Wednesday, January 31, 2007

Ubat Gigi

"Bang, nak beli Colgate Darlie." pinta seorang kanak kanak yang aku jangka berusia dalam 8 ke 9 tahun.

Permintaan dia membawa kejutan budaya kepada aku dan abang kedai itu. Walaupun urusan ku telah selesai. Namun aku tertarik mahu melihat adegan seterusnya. Kendatipun aku sudah dapat mengagak apakah yang dimahu oleh budak itu, namun hati aku tertarik untuk menyaksikan drama yang jarang jarang berlaku ini.

"Kau mahu Colgate ke Darlie?" soal abang kedai. Minta kepastian.

"Colgate Darlie." tegas budak itu.

"Isk mana satu ni? Colgate ke Darlie?" tanya abang kedai lagi.

"Colgate Darlie!" tegas budak itu lagi.

Abang kedai memandang wajah aku. Dia hanya tersenyum. Aku membalas senyumannya. Jika abang itu seorang kakak sudah tentu lebih manis senyuman itu. Abang kedai berlalu pergi ke celah celah rak yang tersusun di dalam kedainya. Seketika kemudian dia muncul sambil di tangan kanannya memegang Colgate dan di tangan kiri memegang Darlie.

"Nah! Pilih mana satu kau nak?" kata abang kedai.

Pantas, budak itu mengambil ubat gigi Darlie. Aku dan abang kedai gelak serentak. Secara naluri kami faham benar apa yang menjadi kelucuan. Dan aku terus keluar dari kedai itu. Di atas motor minda aku menafsir kembali kelucuan itu; Colgate = ubat gigi. Colgate Darlie = ubat gigi Darlie! Bersama deruan enjin motor, aku ketawa gelihati.

Tuesday, January 30, 2007

Jeritan

jeritanku (agaknya) terlalu kuat
bagi mengejutkan
seribu daya kebangkitan
atau mungkin (terlalu) perlahan

kedengkelan lenamu itu
keruh dengkurnya membingitkan alam
bangunlah! hering sedang mengelilingi kita

lalu ku simbah petrol ke atas tubuhmu
(ke atas lenamu)

"mancis mana mancis?"

P/s: Entah mengapa, aku tak berminat untuk menulis ceritera seminggu ini. Fikiran aku lebih tertumpu kepada sajak. Sementelah dengan pelbagai isu yang meruap ke muka, macam macam ide timbul di fikiran aku. Ada ke yang rindu untuk membaca tulisan tulisan aku yang tulus bercerita? Kalau ada, kau tidak keseorangan. Aku pun merinduinya. Tengoklah, selesai tugas untuk DBP nanti mungkin aku akan kembali normal he he he.

Sunday, January 28, 2007

Terbang

Di atas permintaan El, maka terimalah nukilan yang tidak seberapa ini. Jika ada salah silap maaf, saya tidak pandai. Terimalah dengan seadanya, dari saya untuk anda semua sebuah sajak yang bertajuk "Terbang".


aku mahu terbang
bukan dengan sayap sepertimu burung
tapi seperti dia
dengan jimat cermat
jerih perih nelayan

aku mahu rentas
lautan tenang kebiruan
bukan selam sepertimu paus
tapi dengan layar seperti dia
hadiah dari dosa dan haloba

itu pun,
jika aku ini menteri
itu pun,
jika aku sudah buta

aku mahu terbang
bukan sepertimu unggas
tapi seperti dia
dengan penafian
kemelaratan marhaen

Anak Bapak

Oooo, inilah yang dikatakan bapak borek anak rintik ya?


P/s: Perhatian, gaya yang ditonjolkan ini bukan kerana saya meminati Lanrambai ya. Harap maklum. Sekian terima kasih. Oh ya, hari tu ada seorang peminat saya meminta saya menghasilkan satu nukilan. Tunggu esok ya, dah siap dah. Esok saya paparkan. :D

Saturday, January 27, 2007

Sub Judice?

Sebagai tanda sokongan untuk Rocky's and Jeff Ooi. Cerita Lanjut. Lagi Cerita Lanjut.

Pemilik blog tidak ‘kalis’ undang-undang

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak berpendapat tindakan undang-undang terhadap pengendali laman forum atau blog di internet, tidak akan menjejaskan hak kebebasan bersuara atau bermaklumat di negara ini.

Mereka berpendapat, tindakan itu malah dapat membantu memastikan pengendali laman forum atau blog supaya lebih bertanggungjawab terhadap kandungan bahan yang disiarkan bagi mengelak sebarang implikasi negatif.

Ia berikutan tindakan pengendali blog yang menyebarkan fitnah tanpa bukti kukuh boleh memberi implikasi negatif besar bukan saja kepada individu atau sesebuah organisasi, tetapi juga negara.

Presiden Majlis Peguam
Malaysia, Yeo Yang Poh, berkata sebarang bentuk sebaran fitnah sama ada dari segi percakapan atau penulisan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.

Beliau berkata, mangsa yang difitnah sendiri perlu membuktikan bahawa sebaran terbabit mempunyai unsur fitnah sebelum proses pendakwaan di mahkamah boleh dibuat.

Presiden Persatuan Peguam Syarie
Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata tindakan undang-undang terhadap pengendali laman forum atau blog boleh dibuat kerana kebebasan bersuara bukan sesuatu yang mutlak dan perlu mempunyai had.

“Jika kebebasan bersuara sehingga menafikan hak orang lain, itu tidak betul dan dalam Islam sendiri, kesalahan memfitnah itu adalah lebih berat daripada membunuh,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemilik laman forum atau blog tidak bebas daripada dikenakan tindakan undang-undang serta harus bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.

Perdana Menteri berkata, walaupun kerajaan berpegang kepada dasar tidak menapis kandungan di internet, pengendali blog harus memahami ada undang-undang fitnah dan hasutan yang boleh dikuatkuasakan.

