Saturday, December 09, 2006

Widuri

Widuri. Siapa yang tak tahu lagu ni? Rata rata semua orang tahu. Malah, satu Malaya tahu. Walaupun kau bukan peminat setia Broery atau peminat lagu lagu bercorak begitu, namun kau tetap boleh menyanyikan lagu ini dengan baik. Betul? Betullah tu.

Di IKM, kami hanya kenal melalui nama glamer. Nama betul memang tak tahu. Bila budak budak freshie masuk, maka berkerumunlah kami memberikan nama glamer. Dan salah seorangnya, terlekat dengan nama Kapal. Nama betul? Hey hey kan tadi aku kata nama betul memang tak ingat?!

Kapal sehostel dengan aku. Satu apartment di Jalan Klang Lama, 22 pelajar tinggal sebumbung. Kapal dengan Widuri, tidak dapat di pisahkan. Bagaikan aur dengan tebing, bagaikan sudu dan garpu, bagaikan mamat tu dengan EMC Libra.

Amnya, bila kita di institut, satu perkara yang sangat lazim adalah bangun lambat. Kebarangkalian untuk tidak ke kelas dalam satu minggu adalah tinggi sekali. Walaupun aku jarang jarang datang lewat, namun ada ada waktu terbabas juga. Namun, semunya berubah sejak ketibaan Kapal.

Pada setiap pagi, orang pertama yang akan bangun dulu ialah Kapal. Kapal akan mandi dulu. Selepas mandi kapal akan bersiap siap dengan uniform IKM. Setelah itu dia akan masuk setiap bilik sambil menyanyi, dengan kuat sekali.

"Widuri. Elok bagai rembulannnnnnnn sayanggggg!" Kemudian dia akan melalui hall, di situ ada beberapa katil bertingkat.

"Widuri. Bukalaaaah pintu hati untukkkuuuuuu!"

Kapal akan menyanyi sehingga semua orang bangun. Dan kapal terus terusan menyanyi setiap pagi. Sejak dari itu, hidup kami berubah. Kebarangkalian kami untuk lambat ke kelas amat rendah sekali. Sebaliknya kebarangkalian kami untuk sangap dalam kelas amat tinggi. Dan sejak hari tu, aku amat benci pada lagu feveret aku ini.


15 Bangsawan Menatang Sembah:

kel@mbu said...

ok la tu. x perlu lagi kuncikan jam loceng. :)

Sikenit Comel-AminBakish said...

kah kah kah.. bersyukurlah ada Kapal..

kingbinjai said...

ha ha ha

jamri said...

sekejap je aku tak singgah sini, tup..tup... dah bertukar skinblog... :-)

kingbinjai said...

lama beb sebenarnya!

tuan tanah said...

widuri?
saya tahu ini watak dalam salah satu novel ahadiat akashah.

(oh, jangan keji saya. saya pun baca novel pop juga zaman-zaman remaja dulu :))

kingbinjai said...

tuan tanah : saya juga baca :)

INDERA KENCANA said...

Ok lah dia nyanyi lagu widuri untuk kejutkan ko. Kalau dibuatnya disimbahnya ko ngan air, lagi haru...

Tapi dia mesti tak berani dengan ko pasal ko senior dia...

blue_cherry said...

Minat lagu "Jangan ada dusta..".

nice skin.. green lagik. :)

13may said...

Kapal??? aku pun ada member nama Kapal gak....perangai lebih kurang sama ajer...takkan org yg sama kot???

ps: kat penang kami panggil dia Kapai:D

kakLuna said...

novel ahadiat akashah tu tajuk dia - KOQIN KAREMO ke? best citer tu..widuri gadis misteri.

kakLuna said...

oh, koqin karemo by shamsiah mohd noor..silap la beb..

hmm widuri tu watak citer apa ek?budak hantu ke budak setan?

Mazudi said...

widuri tu lagu latiff Ibrahim ker?

Boleh buat kejut orang bangun pagi rupanya lagu nih.

gitartong said...

adei kici.. kapal singh ka?

kingbinjai said...

indera : dia suka tido kat katil aku

blue : he he he

13may : badan besar besar?

kakluna : sekrang tak baca lagi dah

mazudi : dey apada latiff ibrahim (yeke?)

gitartong : bukan juga uncle