Monday, December 04, 2006

Pelangi

di,
suatu petang minda ku terperangkap
dalam arus haba aliran besi
kesesakan lalulintas
selautan sumpah seranah
di mana sabar hanya perkataan

lalu muncullah ia
pelangi nan indah
berteman gerimis
di apit suam cahya mentari

betapa ku lupa
kesenangan itu dicelahan payah
kesengsaraan itu sementara
sekuat mana ikatan tali
kan terlerai jua dengan caranya

di,
suatu petang berteman pelangi
ia mengingatkan ku
betapa kita lemah serba serbi
selayaknya hamba pada yang Esa

dan ku percaya
manusia itu jika berupaya
pelangi itu juga mahu dikurungkannya

0 Bangsawan Menatang Sembah: