yang menang berzanji, yang menghafal Al Quran dalam usia muda, beri bantuan sewajarnya. Dengan cara ini ianya dapat menimbulkan kesedaran dan menaikkan semangat umat islam serantau dan ianya lebih efektif berbanding dengan menjadikan Al Quran itu sebagai ringtone yang nanti akan berbunyi di dalam tandas, atau para bapa tidak lagi mengazankan anak dengan suara sendiri sebaliknya menggunakan ringtone sahaja, atau disimpan di dalam folder yang mengandungi perkara perkara lagha, atau CD CDnya disimpan dalam satu bekas dengan CD CD lucah!
15 Bangsawan Menatang Sembah:
Saya tidak akan gunakan ringtone ayat-ayat suci Al-Quran. Sedangkan, untuk letakkan ringtone Nasyid memuji Allah dan Rasul pun saya tak sanggup, takut-takut telefon berbunyi dalam tandas!
Saya pun pernah bertanyakan soalan yang sama - apa hukumnya kalau saya burned CD Al-Quran atau downloadkan surah-surah dalam mp3 player/iPod - jika terpijak/tertendang apa hukumnya? Tapi tiada siapa yang boleh menjawabnya.
mengikut ustaz hafiz, ringtone ayat alquran atau cd, mp3 ayat quran yang di dalam CD/PC, ianya bukanlah 100% ayat alquran yakni, ianya lebih berbentuk binary code : 1011011 yang di gunakan untuk bacaan diantara pc dan perisian. binary code ini juga dipanggil sebagai computer language. apa apa sahaja data yang digunakan untuk bacaan pc seperti doc,xls,pps,mp3,dat,avi,mpeg, apa sahaja semuanya berbentuk binary code. oleh itu hukumnya tidaklah seberat seperti naskah asal al quran. wallahualam.
haramkan saja. tp king, ada gak yg bubuh perisian pocket al-quran pastu belu pun ada jugak.
tertarik dgn entri. al quran tetap wajib dimuliakan sebagai satu mukjizat dan panduan utk umat manusia. dan menjadi tanggungjawab umat islam untuk memulia dan memeliharanya.
cuma hari ini. aku perhatikan kita terlalu memuliakan al quran sehingga letaknya terlalu tinggi sehingga tak tersentuh, terusik dan akhirnya berdebu di rak2.
bukankah al quran itu mulia kerana ketinggian ilmunya kepada sesiapa saja yang mahu membaca dan mencari hikmah di setiap ayat-ayatnya.
bukan sekadar pada bacaan yang diulang2 dan akhirnya disimpan pada rak paling atas dan sukar dicapai.
wallahualam..
pacek : itu la tu
kelambu : sebab itu hikamh, hukum al quran di letak melebihi paras pinggang. so kita boleh nampak al quran tu, tapi terpulang pada individu. ada kesedaran tersentuh lah ia, jika tidak berdebu sahajalah
bacaan alquran jgn di 'set' sebagai ringtone la.. tapi boleh di dengar dimana2 tempat yg sesuai. memandu contohnya..
maksud aku, (tidak di set sebagai ringtone) ialah apabila ada panggilan masuk, bukan ayat2 alquran diperdengarkan.
Salam,
Pendapat peribadi, saya tidak bersetuju ayatul Quran dijadikan ringtone, seolah-olah tarafnya sama dengan ring tone yang pelbagai bunyi dan persembahannya.
gt, br : ya saya sokong
Tak bersetuju ayat al-Quran dijadikan ringtones...takut takut ayat2 tadi dipersendakan...
Ni dah jadi referandum ni... hmmm, susah nak kata...
Tetapi andainya ringtone ayat AlQuran itu mampu mendekatkan diri kita dengan Ad-Din, kenapa tidak?
indera : kalau ia lebih kepada con dan tidak pro bagaimana?
indera : kalau ia lebih kepada con dan tidak pro bagaimana?
Itulah dia. Tetap ada pros n cons...
Jangan sampai kitab suci dikomersialkan dengan cara yg salah sudah la....
betul betul
Post a Comment