“Mereka tidak boleh menyembunyikan diri atau mengambil kesempatan melakukan sesuatu melanggar undang-undang. Mereka harus tahu dan tidak boleh melindungi serta berharap dilindungi dengan perlindungan tertentu.

Abdullah berkata, media sama ada cetak, elektronik dan internet termasuk pemilik laman blog mempunyai tanggungjawab dan beliau tidak mahu wujud kebebasan tanpa tanggungjawab kerana ia akan membawa kehancuran.

Perdana Menteri berkata demikian mengulas tindakan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan pegawai kanannya memfailkan saman fitnah terhadap Ahirudin Attan dan Ooi Chuan Aun berhubung beberapa artikel dalam laman blog mereka.

NSTP dan plaintif lain – Timbalan Pengerusinya, Datuk Kalimullah Hassan; Ketua Eksekutif, Datuk Syed Faisal Albar; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hishamuddin Aun dan bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Brendan Pereira, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 4 Januari lalu.

Mengikut laporan akhbar, kedua-dua saman fitnah itu dikemukakan berhubung beberapa artikel dan komen yang disiarkan atau dibenarkan untuk disiarkan oleh Ahirudin dan Ooi dalam laman blog masing-masing.

Sementara itu, seorang peguam, Hasnal Rezua Merican berkata, pengendali blog tidak boleh berpendirian bahawa mereka beroperasi dengan mendapat kebebasan mutlak tanpa mengendahkan undang-undang negara.

“Ia sama dengan penulis buku yang masih tertakluk kepada Akta Fitnah. Ini tidak bermakna, kalau disaman kerana melanggar undang-undang mreka boleh mempertikaikan kononnya ia melanggar hak kebebasan bersuara,” katanya.

Beliau berkata, kalau pengendali blog meminta imuniti seperti itu atas nama kebebasan bersuara, ia boleh menyebabkan penyebaran fitnah berleluasa seterusnya mencetus pelbagai masalah.


Iya Ke?

Tengok berita semalam? Seorang Puteri memuji Malaysia kerana Islamnya yang hampir menyeluruh.

"Alhamdulillah. Terima kasih." Kata orang tua tu.

Hampir menyeluruh, hmm...

Iya ke?
a - ku - nak - mun - tah!

Thursday, January 25, 2007

Musi(m)bah

musibah di musim bah
terbongkar asrar
mencabar kata
mana, mantera?

musibah di musim bah
adalah tamparan
pada lalai dan lupa
menunjal bongkak
mana, alasan?

musibah di musim bah
satu tuntutan
dari tuhan
kepada manusia
mana, janji di azali?

E

"Kau boleh buat 'O'?" Tanya aku pada Zul di suatu petang sedang kami berdua menikmati sebatang 0.60 sen yang dibakar. Asap berkepul kepul melingkari ruang perbualan kami.

"Boleh." Jawab Zul.

"Cuba buat." Pinta aku.

Dan Zul ,menarik asap dalam dalam. Dihembuskannya perlahan. Muncullah bulat bulat berbentuk 'O' menerawang ke angkasa.

"Fuyooo tererlah!" Aku. Teruja.

"Kau tak boleh buat ke?" Tanya Zul.

"Tak. Aku tak pandai. Aku selalu hairan macam mana kau orang boleh buat 'O' dengan asap rokok. Tapi aku boleh buat 'E'." Kata aku.

"'E'? Kau biar betul?" Zul kehairan.

"Betul."

"Cuba buat."

"Jap." Aku tarik asap rokok dalam dalam. Zul memerhati aku dengan penuh harapan. Ada sinar di dalam anak matanya. Asap rokok mula memenuhi ruang dada aku. Dan aku hembuskannya perlahan seraya berkata dengan perlahan, "Eeeeeeee"

"Hampeeeeeeh!!!" Jerit Zul.

Petang itu bukan sahaja asap sebatang 0.60 sen sahaja yang melingkari perbualan kami. Malah berselang ganti dengan gelak ketawa kami dan caci maki Zul.

P/s : Buat 'E' lebih mudah dari buat 'O'. Cubalah.

Wednesday, January 24, 2007

Bacul

Dua orang kanak kanak, Hassan dan Hussein sedang riang bermain. Tiba tiba berlaku pertengkaran kecil.

"Aku punya!" jerit Hussein.

"Aku punyalah!" jerkah Hassan.

Sambil kedua duanya menarik sebuah mainan lori tangki sesama mereka. Aksi mereka disaksikan oleh bapa Hussein dengan hanya senyum kambing. Sedang Bapa Hassan sedang berdiri mencekak pinggang menyaksikan hal itu. Tiba tiba tanpa diduga, Hussein menolak Hassan dengan kuat. Memaksa tubuhnya melayang dan jatuh berdebuk. Menangislah Hassan kesakitan sedang Hussein hanya tersenyum.

Sentak, bapa Hassan menjerit "Ya, Allah anakku." Di angkatnya Hassan dan menjeling Hussein dengan penuh kemarahan. Sedang bapa Hussein bingkas bangkit dari duduknya dan menegur Hussein, "Sin, apa kau buat tu? Tak baik gaduh gaduh." lembut.

Hassan bangkit dari jatuhnya dan dipapah oleh bapanya, tiba tiba bapanya terlihat ada luka disiku Hassan. Darah. Bertambah meruaplah kemarahan bapa Hussein. Dengan tidak semena mena dia berlari ke arah Hussein lalu ditamparnya Hussein berulang kali. Bapa Hussein amat terkejut lalu dia meluru untuk menyelamatkan anaknya. Dan secara tidak langsung sepak terajang menyinggah di badan bapa Hussein. Bermacam sumpah seranah didengari antaranya, "Anak kau bacul! Pasal mainan pun nak melukakan anak aku! Bacul!"

Bapa Hussein, menenangkan anaknya yang sedang menangis. Di pimpin anaknya masuk ke dalam rumah. Masih didengari kata makian diluar rumah. Bapa Hussein hanya menggelengkan kepala.

Nah, sekarang cuba kau gantikan watak watak dalam cerita di atas seperti begini :

Hassan : SPR
Hussein : NG Chee Pang
Bapa Hassan : BN/UMNO
Bapa Hussein : Pembangkang.

Ok, soalannya, siapakah yang lebih bacul sekarang? Hussein atau bapa Hassan?

Monday, January 22, 2007

Apa Nama?

apa nama, apa nama
gagap mencari kata
atau satu kenyatan?
mahu bercuti di panama

apa nama, apa nama
gugup mencari alasan
atau satu rintihan?
"apa ama", "apa ama"

apa nama, apa nama
sentak fikir sejenak
mencari dalam minda yang kosong
apa nama bangsaku?

Saturday, January 20, 2007

Penantian Yang Terlalu Lama

masa melewati perbatasan usia
dikelilingi saujana permandangan
keindahan kenangan
di tengah tengahnya duduk sekeping hati
kejap menunggu panggilan
seruan perjuangan entah bilakan tiba

perjuangan itu
adalah satu penantian yang terlalu lama
calak lilin yang terbit
dari jiwa jiwa yang runtuh
terliuk liuk ditiup badai
mulai padam satu persatu

perjuangan itu
sudah bermula setiap sekian
pada jeritan yang tercium
pada jejak kaki ketakutan yang berlari
saat ketika semua mengunyah leka

perjuangan kita
tiada medan,
tiada senjata dan kereta kebal
hanya pena, suara dan bahasa

Friday, January 19, 2007

Saman

Rocky'sbru dan Jeff Ooi telah disaman oleh NST kerana disebabkan beberapa isen yang dipaparkan yang dianggap mengandungi kata kata fitnah. Umum tahu merekalah yang memfitnah 2 orang bloggers ini. Ekoran kejadian ini memberi satu impak yang besar kepada santak fikiran kita. Apa yang di paparkan di blog kita adalah pendapat peribadi kita itu sahaja. Kejadian ini menjadi bukti tiada kebebasan bersuara di Malaysia sekarang ini. Mana bukti kemerdekaan kalian? Jika 2 orang bloggers ini boleh diambil tindakan kerana menyuarakan ketidakpuasan hati secara telus, lagi apa kebebasan yang tinggal untuk kita rakyat Malaya? Kalau benar benar mendukung suara rakyat beginikah caranya? Kalau begitu aku pun mahu saman kau orang di atas sebab sebab berikut :

1. Penipuan kepada rakyat yang berterusan.

2. Membuat pinjaman sebanyak 90 billion dari Bank Dunia untuk RMK9 (Rancangan Mengkayakan Kroni - 9).

3. Tidak menurunkan harga minyak ketika harga minyak di pasaran dunia turun.

4. Menaikkan harga tol dan minyak yang sekaligus menaikkan harga barang barang lain.

5. Menipu dengan mengatakan kenaikan harga minyak tidak memberi impak pada kenaikan barangan runcit. Kau cerita dengan budak tak belajar ekonomi bolehlah!

6. Rasuah.

7. Ap.

8. Memartabatkan budaya penjajah.

9. Menggalakkan hiburan yang berleluasa.

10. Dan segala macam sebab yang tidak dapat aku paparkan disini sepenuhnya.

P/s : Hari ini aku ronda semua blog blog yang menjadi pautan di blog aku. Aku belum jumpa seorang bloggers pun yang tampal gambar Bloggers Unite di blog masing masing. Sedih aku. patutlah kita senang diperkotak katikkan. Kita tidak bersatu rupanya...

Thursday, January 18, 2007

Mana Bangsaku?

bangsa ku,
cemerlang, gelimang, terbilang,
terbuang

bangsaku,
melayu yang lupa
pada tuhan dan rasulNya

bangsaku,
takkannya hilang di mata dunia
fakta sejarah

modal insan
bina insan
moden pembangunan
tanpa akidah.

Budak Hingusan

2 3 hari ini, kecoh juga kita dengan kisah di Batu Talam. Lagi kecoh bila pihak pembangkang menaja seorang remaja hingusan yang berumur 21 tahun. 21 tahun beb! Mengundi pun belum lagi. Banyak telahan dan kritikan yang diterima. Ada yang setuju ada yang melenting tak kurang juga yang mengatakan pihak pembangkang dah gila. Dah takde ide. Isk isk awat la hangpa ni?

Lalu kalian bagaimana? Aku? Aku gelak sehingga sakit perut.

Aku sarankan kalian jangan cepat melatah. Rilek, bawak bertendang sikit. Cuba jangan pandang pada permukaan. Lihat dasarnya. Macam iceberg la, jangan lihat di atas permukaan laut ia memuncak sedikit kau tak perlu risau, tetapi yang bahagian dasar itu yang kau kene berjaga jaga. Perkara ini perlu kau orang lihat dari luar kotak pemikiran. Kenapa pihak pembangkang menaja budak hingusan itu?

Sudah tentu ada mesej yang dibawa;
1. Memberitahu BN dan UMNO, berlawan secara kebudak budakan maka, budak budak sahajalah yang layak bertanding.

2. Memberitahu SPR dengan tegas, "kalau mahu bermain, mainlah dengan budak ini sahaja!"

3. Memberitahu kita yang pilihanraya ini seumpama pilihanraya kampus.

4. Menunjukkan yang tiada sikap profesional dari sebelah BN dan UMNO.

5. Memberitahu pendirian pembangkang, yang pilihanraya di Batu Talam ini perkara remeh sahaja. Menang atau tidak peduli apa?!

6. Memberitahu kita, pihak BN dan UMNO lebih rendah martabatnya dari Ng Chee Pang.

7. Memberi sindiran yang tajam kepada mereka, yang pemikiran, kredibiliti dan darjat mereka hanya setaraf dengan budak berumur 21 tahun.

8. Memulangkan ejekan kepada Utusan. Yalah, orang dah boikot, seharusnya kita hormati keputusan dia. Seharusnya kita perlu rasa hairan, cari kesilapan dan perbetulkan. Ini tidak, diejeknya pula. "Hah, nak sangat aku masuk bertanding nah ambik budak ni!" padan muka!

9. Kalau kau seorang jaguh, terkenal diseantara dunia. Sangat hebat dan dikagumi. Tiba tiba masuk gelanggang kene beradu tenaga dengan budak hingusan. Apakah perasan kau? Tercabar dan tercalar bukan?

Dan seperti biasa mereka tak faham. Dan mereka tidak akan faham. Macam aku cakap, orang tidak berpelajaran begitulah. Seeloknya percalonan bebas itu diganti dengan budak berumur 5 - 7 tahun sahaja!

P/s : Oh! Blog aku dah jadi blog mengkritik politik! Tolong!

Wednesday, January 17, 2007

Kisah Sang Puteri.

Hikayat ini telah diceritakan kepada saya dari seorang sahabat, dan hikayat ini tiada pernah ada di dalam mana mana media cetak. Kisah ini bernama Kisah Sang Puteri.

Arakaian maka tersebutlah sebuah kisah pada zaman kemahsyuran Negeri Melaka, tatkala itu hiduplah Hang Tuah Lima Bersaudara. Adapun diriwayatkan, tersebut sebuah pulau (namanya dan lokasinya memang tidak diketahui) yang sangat aman sentosa. Buminya kaya dengan pelbagai khazanah. Bukan itu sahaja, pulau itu juga kaya dengan emas dan timah. Maka di pulau itu diamlah serang Raja yang sudah kematian permaisurinya. Baginda mempunyai seorang Puteri yang sangat cantik paras rupanya. Tiadalah lagi tolok bandingnya ketika itu.

Adapun, akibat dari kekayaan yang dimiliki oleh pulau itu, maka ramailah yang mahu menakluknya, dari Acheh, Siam bahkan Negeri Melaka juga menaruh hati. Hal ini, sudah amat maklum oleh Baginda Sultan, runsinglah hatinya memikirkan perkara ini. Mahu menahan serangan tiadalah kuat mana pasukan tenteranya. Lalu pada suatu hari berbincanglah Baginda bersama menteri menterinya bagaimana mahu mengelak dari berlaku peperangan.

Dari pagi membawa ke petang tiadalah jawapan yang berjaya di ungkap. Sehinggalah tatkala senja baru mahu membuka mata berkatalah Datuk bendahara,

"Adapun pada perkiraan patik adalah baiknya jika kita menggunakan khidmat Tuan Puteri Tuanku."

"Maksud Datuk?"

"Tuanku mempunyai serang Puteri yang sungguh cantik rupawan, andai Tuan Puteri bersidai di jendela pada malam hari nescaya akan beralihlah rindu si pungguk kerna dek rupawannya Tuan Puteri itu. Oleh itu pada pandangan patik, kita adakan satu pertandingan silat. Barangsiapa yang menang maka ia akan berkahwin dengan Tuan Puteri. Mana tahu, untung untung kita, Hang Tuah menjadi menantu Tuanku dan dapatlah kita bersahabat dengan Negeri melaka maka akan terhindarlah segala peperangan, Tuanku." jelas Datuk Bendahara.

Sangat sukacitalah hati Baginda mendengar cadangan Datuk Bendahara. Lalu dipersetujuinya tanpa berfikir panjang. Maka segala persiapan pun di buat. Di hantar utusan kepada segenap pelusuk negara yang ada. Di tebas rumput rumput untuk membuat padang pertarungan. Dan tibalah pada saat yang di nantikan.

Awallah, Baginda pada pagi itu. Pada hari yang bakal menyelamatkan negaranya dari bencana perang. Maka tinjaulah ia ke padang pertarungan dan dilihat amat ramailah sudah para pahlawan, hulubalang, pendekar dan panglima sudah berkumpul. Lalu disuruh dayang dayang istananya menjamu sekelian yang ada. Dapat dilihat Hang Tuah Lima Bersaudara juga ada. Sukalah hatinya. Saling pandang memandang Baginda dengan Datuk Bendahara.

Setelah pagi mula merangkak, acara pun mahu bermula. Duduk lah Baginda bersama Puterinya di atas pangkin yang di bina khas menghadap padang pertarungan. Tiba tiba dalam keriuhan itu, terlihat baginda seorang tua sedang berbisik bisik kepada sekelian yang ada. Dari seorang ke seorang, seorang ke seorang. Dan tidak semena mena Seorang demi seorang meninggalkan majlis itu. Gusarlah hati Baginda, lalu dipanggillah Datuk Bendaha minta disiasat apakah yang sedang berlaku.

Sedang sedang Datuk Bendahara menyiasat, terlihat baginda, Hang Tuah Lima Bersaudara meninggalkan majlis itu. Bertambah gusarlah hati baginda. Sedikit semakin sedikit semakin lama kuranglah sekelian yang ada. Maka pulanglah Datuk Bendahara mengadap mebgkhabarkan apa yang telah berlaku.

"Datuk, kenapa sekelian yang datang ini mula meninggalkan majlis ini tanpa sempat ia bermula?!" soal Baginda, keras.

"Ampuan Tuanku, tahulah patik kenapa sekelian yang ada meninggalkan majlis ini Tuanku. Ianya disebabkan oleh Tuan Puteri, Tuanku." jelas Datuk Bendahara.

"Puteri beta? Kenapa dengan Puteri beta? Tidak cukup cantik lagikah dia?" soal Baginda.

"Bukan Tuanku Puteri Tuanku amat cantik sekali, tiadalah tolok bandingnya di zaman ini Tuanku, cuma..."

"Cuma apa?"

"Cuma..."

"Kerana apa?! Bentak Baginda.

"Kerana Puteri Tuanku Puteri UMNO Tuanku!"

Tuesday, January 16, 2007

IPTA vs Pemuda UMNO

Desas desus, berita Ahad lalu mengatakan KERAjaan akan mengarahkan seluruh IPTA menyediakan satu pasukan utnuk dihantar ke Johor bagi membantu mangsa mangsa banjir.

"Ini sangat baik bagi glongan muda untuk mendedahkan diri mereka dengan suasana kemasyarakatan." kata dia
Kau, kau, kau dan kau sokong kah? Apa kejadah nak pi kacau budak budak IPTA itu? Kalau banjir tu berlarutan sampai 6 bulan macam mana? Nak suh bebudak ni duduk situ? Habis tu study dia orang macam mana? Cuti semester mereka bagaimana? Tesis mereka macam mana? kau nak buat? Dari hantar budak budak IPTA kan lebih cantik kau hantar Pemuda UMNO yang dulu gah menjulang keris macam Thundercat tu?

Apa gunanya Pemuda UMNO? Sekarang inilah gunanya. Takkan tugas mencabar ini nak bagi kat budak budak hingusan? Sekarang ni lah nak tengok kewibawaan kau orang, boleh berbakti atau tidak, kan?

Hai, geleng kepala aku!

P/s : Apa sebab KERAjaan tidak mahu menggunakan Pemuda UMNO? Cuba fikir.

Masuk Barisan

Sudah terbit! Terhangat di pasaran! Memperkenalkan Kingbinjai untuk julung julung kalinya! Belilah, RM23 je. Emel saya kingbinjai@gmail.com untuk keterangan lanjut. Oh minta maaf, ini adalah iklan, isen sebenar berada di bawah. Terima Kasih. - Tinggal 14 buah sahaja lagi.

Monday, January 15, 2007

Bersatu

3 bloggers terkemuka : screenshot, rocky'sbru dan kickdefella telah diambil tindakan undang undang kerana menyuarakan tentang kepincangan KERAjaan. Kickdefella juga telah melancarkan bantahan (blogger's unite) secara senyap untuk menentang ketidakadilan ini.

Aku dengan ini menyeru kalian bloggers, untuk sama sama menyertai bantahan ini demi mempertahankan hak kita untuk bebas bersuara. Di bawah adalah gambar blogger's unite. Sila copy image dan paparkan di blog anda sebagai tanda bantahan kepada ketidakadilan ini dan sebagai sokongan kepada kickdefella dan untuk kita semua.

All bloggers, let us unite!




Saturday, January 13, 2007

Wawansabda

Saat aku menaip isen ini, book tengah menanti dengan penuh kesabaran. Saat ini juga Johor masih banjir, dengan carta terbaru Kluang sebagai daerah paling teruk. Saat ini juga, aku berada di Ampang. Di rumah ayahanda dan bonda. Ayahanda baru sahaja tiba di sini semalam (Jumaat) dari Kluang. Membawa berita yang tidak sedap didengar oleh pencinta pecinta keadilan.

"Hujan Lebat tak berhenti henti!" kata ayahanda ketika aku terserempak dengan dia di pasar malam.

"Abah talipon Pak Su kamu, katanya Kluang habis dah, dia orang semua pindah, air naik tinggi."

8.00 Malam.
Tengok Berita Utama. Cerita sensasi : Johor di landa banjir. Sebelum sebelum ini aku selalu persoalkan di dalam hati, bagaimana pembahagian derma yang dikutip? Benar benar sampai atau tidak? Aku juga persoalkan kenapa murid sekolah hanya menerima sumbangan RM200 sahaja? Sedangkan sahabat sahabat di KL membelanjakan hampir RM1000 untuk seorang anak dari buku teks hingga ke pakaian. Dan persoalan persoalan ini terjawab tanpa diminta oleh ayahanda aku sendiri.

Ayahanda aku orang Kluang, beliau anak ke 3 dari 13 adik beradik. Di antara mereka 13 orang itu hanya ayahanda (kami) sekeluarga sahaja yang tidak menyokong UMNO manakala yang lain semua sokong. So setiap kali balik raya, kami sekeluarga hanya berdiam diri sahajalah bila mereka memuji muji UMNO. Dan banjir kali ini benar benar merubah pendirian mereka terhadap UMNO.

"Kamu tahu tak, dekat sana, masa menteri menteri sibuk duk ada masa banjir tu, bukan main banyak barang barang derma. Lepas je menteri menteri tu balik, yang barang barang tu pun hilang semua." kata ayahanda sewaktu kami berbincang mengenai isu banjir di Johor.

"La, mana pergi?" soal aku pelik.

"Dia orang bawak balik! Sikit pun tak tinggal! Mak Cu (adik kesayangan ayahanda) kamu tu, dia sendiri nampak, bila PM ke turun bukan main yang lain lain ni turun, bagi replika check la apa la, bila PM balik, semua lesap. Orang orang yang dapat check tu semua dia orang mintak balik!" terang ayahanda. Aku hanya mampu terlopong.

"Tu si Puteri UMNO semua tu, buat masak itu la ini lah, sampai pukul 3 petang orang tak makan makan lagi, menunggu. Dah lah tu masak nasi mentah pula tu. Masa wartawan semua ada, dengan menteri menteri lain tu berduyun la turun, buat itulah inilah bila ketua balik yang lain pun balik tinggal macam tu je. Memang ada nampak dia orang naik bot, tengok sana tengok sini, berlakon je semua tu. Bila ketua balik semua pun pakat balik. Barang barang derma tu semua di bawa balik sama. Ada pula yang patut dapat bantuan, check check nama takde. Macam mana nama takde? Padahal dah daftar dah?. " ayahanda.

Kesahihan cerita ini, tak akan ayahanda aku nak tipu kan? Dia pun berada di sana beberapa kali start dari mula banjir lagi. Mulanya aku mengarang isen ini di dalam kepala aku dengan penuh kata carutan. Bila fikir fikir balik apa guna aku mencarut? Tak guna. Cumanya aku tidak sangka yang sebegini hodoh perangai puak puak UMNO yang mendokong Islam Hadhari yang katanya membina insan. Jadi kalian tunggu apa lagi? Mengapa masih mahu menyokong binatang binatang pemakan bangkai ini? Jika ada barua barua UMNO yang membaca isen aku ini, cuma satu pesan aku, tuhan itu maha adil. Dunia kau lepas , akhirat belum tentu.

Akhir kata aku untuk UMNO, tak takut kah kalian dengan tuhan?!

P/s : tiba tiba Berita Utama menyiarkan tentang pilihanraya di Batu Talam. "Kamu tengok yang ini, besok yang pencalonan bebas orang UMNO juga nanti. Tengoklah."



Friday, January 12, 2007

Bebel

Ala kalau dah bebal tu orang sindir pun tak perasan. Malah dikata kita pula yang takut. Nak buat macam mana, cakap banyak kali pun bukan faham.

Ala aku rasa, kenyataan tu pun nak cover line je, belakang belakang tu mengelabah juga, cari punca apsal orang boikot. Orang dah fed up la beb!

So nak menang sangat ha ambiklah! Ambik semua, nak menang sangat ambik!
Tapi, tak faham rupanya, di kata pula kita menikus! Ek eleh. Susah susah. Sabar jelah, orang tak berpelajaran begitulah. Bebal.

"Emm korang dulu sekolah berapa tingkat ha?" tanya aku kepada mereka, pak menteri.

"4 tingkat!" jawab mereka. Serentak. Bangga.

"Patutla... bodoh pun 4 tingkat!" jawab aku. Ha ha.

Solat

Kenapa saya solat? Kenapa kita solat? Tetiba datang satu hati yang bertanya, "Kenapa anda solat?" Jawapan kamu? Apa?

"Saya bersolat kerana ianya wajib untuk umat islam. Ianya rukun islam." kamu.

Itu je ke?

Kenapa saya solat :
1. Kewajipan - walau ini jawapan yang tipikal tapi ini adalah jawapan yang nombor satu kerana solat 5 waktu adalah tuntutan dan salah satu rukun islam.

2. Memperbaharui iman - tahukah kamu, dengan solat kamu memeperbaharui iman kamu sebanyak 10 kali sehari semalam? itu belum campur solat sunat lagi.

3. Senaman - tahukah kamu dengan bersolat kamu sebenarnya bersenam? Dan setiap pergerakan yang dilakukan membawa manfaat kepada tubuh badan kamu. Pernah satu ketika seorang saintis penjajah mengkaji solat 5 waktu semata mata untuk mencari kelemahan dan akan digunakan untuk menghina islam. Dan dalam kajiannya dia dapati, tubuh badan manusia mengeluarkan caj caj elektrik (positif dan negatif) dan bila setiap kali kita bersolat berjemaah (dalam keadaan rapat rapat bersentuhan bahu) ia akan recharge balik tenaga dalam badan kita. Dan akhirnya, saintis tersebut masuk islam (hal ini diceritakan sendiri oleh Mufti Perak).

4. Berjumpa dengan tuhan - kita patut bersyukur kerana kita diberi peluang untuk bertemu dengan Allah sebanyak 5 kali sehari.

5. Kejayaan - cuba renung azan. Kan ada sebut "Marilah bersembahyang, marilah menuju kejayaan." Tahukah anda setiap kali kita bersolat, kita menempuh 2 kejayaan. Satu kejayaan di dunia dan satu lagi kejayaan di akhirat.

6. Melepaskan dunia - Tahukah kamu maksud disebalik perbuatan Takbirratulihram (maaf jika salah eja)? Pergerakan itu mengajar kita supaya melepaskan dunia. Sewaktu bersembahyang kita mendidik hati melepaskan dunia. Dan pergerakan ini (yang membuka telapak tangan) adalah sama di keadaan semasa kita mati. Cuba tengok, jika bayi baru lahir, keluar dia dari rahim dengan mengenggam tangan yang bermaksud, dia mengenggam dunia. Sewaktu solat dan ketika mati, kita membuka tapak tangan, yakni melepaskan dunia.

7. Displin - dengan bersolat kita mengajar diri kita untuk berdisplin dan menepati waktu.

8. Akui - dengan solat kita mendidik hati mengakui tuhan itu esa sebanyak 2 kali satu wkatu dan 10 kali sehari semalam. Yakni ketika kita mengucap dan selari itu jari hantu kita tegakkan.

9. Benteng - solat adalah benteng terakhir iman.

10. Syurga - sapa taknak syurga kan? So kalau nak solatlah, bukan susah pun. Umat Muhammad akan berpecah kepada 73 golongan. Hanya satu yang akan memasuki syurga. Iaitu Sunnah Al wajamaah (4 mazhab). Solatlah jambatannya.

11. Makanan - kita makan nasi, pisang goreng, cucur badak, mee, tomyam dan macam macam lagi. Itu semua untuk jasad, agar ada kelansungan kita. Tapi apa makanan roh? Selain zikir, solatlah makanannya. Jika solat itu dijaga dari niat ke wuduknya hingga ke perlaksanaan solatnya maka kenyanglah roh kita, jika tidak kelaparan lah ia. Jangan biarkan roh kalian mati kelaparan.

Ini sahajalah dari aku. Aku percaya masih ada banyak lagi sebab. Cukup aku paparkan setakat ini. Jika ada kenyataan yang silap sila beritahu ya.

Thursday, January 11, 2007

Cermin

Oh! Alhamdulillah, malam tadi tiada apa apa. Namun sebagai tidak mengecewakan kau orang dengan kisah mistik, aku papar satu cerita hantu untuk kalian. Aku harap ada yang membaca isen ini pada tengah malam karang ha ha.

Kisah ini terjadi mungkin 30 - 40 tahun dahulu. Aku tak pasti. Ada sebuah sekolah lelaki berasrama penuh di pendalaman, maklumlah ketika itu semuanya berhutan. Di sekolah itu ada satu kisah menakutkan. Ada keranda terbang. Bagaimana ia terjadi? Begini ceritanya...

Pada suatu hari, sekolah terbabit membuat pementasan. Pada waktu malam. Ada bertandingan lakonan di antara kelas kelas. Ada satu kelas, membuat sebuah cerita tentang kematian. Untuk menampakkan realnya cerita itu, mereka membuat keranda, dan meletakkan seorang budak yang melakonkan babak orang mati di dalamnya dan dipakukan penutupnya. Lakonan mereka pun dipentaskan. Dan akhirnya mereka menang pertandingan pada malam itu.

Semasa riuh menyambut kemenangan itu masing masing terlupa perihal budak di dalam keranda itu yang sememangnya tidak boleh keluar sendiri kerana telah dipakukan penutupnya. 2 hari telah berlalu tanpa seorang pun menyedari kehilangan dia. Hinggalah masuk hari ketiga, baru mereka perasan. Dan masing masing pun panik kerana teringat budak itu di dalam keranda terbabit. Mereka bersama beberapa orang guru bergegas ke stor tempat disimpan keranda terbabit. Mereka berusaha mengumpil paku paku itu. Saat bila keranda itu terbuka, terlihat budak di dalamnya sudah menjadi mayat, mati kerana lemas.

Seminggu selepas kejadian, ada satu malam, seorang pelajar mahu ke tandas menggosok gigi. Seperti biasa dia pergi keseorangan. Sesampai dia ke tandas, di mula menggosok gigi namun tidak langsung memandang cermin. Takut. Entah macam mana sedang ralit menggosok gigi itu dia terpandang cermin di hadapannya, terperanjatlah dia bila dilihat di dalam cermin itu dia sedang menggosok gigi dengan menggunakan pisau cukur. Berlumuran darah keluar dari mulut dia. Menjeritlah dia kerana ketakutan dan terperanjat.

Demi terdengar jeritan budak itu, semua pelajar bergegas ke tandas. Mereka mengerumun budak itu dan setelah mendengar ceritanya, malam itu mereka sepakat memecah semua cermin di dalam tandas. Sejak dari itu sekolah itu tidak mempunyai cermin dalam tandas. Dan sejak malam itu juga, kerap para pelajar melihat di tengah malam, keranda terbang melayang layang.


Wednesday, January 10, 2007

Darah

Pukul 330 pagi.
Aku bangun. Buat susu untuk Adib.

Pukul 600 pagi.
Bangun bersiap untuk pergi kerja. Selesai mandi. Queen beritahu sesuatu.

"Bi, ni darah apa bi?" tanya Queen sambil menuding ke arah lantai.

"Darah?" aku. Sambil melihat ke lantai. Kelihatan ada tompokan darah. Dari tempat perbaringan aku hingga menghala ke pintu.

"Jatuh ke?" Tanya Queen.

"Tak" aku. Masih musykil. Darah apa ni? Aku check seluruh tubuh. Tanda pula yang luka. Check tapak kaki. Ok. Darah apa pulak ni? Aku check baju tido. Takde kesan darah. Darah nyamuk ke? Takkan la sebanyak itu? Selepas mencuci lantai. Bersolat. Aku pergi kerja. Dalam kereta aku ceritakan pada Ustaz Hafiz.

"Hang ada mimpi apa apa tak malam tu?" tanya Ustaz Hafiz.

"Takde." aku.

"Macam ni lah. Selalunya kalau darah darah ni, Jin Ifrit atau pun ada orang hantar "benda" kat kita. Tapi lazimnya selalu berlaku pada waktu senja. Tapi hang waktu subuh. Tengok dulu malam ni macam mana. Kalau malam ini ada juga, hang ambil cuka, Baca bismillah, selawat, ayat kursi dengan 9 kali berhenti. Ayat kursi tu hang baca mesti nombor ganjil. 3 kali ka, 5 kali ka macam tu. Pastu hembus kat cuka tu pastu renjis kat tempat yang ada tompokan darah itu." jelas Ustaz Hafiz. Aku hanya mengangguk.

Kita tunggu malam ini.


Tuesday, January 09, 2007

Tahu

Alah, bukan dia orang tak tahu. Walhal seantara dunia melakukannya, namun mereka nak melakukan sebaliknya. Sahaja nak menentang arus. Sahaja mencabarkah? Sudah kuat sangatkah? Atau sudah terlalu bodoh lantaran terlalu banyak sangat onar yang meracun? Bukan dia orang tak tahu. Sahaja menempah kecelakaan.

Mereka ingat kita semuanya bodoh. Tak tahu tentang hal dunia. Itu ini, begitu begini, sana sini. Oi orang ada Astro la, tahu Astro?! Mereka ingat seluruh rakyat Malaya bodoh macam dia orang jugak ke? Oh maaf. Bodoh itu terlalu kasar aku kira, kita tukar perkataan hina yang lebih lembut, bebal. Ok tak? Hmmm macam kasar juga, dungu? Ok? Kasar juga kan? Bodoh juga yang lembut. Haaa.

Ingat ingat lah, semua orang tahu. Takyah nak selindung selindung. Cuma kau orang je yang tak tahu orang semua dah muak, benci dan menyumpah seranah kalian. Apa yang kalian tahu, kita orang juga tahu, hal itu hal ini semuanya kami tahu. Bangkai gajah tu sudah kami temui tak payah nak sorok sorok. Perbuatan kalian hanya menampakkan lagi kebodohan kalian!

Sorok Sorok Bangkai

sorok sorok
usung keranda setengah malam
sorok sorok
gali lahad bertemankan bulan

dalam dalam
enam kaki dari dasarnya
dalam dalam
mahu disumbat busuk hanyirnya

malu hina air muka jangan
pecah merodok di perut biasa
di mulut masam bersembur biarkan
maruah sejagat tauhid dijual silakan

senyap senyap
sumbat bangkai penipuan
senyap senyap
kambus tutup busuk bangkai

dalam gelap sibuk mengambus
ekor bangkai di luar terjuntai

Sunday, January 07, 2007

Sakit Mulut Orang Kita

Sakit Mulut Orang Kita
sakit mulut di zaman ini
bukan sakit kerana bohong
atau tipu berjanji kosong
sakit mulut kerana jujur
sakit mulut kerana luhur

sakit mulut orang kaya
jumpa doktor dapat bonjella
sakit mulut orang kita
kumur masin garam batu

apa lagi nak dikata?
cakap tipu mudah percaya
janji manis terpedaya
pusing kata keliling kota
hingga gula tiada jumpa

apa lagi nak bicara?
sakit mulut orang kita
tentang runtuh tanah merah
tentang turun harga minyak
tentang surut duit belanja

sakit mulut orang kita
jumpa doktor dapat bonjella
balik rumah kita pun lupa
kumur masin garam juga

Saturday, January 06, 2007

Berhenti

"Aku mahu berhenti hisap rokok la" kata Hafiz sewaktu kami sedang enak menikmati asap asap putih yang nipis.

"Kalau kau mahu berhenti, aku pun mahu berhenti juga lah" kata aku.

"Kenapa?" tanya Hafiz.

"Kalau aku tak berhenti, nanti kau asyik mintak kat aku je." aku.

"Ha ha ha ha" Hafiz.

Amaran dari kingbinjai : Berhenti merokok merugikan kawan!

Friday, January 05, 2007

Hadiah untuk Pak Menteri

sebuah hadiah yang dibeli
oleh seorang rakyat
ikhlas di hatinya
buat pak menteri
sempena harijadi

sebuah hadiah tanda penghargaan
beratus ringgit tiada berkira
mengenang jasa dan bakti
seorang pak menteri
sempena harijadi

sekeping kad ucapan
terlekat kemas
tersusun bait bait kata
dari hati seorang rakyat
ikhlas kepada pemimpinnya

pak menteri girang
menerima hadiah
rakus membuka balutan
senyuman manis bertukar kelat
demi terlihat di dalam kotak
sepasang alat bantuan pendengaran

lalu dicapai kad ucapan
tertera kemas baris tulisan

"buat bapak,
menteri tertinggi
semoga dengan hadiah ini
akan lebih mendengari
keluhan kami, rakyat sendiri"

Syukur

Syukur Alhamdulillah, dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang dan maha pemurah. Ikatan tali yang menjerut sudah sedikit terurai. Rantai yang membelenggu sudah sedikit meriak longgar. Walaupun sedikit Ya Allah, cukuplah utnuk menggerakkan tulang dan sendiku terus sujud kepadaMu.

Terima kasih kepada yang memberi semangat. Aku tidak perlu untuk menunggu minggu hadapan untuk terus berblogging. Untuk Queen, kesetiaanmu tiada bisa dapat ku cari ganti. Walau datang berarak turun segerombolan bidadari.

P/s : Ah, bila aku menulis tentang kematian dalam isen yang lepas. Aku tidak merujuk kepada mati, aku cuma merujuk kepada kejatuhan yang amat pedih.

Wednesday, January 03, 2007

Jika Aku Mati Hari Ini, Maka Ini Dendangan Terakhir Ku

Aku. Rasanya. Sudah sampai kepada zaman kejatuhan. Aku. Sudah tidak tahu mana lagi arah tuju kaki ini. Hati ini. Akal ini.

Puas sudah aku cuba merubah rona mendung namun, tetap hujan yang menimpa. Sudah puas ku kambus lubang dunia, tetap berlubang juga ia. Aku tidak pasti adakah aku akan terus mampu untuk menitip coretan menjadi tatapan kalian lagi. Minggu hadapan adalah penentuan pada segala. Minggu hadapan akan memberi kata putus kepada ku adakah aku akan seperti yang sedia ada. Andai minggu hadapan akan merubah segala, maka aku tidak ubah umpama sebuah bangunan yang usang. Usang ditelan zaman.

Saat saat begini, aku tidak tahu di mana aku harus mencurahkan rasa hati. Berbilang teman yang ku punya namun tidak pada satu pun mulut ku terbuka untuk bercerita. Aku tidak tahu apa yang harus ku katakan. Tuhan, aku benci kepada diriku kerana tidak mampu menangis saat aku sujud meminta bantuan kepadaMu. Aku benci pada diri ini kerana tidak mampu menitiskan airmata saat tangan kotor ini ku tadah dalam mengharap kepadaMu. Kiri dan kanan ku, depan walau dibelakang semuanya hitam. Aku hanya mampu terduduk ditengah persimpangan. Tidak tahu kemana arah ku tuju. Tangan siapa yang harus ku pinta untuk memimpin tidak aku ketahui. Aku serah segala galanya kepadaMu. Aku sudah terlalu buntu saat ini. Aku. Sudah tidak tahu apa lagi yang harus di perbuat.

Andai tiada lagi coretan selepas ini, maka ampun dan maaf ku pinta pada kalian. Terima kasih kepada serumpun bunga yang mekar ini. Andai ini yang terkahir biarlah ianya sentiasa ada disini sebagai satu bingkai kepada memori kita semua.

Jika Aku Mati Hari Ini, Maka Ini Dendangan Terakhir Ku
Pusar air mata bergenang
saat ini hatiku tirus kepadamu
isteriku yang tersayang
aku tidak mampu menjadi perdu
tempat gantungan kasih kasihmu
kerana itu aku memohon maaf
andai harapan bahagia
jatuh menimpa belas

namun dalam kehebahan dunia itu
aku mahu mengucup terima kasih
di atas dahi bersihmu
walau di mana tidak bisa berganti
sisipan bekal cinta yang kau berikan

terima kasih pada senyummu
walau bukan ubat
tapi ia kain yang membalut lukaku
terima kasih pada hatimu
yang menjadi hamparan pembaringan
pada cintaku yang tersesat
terima kasih pada sentuhanmu
senang senang ia memperlahankan badai

aku ditakdirkan goyah
dalam mengalas keutuhan bahagia
jika aku mati hari ini
maka ini wasiatku
jagalah benih cinta yang sedang subur mekar
moga menjadi perdu segagah satria

jika aku mati hari ini
maka ini dendangan terakhirku
selayang surat cinta yang sentiasa ada

Tuhan, berilah bantuan.